Samsung Galaxy S8

Samsung Galaxy S8 Di Malaysia Mula Menerima Kemaskini AR Emoji Dan Super Slow Motion

September 21, 2018 0

Tiga hari yang lalu pengguna Samsung Galaxy S8 di Jerman mula menerima kemaskini yang mengaktifkan fungsi AR Emoji dan Super Slow Motion. Hari ini pengguna di Malaysia telah mula melaporkan menerima kemaskini yang sama. Saiz muat turun kemaskini ini ialah 553 MB dan turut membawakan tampalan sekuriti untuk bulan September. Sebelum ini fungsi AR Emoji […]

Samsung Galaxy S8 Pula Menerima Fungsi AR Emoji Dan Super Slow-Motion

September 18, 2018 0

Hujung minggu lalu pengguna Samsung Galaxy Note 8 mula menerima kemaskini yang mengaktifkan fungsi AR Emoji dan Super Slow-Motion. Kedua-dua fungsi ini pada asalnya diberikan kepada Galaxy S9 dan Note 9 sahaja. Dengan ini pemilik peranti mercu tahun lalu tidak perlu membeli telefon pintar baru untuk menikmati kedua-dua fungsi ini. Hari ini tiba pula giliran […]

Skrin Utama Samsung Galaxy S8, S8+ Dan Note 8 Kini Menyokong Orientasi Mendatar

Julai 10, 2018 0

Samsung Galaxy S9 dan S9+ kedua-duanya mempunyai satu fungsi yang membolehkan skrin utama (home screen) digunakan pada orientasi mendatar. Ini memudahkan proses menonton video dan ketika peranti disambung pada cagak di dalam kenderaan. Fungsi ini akhirnya disokong pada Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 selepas ia menerima kemaskini ke Samsung Experience 9. Untuk mengaktifkan […]

Perbandingan Huawei Mate 10, Apple iPhone 8 Plus Dan Samsung Galaxy S8

Oktober 16, 2017 0

Huawei Mate 10 ialah salah satu dari tiga peranti di dalam keluarga Mate 10 yang dilancarkan hari ini. Berbeza dengan Mate 10 Pro dan Mate 10 Porsche Design, Mate 10 masih menggunakan skrin dengan nisbah 16:9 dan beresolusi QHD. Ia turut mempunyai sokongan HDR10. Selain skrin, hanya storan dan RAM berbeza di antara ketiga-tiga model. […]

Perbandingan Google Pixel 2 XL, Apple iPhone X Dan Samsung Galaxy S8

Oktober 5, 2017 0

Google Pixel 2 XL telah dilancarkan pagi tadi dengan rekaan hampir semua-skrin bernisbah 18:9. Ini ialah peranti pertama keluaran Google dengan rekaan skrin memanjang ini. Walaupun begitu dari segi spesifikasi ia adalah peranti yang sama dengan Google Pixel 2. Mari lihat perbandingan peranti ini dengan Apple iPhone X dan Samsung Galaxy S8 yang mempunyai rekaan […]

Samsung Galaxy Note 8 Dan S8 Enterprise Edition Dilancarkan Di Jerman

Oktober 5, 2017 0

Hanya lima tahun yang lalu peranti Blackberry digunakan secara meluas oleh syarikat besar untuk kegunaan kakitangan. Sistem sekuriti dan pemesejan amat dipercayai keselamatannya. Tetapi Blackberry tidak lagi mengeluarkan peranti. Sebaliknya hanya menjual lesen kepada pengeluar untuk menggunakan nama mereka. Oleh itu kini wujud vakum untuk peranti yang memenuhi keperluan perniagaan. Oleh itu di Jerman Samsung […]

(Konsep) Samsung Dex Book – Dok Mengubah Galaxy S8 Menjadi Sebuah Komputer Riba

September 22, 2017 0

Samsung Dex ialah jawapan Samsung kepada sistem Microsoft Continuum. Peranti Galaxy S8 dan Note 8 boleh berubah menjadi sebuah komputer desktop apabila dimasukkan ke dalam dok Dex lengkap dengan sokongan monitor, tetikus dan papan kekunci. Samsung Dex Book ialah konsep menarik yang mengubah rekabentuk Dex menjadi sebuah komputer riba skrin lebar.  Samsung Dex Book ialah […]

iPhone 8 vs Galaxy S8 – Perbandingan 8 fungsi

September 16, 2017 0

Ya ya ya. Mungkin anda dah penat membaca atau mendengar kisah tentang Android lagi bagus, atau iPhone yang terbaik. Tapi anda masih perlu baca alasan yang akan kami bagi ini. Mungkin ada perkara yang baru untuk anda. Jika dibandingkan harga, kami jangkakan iPhone 8 mungkin akan dijual pada RM3,499. Galaxy S8 pula, seperti yang diketahui harganya ialah RM3,099. Jadi kedua-duanya memang layak untuk dibuat perbandingan. Perkara yang sering dibanggakan oleh pengguna iPhone adalah betapa lancar dan licinnya iOS berbanding Android. Sebenarnya, perkara ini memang sukar untuk disangkal oleh penulis, walaupun sebagai ahli tegar kelab pemukul iPhone. Tapi penggunaan telefon pintar tidak terhad pada sistem operasi sahaja. Cuba teruskan bacaan dan perhati, setuju tak dengan penerangan di bawah ini. 1. Pengecas pantas Salah satu pengumuman besar tentang iPhone adalah sokongan pengecasan pantas. Setelah sekian lama, iPhone akhirnya boleh menggunakan pengecas lebih pantas dari 5W (5V1A). Ini memang satu berita baik tetapi ia juga memberi berita buruk. Apple masih menyertakan pengecas 5W bersama iPhone 8. Kalau nak pengecas pantas, kena beli lain. Nasib baik banyak pengecas pantas untuk Android yang boleh dibeli lebih murah berbanding produk asli Apple. Atau beli siap-siap pengecas Apple 29W macam di bawah ni untuk mengekalkan keaslian produk Apple anda. 2. Pengecas wayarles Ini satu persamaan yang boleh dikongsi. iPhone 8 akhirnya menyokong pengecas wayarles, seperti yang telah dimuatkan Samsung sejak Galaxy S6. Tetapi Samsung telah menaik taraf kepada pengecas pantas wayarles sejak Galaxy S7, dan ia menjadi standard pada Galaxy S8. Masalahnya, Samsung tidak memberi pengecas wayarles ini bersama pembelian Galaxy S8, sama seperti pembelian iPhone 8. 3. Pengimbas Biometrik Galaxy S8 dan iPhone 8 kedua-duanya memiliki pengimbas capjari. Cuma Galaxy S8 telah mengubah kedudukan pengimbas cap jari ke belakang telefon. iPhone 8 yang masih mengekalkan reka bentuk iPhone 6, memiliki pengimbas capjari di hadapan. Tetapi Samsung memberi pengimbas biometrik tambahan iaitu pengimbas iris atau anak mata di sebelah kamera hadapan Galaxy S8. Tangan basah atau kotor bukan lagi masalah untuk membuka kunci skrin. 4. Skrin Pertukaran skrin iPhone 8 yang rosak mungkin lebih mudah dan jimat kerana ia masih lagi memiliki skrin bersaiz dan resolusi sama sejak iPhone 6. Berukuran 4.7-inci dengan resolusi 1334×750. Ini membawakan kepadatan piksel kepada 326ppi. Ini jauh berbeza dengan Galaxy S8 yang bukan sahaja memiliki skrin melengkung di sisi, malah lebih lebar dan resolusi lebih tinggi. Ia berukuran 5.8-inci, resolusi Quad HD+ 2960×1440 dengan kepadatan 570ppi. Bingkainya juga lebih nipis, hampir tidak kelihatan. 5. Tangkapan gambar dan rakaman video Kamera belakang iPhone 8 nampaknya tidak banyak berubah dari segi perkakas berbanding iPhone 7. Ia memiliki sensor 12MP dengan apertur f/1.8. Tambahan yang penting adalah penstabil imej optikal (OIS). Sama juga Galaxy S8, tidak banyak berbeza dengan Galaxy S7. Masih menggunakan sensor 12MP f/1.7 bersama autofokus dwi-piksel yang super pantas. OIS juga sememangnya sedia ada. Tangkapan gambar dengan Galaxy S8 lebih pantas memfokus serta lebih cerah dalam suasana malap. Rakaman video Ultra HD 4K turut terdapat dalam kedua-dua telefon pintar. Dua kelebihan penting yang dapat dilihat adalah, iPhone 8 boleh merakam 4K sehingga 60fps serta gerak perlahan sehingga 240fps pada resolusi HD Penuh 1080p. Manakala Galaxy S8 hanya mampu merakam 4K dengan 30fps dan gerak perlahan 240fps pada resolusi HD 720p sahaja. 6. Storan Storan dalaman iPhone 8 dan Galaxy S8 setara, kedua-duanya dimuatkan dengan sekurang-kurangnya 64GB kapasiti. Tetapi Galaxy S8 diberi pilihan tambahan storan lebih mudah, melalui kad mikroSD sehingga 256GB. Tetapi masih ada pilihan lain untuk iPhone 8. Kini sudah terdapat USB OTG untuk port lightning, jadi boleh cucuk thumbdrive dan hantar keluar data dari iPhone. Satu cara lagi, adalah membeli iPhone 8 dengan storan lebih besar siap-siap, iaitu 256GB. Lagi senang. 7. Kad sim Zaman yang serba mencabar, dinamik dan pantas bergerak memerlukan gaya hidup aktif dan pelbagai. Klise betul ayat, tapi idea yang cuba nak disampaikan adalah penggunaan kad sim lebih dari satu banyak membantu bukan sahaja dalam kehidupan peribadi, malah dalam ruang kerja seharian. iPhone 8 seperti mana iPhone yang sebelumnya, hanya menyokong satu kad sim sahaja. Bagi Galaxy S8, ia menyokong dua kad sim tetapi pilihan perlu dibuat. Samada dua kad sim, atau satu kad sim dan satu kad mikroSD. 8. Pembayaran digital Oleh kerana tidak dapat mencari point ke-8 yang lebih sesuai, maka sistem pembayaran digital terpaksa dipilih. Pembayaran menggunakan telefon pintar adalah satu cara moden, cuma ia terhad kerana teknologi tertutup. iPhone 8 boleh mempergunakan teknologi Apple Pay, manakala Samsung Galaxy S8 pula dengan Samsung Pay. Masalah terbesar bagi Apple Pay, adalah tiada sokongan penjual di Malaysia lagi. Masalah kurang besar pula, jika ada sokongan di Malaysia, ia memerlukan terminal pembayaran serba baru yang serasi dengan Apple Pay. Ia berbeza dengan Samsung Pay. Pembayaran ini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Lebih baik lagi, ia boleh digunakan hampir di semua terminal pembayaran baru dan lama, termasuk jenis strip magnetik yang tiada fungsi NFC. Jadi, Samsung Pay boleh digunakan di mana jua seluruh dunia tanpa perlu memeriksa keserasian terminal. Asalkan kad debit/kredit boleh digunakan di luar negara, masukkannya ke dalam Samsung Pay dan ia sedia membuat sapuan di terminal pembayaran. Jadinya sekarang, dengan harga yang hampir sama adakah anda akan memilih iPhone 8 kerana sistem operasi iOS yang lebih lembut dan licin, atau mendapatkan Galaxy S8 untuk lebih fungsi dan penggunaan? Paling penting, asalkan anda gembira dengannya pun cukup. Jangan rasa kecewa lepas membelinya, banyak dah keluar duit tu. Biar alah membeli, menang memakai.

The post iPhone 8 vs Galaxy S8 – Perbandingan 8 fungsi appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Perbandingan Xiaomi Mi MIX 2, LG V30 Dan Samsung Galaxy S8

September 11, 2017 0

Xiaomi Mi MIX 2 dilancarkan dan tidak mengejutkan meneruskan rekaan hampir semua skrin yang dipopularkannya tahun lalu. Skrin tahun ini lebih memanjang dengan nisbah 18:9 berbanding 17:9 tahun lalu. Bingkai peranti pula masih lagi diperbuat daripada seramik dengan pemproses Snapdragon 835 menjadi enjin yang menggerakkan peranti. Mari lihat perbandingan Mi MIX 2 dengan LG V30 […]

Samsung Galaxy S8 Dan Note 8 Kini Menyokong Penstriman Video HDR YouTube

September 8, 2017 0

Tidak banyak peranti yang dilengkapi skrin dengan teknologi HDR. Samsung Galaxy S8, S8+ dan Note 8 adalah antara yang menyokongnya. Hari ini ketiga-tiganya juga menjadi peranti paling awal mempunyai kemampuan menstrim kandungan YouTube HDR. Kemaskini terkini aplikasi YouTube mengaktifkan fungsi ini pada peranti keluaran Samsung. Apabila video HDR dimainkan, pengguna boleh melihat pilihan HDR pada […]

1 2 3 7