Samsung

Samsung Galaxy M21 Akan Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699 Minggu Hadapan

Julai 4, 2020 0

Pada Mac lalu Samsung Galaxy M21 telah diumumkan di India dengan kapasiti bateri 6000 mAh serta dijana cip Exynos 9611. Ramai yang agak teruja dengan peranti dan ia kini sah akan ditawarkan di Malaysia pada 7 Julai hadapan. Walaupun belum secara rasmi dilancarkan di Malaysia, peranti telahpun disenaraikan di laman edagang rasmi Samsung di Lazada. […]

Samsung Kini Mempunyai Alat Pensteril UV Dengan Pengecas Nirwayar Terbina

Julai 3, 2020 0

Covid-19 adalah virus merbahaya yang membunuh ramai orang. Disebabkan virus ini, perintah berkurung dilakukan, pembatasan sosial, banyak premis perniagaan tutup dan banyak perniagaan tergendala. Kini di Malaysia, kita berada di fasa PKPP iaitu pemulihan. Zaman pasca-Covid-19 bermula, walaupun tiada lagi perintah berkurung – itu tidak bermakna kita sudah boleh berkumpul beramai-ramai, lupa memakai pelitup muka […]

Samsung Tidak Akan Menghadiri IFA 2020

Julai 1, 2020 0

Acara IFA 2020 tahun ini akan dilangsungkan dari 3-5 September hadapan. Penganjur mengambil langkah berani meneruskan acara teknologi ini walaupun dunia masih berjaya menentang wabak Covid-19. Satu syarikat besar yang tidak akan menghadiri IFA tahun ini ialah Samsung menurut laporan Korea Herald. Ini adalah kali pertama sejak 1991 Samsung tidak menghadiri IFA. Ketiadaan mereka pasti […]

Samsung Galaxy Fold Lite Dijangka Tiba Tahun Hadapan

Jun 30, 2020 0

Pada kebiasaannya, peranti boleh lipat dijual pada harga yang mahal. Jadi, ramai yang berkira-kira untuk memilikinya. Biarpun belum ada kepastian, namun terdapat desas-desus mengatakan Samsung dikhabarkan akan muncul dengan peranti boleh lipat yang lebih berpatutan dikenali sebagai Samsung Galaxy Fold Lite. Pada awalnya, ia dijangka diperkenalkan seiring dengan pengenalan siri Samsung Galaxy Note 20, Samsung […]

Samsung Melancarkan TV Pintar QLED Dengan Kecekapan Tenaga Kelas Pertama

Jun 29, 2020 0

Samsung sedia terkenal dengan pengeluaran panel skrin yang hebat. Tidak kira untuk telefon pintar atau televisyen, Samsung adalah antara yang terbaik. Era televisyen dengan skrin OLED sudah hampir tamat, ia kini sedia diganti dengan QLED ataupun Mini-LED. Sasaran panel seperti ini adalah untuk penjimatan penggunaan tenaga, mempunyai jangka hayat yang lebih baik ataupun mengurangkan masalah […]

Lagi Imej Rasmi Samsung Galaxy Watch 3 Tertiris

Jun 29, 2020 0

Lumrah dunia teknologi ialah apabila rekaan sesebuah peranti mula tertiris, semakin banyak maklumat tertiris akan menyusul. Minggu lagi imej pengolokan rasmi Samsung Galaxy Watch 3 telah tertiris. Hari ini lagi imej pengolokan rasmi ditiriskan oleh @evleaks tetapi kali ini dengan model 41mm berwarna gangsa. Perbezaan di antara model 41mm dan 44mm bukan sahaja pada saiz […]

Samsung Galaxy A51s Dan Galaxy A71s Dengan Cip Snapdragon 765G Muncul Di Geekbench

Jun 29, 2020 0

Siri Samsung Galaxy A boleh dikatakan antara model yang sering menjadi perhatian kerana spesifikasinya yang menarik pada harga berpatutan. Kini, Samsung dilihat semakin agresif mengemaskini barisan peranti di bawah siri ini dan dua model baru daripadanya telah ditemui di penanda aras Geekbench. Ura-ura mengatakan model yang dimaksudkan berkemungkinan Samsung Galaxy A51s (SM-A516V) dan Samsung Galaxy […]

Pra-tempah Paparan Gaming Samsung Odyssey G7 Bakal Dibuka – Harga Bermula RM2399

Jun 26, 2020 0

Beberapa minggu lalu kami ada melaporkan bahawa Samsung akan mula melancarkan siri paparan gaming terbaru mereka, iaitu Samsung Odyssey G7 tidak lama lagi, dan hari ini Samsung Malaysia telah mengumumkan ketibaannya untuk pasaran tempatan. Hadir dalam pilihan saiz 27 dan 32 inci, paparan Odyssey G7 ini dilengkapi dengan paparan melengkung 1000R, ataupun radius lengkungan 1000mm yang menggunakan panel QLED yang […]

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Fold 2 Diperlihatkan

Jun 26, 2020 0

Samsung sering meraih perhatian masyarakat dunia melalui inovasi yang dibawakan dalam setiap produk keluarannya. Ketika ini, Samsung dikhabarkan dalam persediaan untuk pengenalan sejumlah produk baru dan salah satu daripadanya adalah Samsung Galaxy Fold 2. Imej pengolokan tidak rasminya telah dikongsi oleh Ben Geskin semalam. Ia dihasilkan menerusi lukisan skematik yang telah diterbitkan beberapa minggu yang […]

Imej Pengolokan Rasmi Samsung Galaxy Watch 3 Tertiris

Jun 25, 2020 0

Sebelum ini beberapa kali imej Samsung Galaxy Watch 3 telah tertiris.  Hari ini akhirnya imej pengolokan rasmi jam tangan pintar ini telah ditiriskan oleh @evleaks. Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Galaxy Watch 3 mengembalikan semula sistem kawalan bezel berputar. Imej yang tertiris ini menunjukkan penggunaan tali jam yang diperbuat daripada bahan yang kelihatan seperti kulit. […]

1 2 3 114