Samsung

Televisyen QLED Daripada Samsung Akan Hadir Ke Malaysia Pada Suku Kedua 2017

Februari 16, 2017 0

Samsung hari ini telah mengadakan acara Samsung Forum 2017 untuk rantau Asia Tenggara, dan berkongsi mengenai sejumlah perkara yang bakal hadir ke pasaran tempatan – terutamanya mengenai peralatan elektronik. Yang menjadi fokus utama pihak Samsung pada acara ini adalah penawaran televisyen terbaru mereka yang hadir dengan panel QLED. QLED merupakan inovasi terbaru daripada Samsung yang […]

Penghawa Dingin Baru Samsung Hadir Dengan Ciri “Bebas Angin” – Tapi Mungkin Tidak Akan Hadir Ke Malaysia

Februari 16, 2017 0

Samsung boleh dikatakan agak popular dengan penawaran telefon pintar mereka, tetapi ia juga merupakan sebuah jenama yang tidak asing untuk barangan peralatan elektronik rumah seperti televisyen, mesin basuh, peti sejuk, dan juga penghawa dingin. Terkini, lanjutan daripada pengenalan penghawa dingin baru daripada Samsung di CES 2017 bulan lepas, hari ini Samsung turut telah memperlihatkan penghawa […]

(Ura-Ura) Samsung Mungkin Mempertontonkan Prototaip Telefon Pintar Boleh-Lipat Pada MWC

Februari 9, 2017 0

Samsung sebelum ini sedia mengumumkan mengenai acara media khusus yang dijadualkan pada 26 Februari 2017 kelak bersempena dengan Mobile World Congress. Samsung dijangka memperkenalkan tablet terbaru mereka pada acara berkenaan. Kini, desas-desus baru hadir mengatakan Samsung mungkin turut mempertontonkan sebuah prototaip telefon pintar yang boleh-dilipat pada acara sama. Ia dikatakan Samsung akan mempertontonkan ia dalam […]

Galaxy Tab S3 Dikatakan Akan Hadir Dengan Sokongan S-Pen

Februari 4, 2017 0

Samsung sedia menjadualkan acara media pada 26 Februari ini bersempena dengan Mobile World Congress, dan pada acara berkenaan, mereka dijangka memperkenalkan Samsung Galaxy Tab S3. Terkini, info lanjutan hadir ke arena web, mengatakan Samsung mungkin turut menawarkan sokongan S-Pen pada Galaxy Tab S3 ini.

Samsung Pay Mini Diumumkan Di Korea Selatan – Membawa Samsung Pay Ke Peranti Android

Februari 2, 2017 0

Samsung sedia memperkenalkan Samsung Pay dibeberapa buah negara, termasuk Malaysia. Kini, bergerak kehadapan, pihak Samsung turut telah memperkenalkan Samsung Pay Mini di Korea Selatan - menawarkan fungsi membeli dengan mudah oleh semua pengguna peranti Android - walaupun bukan milik Samsung.

Samsung Mungkin Akan Hadir Dengan Gelang-Tangan Kecergasan Baru – Gear Fit Pro

Januari 28, 2017 0

Samsung mempunyai pelbagai penawaran peranti mudah-alih, dan salah satu daripadanya adalah gelang-tangan pintar yang dinamakan sebagai Gear Fit. Ia telah diperkenalkan bersama-sama Galaxy S5 sebelum ini, dan versi paling terkini adalah Gear Fit 2. Bergerak ke hadapan, kini Samsung dilihat telah mendaftarkan tanda dagang baru untuk apa yang dipanggil sebagai "Gear Fit Pro".

Gambar Samsung Galaxy S8 Tertiris – Bakal Dilancarkan Pada 29 Mac

Januari 27, 2017 0

Pelbagai desas-desus mengenai telefon pintar Galaxy S8 telah kedengaran sebelum ini. Kini, tukang tiris terkenal, @evleaks telah pun berkongsi gambar telefon yang dikatakan sebagai Galaxy S8 versi besar, dan mengatakan ia bakal dilancarkan secara rasminya pada 29 Mac 2017 kelak.

(Ura-Ura) Samsung Galaxy S8 Dilengkapi “Skrin Infiniti” Dan Pengimbas Jari Pada Panel Belakang

Januari 26, 2017 0

Samsung menggesa pekerja mereka supaya tidak meniriskan maklumat mengenai Samsung Galaxy S8. Walaubagaimanapun beberapa maklumat mengenai peranti yang sah tidak akan hadir di MWC tahun ini telahpun tertiris melalui pihak ketiga. Menurut laporan akhbar Guardian, beberapa lagi maklumat mengenai peranti ini diketahui menerusi sumber dalaman.

Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus

Januari 26, 2017 0

Seperti mana yang kita tahu Samsung akan mengumumkan peranti perdana Samsung Galaxy S8 tidak lama lagi. Sejak beberapa bulan yang lalu telah banyak spesifikasi Galaxy S8 yang telah tertiris di internet. Untuk peranti ini, Samsung dikatakan hadir dengan dua variasi yang dikenali sebagai Samsung Galaxy S8 dan Samsung Galaxy S8 Plus. Rekaan awalnya juga telah tertiris dimana Samsung Galaxy S8...

The post Gambar Dan Spesifikasi Awal Samsung Galaxy S8 Dan Galaxy S8 Plus appeared first on Mesra Mobile.

Donald Trump Dilaporkan Enggan Menggunakan Samsung Galaxy S4 Dengan Sistem Penyulitan

Januari 26, 2017 0

Minggu lalu kami laporkan Presiden Donald Trump akan menggunakan Samsung Galaxy S4 dengan sistem penyulitan khas. Ini adalah bagi memastikan rahsia negara Amerika Syarikat tidak akan mudah diintip oleh musuh mereka. Galaxy S4 yang diberikan untuk kegunaan presiden ini bukan model biasa tetapi menggunakan ROM khas Agensi Sistem Maklumat Pertahanan (DISA) yang menyokong rangkaian rahsia SIPRNet Jabatan Pertahanan (DOD).