Samsung

Imej Pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 Dengan Aksesori Papan Kekunci Dan S-Pen Pula Diperlihatkan

Julai 14, 2020 0

Samsung merupakan salah sebuah pengeluar yang konsisten dalam penghasilkan tablet. Kini, mereka dalam perancangan untuk pengenalan sebuah lagi tablet terbaru iaitu siri Samsung Galaxy Tab S7 dan imej gambaran mengenai peranti ini telah didedahkan sejak beberapa minggu yang lalu. Kini, imej pengolokan Samsung Galaxy Tab S7 dengan aksesori papan kekunci yang lengkap bersama tongkat di […]

Samsung Galaxy Note20 Mungkin Menggunakan Pemproses Exynos 990

Julai 13, 2020 0

Seperti kebiasaan, trend barisan peranti mercu Samsung akan hadir dalam dua varian cip pemproses iaitu Snapdragon dan Exynos. Penawarannya pula mengikut pada pasaran masing-masing. Terbaharu, terdapat desas-desus mengatakan siri Galaxy Note20 mungkin dilengkapi dengan pemproses Exynos 990. Ini sekaligus, seakan-akan menyangkal beberapa dakwaan sebelum ini yang mengatakan siri Samsung Galaxy Note20 akan menggunakan pemproses Exynos […]

Video Acah Galaxy Z Flip 5G Tertiris

Julai 13, 2020 0

Samsung Galaxy Z Flip adalah sebah telefon pintar yang berinovasi, iaitu menggunakan skrin sesentuh kaca yang boleh dilipat. Ia juga merupakan sebuah peranti mercu, mempunyai pengalaman penggunaan yang seronok, skrin yang cantik dan mampat dengan ciri dan fungsi. Sayang sekali, peranti ini dilancarkan pada tahun ini dan menggunakan cip Snapdragon 855. Z Flip 5G pic.twitter.com/CGvXa4yZyO […]

Samsung Mampu Membekalkan Kelengkapan Rangkaian 5G Untuk Kerajaan UK Jika Diperlukan

Julai 9, 2020 0

Baru-baru ini kami ada laporkan bahawa kerajaan UK sedang bersedia untuk menukar kelengkapan rangkaian 5G Huawei secara sepenuhnya kerana risau ianya tidak menepati piawaian selepas pelbagai sekatan yang dikenakan. Terkini, Reuters melaporkan bahawa Samsung kini sedang dalam perbincangan bersama-sama dengan badan-badan telekomunikasi di Eropah untuk menggunakan teknologi rangkaian 5G di negara-negara tersebut. Menurut Woojune Kim, […]

Samsung Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dalam Kotak Telefon Pintar Baru Seawal Tahun Hadapan

Julai 8, 2020 0

Baru-baru ini, kita telah mendengar laporan mengatakan Apple mungkin tidak menyertakan pengecas dalam telefon pintar terbaru mereka. Kini, selain daripada Apple, pihak Samsung juga dilihat sedang mempertimbangkan perkara yang sama. Melalui laporan baru dari Korea Selatan, Samsung dikatakan sedang melihat kepada idea untuk tidak menyertakan pengecas dalam kotak telefon pintar baru. Salah satu sebabnya dikatakan […]

Tablet Samsung Dengan Cip Exynos 9810 Dan Bateri 5,000mAh Tertiris

Julai 8, 2020 0

Tiada angin, tiada ribut secara tiba-tiba desas-desus berkaitan tablet Samsung yang seterusnya kini hangat diperkatakan di arena web. Tablet berkenaan dikatakan telah ditemui di laman pensijilan TUV Rheinland dan Geekbench dengan sejumlah spesifikasi. Pensijilan TUV Rheinland memperlihatkan peranti ini akan dilengkapi bateri besar 5,000mAh. Dalam perkongsian berbeza, senarai Geekbench pula menunjukkan peranti yang muncul dengan […]

Rasmi : Samsung Akan Melancarkan Galaxy Note 20 Pada 5 Ogos

Julai 8, 2020 0

Samsung hari ini telah mengumumkan mereka akan mengadakan acara Samsung Unpacked 2020 yang seterusnya pada 5 Ogos 2020 ini. Acara bulan Ogos kebiasaannya akan menjadi fokus terhadap telefon pintar dibawah siri Galaxy Note, yang mana hadir bersama sokongan stylus dinamakan S-Pen. Pada tahun ini, Samsung dijangka memperkenalkan Galaxy Note 20 bersama-sama dengan telefon boleh-lipat terbaru […]

Peranti Boleh-Lipat Samsung Seterusnya Mungkin Dikenali Sebagai Galaxy Z Fold 2

Julai 7, 2020 0

Samsung seakan-akan memberi gambaran akan meluaskan lagi penawaran di bawah siri Galaxy Z. Ia berikutan timbul desas-desus mengatakan peranti boleh-lipat Samsung yang seterusnya mungkin tidak akan dikenali sebagai Galaxy Fold 2. Sebaliknya, Samsung membuat sedikit pengubahsuaian dan mungkin menggunakan penjenamaan Galaxy Z Fold 2 padanya. Sumber berkata, Samsung dikatakan memilih penjenamaan ”Z” ini kerana ia […]

Imej Sebenar Samsung Galaxy Note20 Ultra Tertiris

Julai 7, 2020 0

Kita semua sudah tahu, Samsung dalam persediaan untuk memperkenalkan siri Galaxy Note terbaru mereka dan salah satu model daripadanya iaitu Samsung Galaxy Note20 Ultra kini menjadi topik yang hangat diperkatakan dalam kalangan ramai. Kalau sebelum ini, ia hanya sekadar dilihat melalui foto berbentuk iklan. Kini, muncul pula maklumat tertiris mendakwa model ini mula diperlihatkan dalam […]

Samsung Galaxy M21 Akan Dilancarkan Pada Harga Bermula RM699 Minggu Hadapan

Julai 4, 2020 0

Pada Mac lalu Samsung Galaxy M21 telah diumumkan di India dengan kapasiti bateri 6000 mAh serta dijana cip Exynos 9611. Ramai yang agak teruja dengan peranti dan ia kini sah akan ditawarkan di Malaysia pada 7 Julai hadapan. Walaupun belum secara rasmi dilancarkan di Malaysia, peranti telahpun disenaraikan di laman edagang rasmi Samsung di Lazada. […]

1 3 4 5 6 7 119