Apple

Apple Mempatenkan Butang Papan Kekunci Dengan Permukaan Kaca

Julai 3, 2020 0

Papan kekunci sejak zaman berzaman dihasilkan menggunakan bahan plastik. Tiada perubahan yang besar dilakukan pada kekunci berbanding mekanisme yang menawarkan suis mekanikal dan membran. Tetapi Apple ingin melakukan perubahan selepas mempatenkan butang papan kekunci yang mempunyai permukaan paling atas yang diperbuat daripada kaca. Menerusi paten yang difailkan, bahagian bawah butang kekunci diperbuat daripada plastik. Permukaan […]

Apple Mula Menjual Modul GPU Radeon Pro W5500X Untuk Mac Pro – Hanya RM2,400

Julai 2, 2020 0

Bulan lepas, Apple mula menawarkan kit SSD untuk komputer desktop berkuasa tinggi mereka, Mac Pro. Harga jualan adalah mencapai RM11,200 yang mana memang tidak masuk akal. Tetapi itulah Apple, produk premium dijual pada harga premium. Baru-baru ini, Apple dilihat mula menjual modul kad grafik AMD mereka pula. Modul ini adalah Radeon Pro W5500X MPX  Module, yang mana […]

Apple Membatalkan Kontrak Pembangunan Permua Apple Arcade Pada Beberapa Pembangun

Julai 1, 2020 0

Apple Arcade adalah platform langganan bulanan untuk akses banyak permua pada ekosistem Apple. Tidak kita pada iOS, iPadOS, tvOS atau juga macOS – permua ini boleh dimainkan pada mana-mana peranti Apple. Dalam permua ini, pengguna akan bebas dari belian dalam aplikasi dan akan memiliki permua premium percuma selamanya selagi langganan bulanan dibayar. Kita juga tahu […]

Apple Dilaporkan Sedang Menguji macOS Pada iPhone

Julai 1, 2020 0

Dengan telefon pintar mempunyai kuasa memproses yang tinggi, terdapat beberapa usaha untuk menyokong mod desktop secara terbina. Antara yang wujud di pasaran sekarang ialah Windows Continuum, Samsung Dex dan Huawei Easy Projection. Sehingga kini DeX mungkin yang mempunyai sokongan paling menyeluruh termasuk rentas peranti berlainan sistem operasi. Kini kedengaran ura-ura Apple mungkin akan turut memberikan […]

Pengguna Safari Boleh Menonton Kandungan 4K HDR Netflix Melalui MacOS Big Sur

Jun 30, 2020 0

Sistem operasi MacOS Big Sur dijangka tiba pada penghujung tahun ini, dan dengannya, beberapa kemaskini besar dijangka tiba untuk sistem operasi Apple. Salah satu daripadanya ialah untuk pelayar web Safari. Melalui kemaskini Big Sur, ia telahpun menerima sokongan untuk codec video HEVC. Sebelum ini, pengguna Safari hanya boleh menonton kandungan Netflix pada resolusi Full HD […]

iPhone 12 Mungkin Boleh Merakam Video 4K 240FPS

Jun 30, 2020 0

Kita sudah hampir ke bulan Julai dan semakin hampir kepada pelancaran iPhone 12.Sebelum ini kebanyakan maklumat yang tertiris adalah mengenai rekaan peranti sahaja tetapi hari ini sedikit berlainan kerana ura-ura mengenai kemampuan kamera pula diketahui. Menurut ciapan @Pineleaks, terdapat kemungkinan iPhone 12 kelak mempunyai kemampuan rakaman video pada resolusi 4K 240FPS. Mod rakaman pada resolusi […]

Safari Tidak Memasang 16 API Web Baru Kerana Risau Mengenai Isu Privasi Pengguna

Jun 29, 2020 0

Sama ada kita sedar atau tidak, teknologi pelayar web semakin berkembang pesat setiap tahun. Walaupun begitu, tidak semua perkembangan teknologi ini menguntungkan pengguna, kerana banyak daripadanya dibangunkan untuk pihak pengiklan yang akan mengekori pergerakan atas-talian kita. Diantara syarikat yang tidak menggunakan teknologi-teknologi baru ini ialah Apple. Sewaktu acara WWDC, mereka mengesahkan bahawa Safari tidak menggunakan […]

Apple Mungkin Tidak Menyertakan Pengecas Dan Fon Telinga Dalam Kotak iPhone Akan Datang

Jun 28, 2020 0

Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kita telah mendengar pelbagai desas-desus berkenaan iPhone akan datang, yang mungkin dikenali dengan nama iPhone 12. Ia telah diperkatakan Apple mungkin tidak menyertakan fon telinga EarPods dalam kotak – dalam usaha mengalakkan pengguna membeli AirPods, dan terbaru, menurut penganalisa Ming-Chi Kuo, Apple turut mungkin tidak menyertakan pengecas dalam kotak iPhone. […]

iPhone SE (2020) Menerima Skor DXO Sebanyak 101 – Setara iPhone XR

Jun 28, 2020 0

DXO merupakan salah satu organisasi yang aktif membuat ujian pada kamera peranti, dan memberikan skor sebagai sebuah penanda aras. Terbaru, DXO telah pun menerbitkan skor untuk telefon pintar terbaru Apple, iaitu iPhone SE. iPhone SE hadir dengan satu kamera belakang, dilengkapi dengan sensor 12-megapixel menggunakan lensa f/1.8, menawarkan penstabilan imej optikal, autofokus PDAF, dan sokongan […]

Boot Camp Tidak Boleh Digunakan Untuk Memasang Windows Pada Mac Versi ARM

Jun 25, 2020 0

Salah satu daripada kerisauan pengguna mengenai komputer riba Mac akan datang yang menggunakan cip pemprosesan Apple Silicon ialah sokongan untuk perisian memasang sistem operasi tambahan Boot Camp. Pihak Microsoft hari ini mengesahkan bahawa perisian Boot Camp tidak boleh digunakan untuk memasang sistem operasi Windows 10 pada peranti Mac akan datang. Ini adalah kerana sistem operasi […]

1 2 3 111