Apple

China UPS Manufacturer, Inverter

Apple Memperkenalkan Speaker Pintar Dengan Integrasi Siri – Apple HomePod

Jun 6, 2017 0

Lanjutan pelbagai desas-desus, pada pentas utama WWDC, Apple kini telah pun memperkenalkan secara rasmi speaker pintar mereka yang hadir dengan integrasi kecerdasan buatan Siri, dinamakan sebagai Apple HomePod. Speaker pintar ini akan ditawarkan bermula Disember ini dibeberapa buah negara, iaitu bermula dari Amerika Syarikat, UK dan Australia. Apple HomePod ini hadir dengan ketinggian sekitar 7-inci, […]

Magic Keyboard Baru Dan Smart Keyboad iPad Pro 10.1 Dijual Di Malaysia Pada Harga Bermula RM599

Jun 6, 2017 0

Dua aksesori baru papan kekunci dilancarkan pagi tadi oleh Apple. Magic Keyboard baru dengan kekunci bernombor dan Smart Keyboard untuk iPad Pro 10.1 memberikan pilihan baru kepada pengguna. Kedua-dua aksesori ini telah muncul di laman rasmi Apple Malaysia. Harga jualan untuk Magic Keyboard baru dengan kekunci bernombor ialah RM 599. Smart Keyboard untuk iPad Pro […]

Ini Adalah Antara Ciri Baru iOS11 Yang Akan Ke iPhone Dan iPad Anda

Jun 6, 2017 0

Pada acara WWDC setiap tahun, platform perisian daripada Apple sering menerima perhatian utama. Untuk WWDC 2017, ia tidak ketinggalan, dan Apple secara rasminya telah memperkenalkan iOS 11 – sistem operasi yang bakal menjana bukan sahaja iPhone baru akan datang, tetapi juga sejumlah peranti mudah-alih lain Apple yang sedia dipasaran. iOS 11 meneruskan revolusi Apple dalam […]

Tali Apple Watch Berwarna Pelangi Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM199

Jun 6, 2017 0

Apple sedia menawarkan sejumlah pilihan warna dan jenis tali jam untuk Aplle Watch. Terkini, untuk pengguna Apple Watch tempatan, pihak Apple telah mula menawarkan tali Apple Watch Pride Edition pada harga RM199. Dua versi dihasilkan iaitu 38 dan 42 mm. Ia diperbuat daripada bahan Nylon. Bagi mereka yang inginkan tali jam dengan warna pelangi, ini […]

iMac Menerima Kemaskini Dengan Sokongan Cip Dan Grafik Baru, Skrin Lebih Terang

Jun 6, 2017 0

Selain pengenalan iMac Pro yang bakal menyususl sekitar bulan Disember kelak, Apple juga turut mengemaskini penawaran keluarga komputer semua-dalam-satu mereka, iMac dengan penggunaan sokongan cip pemprosesan terkini yang lebih berkuasa, selain penyertaan panel paparan yang lebih terang Apple sendiri mengatakan kini iMac menawarkan paparan terbaik dibawah keluarga Mac, dimana ia lebih 43% terang pada kadar […]

Apple Mengemaskini Keluarga MacBook Dan MacBook Pro Dengan Cip Intel Terkini

Jun 6, 2017 0

Bersama-sama kemaskini untuk iMac, pihak Apple juga turut tidak ketinggalan dalam memperkenalkan kemaskini untuk penawaran komputer riba mereka, iaitu MacBook dan juga MacBook Pro. MacBook merupakan model komputer riba bersaiz 12-inci daripada Apple, dimana ia menawarkan rekaan yang nipis, serta penawaran penggunaan bateri sepanjang hari. Kini, MacBook hadir dengan cip pemprosesan Kaby Lake sehingga Core […]

Apple Menambah Sokongan AR Pada iOS 11

Jun 6, 2017 0

Apple hari ini telah memperlihatkan secara kasar sistem operasi iOS 11 terbaru mereka, yang mana merupakan sistem operasi yang bakal menjana iPhone generasi baru, dan juga iPhone yang kini terdapat dipasaran. Melalui pengenalan iOS 11, Apple turut mengambil peluang untuk memperlihatkan ciri augmented reality (AR) terbaru padanya. Apple sendiri mengumumkan sebuah perkhidmatan baru dinamakan ARKit […]

Apple Memperkenalkan Aplikasi Pengurusan Fail Yang Baik Untuk iOS

Jun 6, 2017 0

Seperti tertiris semalam, Apple telah pun mengumumkan aplikasi Files secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna untuk menguruskan pelbagai dokumen dan fail mereka dengan mudah dan pada lokasi setempat. Melalui Files ini, pengguna boleh mengakses pelbagai dokumen mereka di awan dengan mudah – bukan sahaja pada iCloud, tetapi juga daripada Box, Dropbox, Google Drive dan juga […]

Aksesori Berwarna Space Gray Hanya Akan Dijual Kepada Pembeli iMac Pro

Jun 6, 2017 0

Di acara WWDC pagi tadi Apple memperlihatkan iMac Pro kepada umum dengan kemasan berwarna Space Gray. iMac paling berkuasa ini turut hadir dengan papan kekunci, tetikus dan trackpad berwarna  Space Gray. Bagi peminat Apple yang mahu membeli ketiga-tiga peranti input ini secara berasingan ada sedikit berita buruk bagi anda. Menurut laporan 9to5Mac, Apple hanya akan […]

Apple Membawa Muka Jam Dengan Integrasi Siri Pada watchOS

Jun 5, 2017 0

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC yang memfokuskan kepada para pembangun, sekaligus berkongsi sejumlah ciri-ciri baru yang akan hadir pada platform dan produk mereka. Acara ini dimulakan dengan pengumuman berkaitan platform jam tangan pintar Apple, iaitu Apple Watch OS. Versi terbaru akan datang adalah watchOS 4.0, dimana ia hadir dengan sejumlah ciri-ciri baru. Menjadi […]