Berita Menarik

Read Time:42 Second

Syarikat Telekomunikasi Tempatan Memperlihatkan iPhone 8 Akan Datang Tidak Lama Lagi

Syarikat telekomunikasi tempatan, iaitu Celcom, Digi dan juga U Mobile kini telah mengemaskini laman web rasmi mereka, sekaligus memperlihatkan mesej yang mana iPhone 8 bakal hadir ke pasaran Malaysia tidak lama lagi. Buat masa ini, tiada sebarang info berkenaan dengan bilakah ia akan dilancarkan. Tetapi dengan mesej yang telah mula dipaparkan ini, kita mungkin boleh […]

Qualcomm beri petunjuk iPhone selalu di belakang Android

Bagi peminat telefon pintar, nama Qualcomm adalah sesuatu yang penting semasa membuat pembelian. Ramai yang sentiasa memilih telefon pintar yang dikuasakan Qualcomm Snapdragon berbanding Mediatek, mahupun Samsung Exynos dan Huawei Kirin. Sebelum Tim Cook memperkenalkan iPhone 8, 8 Plus dan iPhone X semalam, Qualcomm sempat mengeluarkan satu artikel berkenaan telefon pintar Android yang sering menjadi yang pertama menggunakan teknologi terbaru. Kebanyakan teknologi ini dijayakan dengan penggunaan pemproses Qualcomm. Walaupun banyak teknologi dan model telefon pintar yang disenaraikan, kebanyakan teknologi terbaru ini boleh didapati di barisan flagship seperti Samsung Galaxy S8, HTC U11 dan juga Sony Xperia XZ Premium. Antara yang boleh diperkatakan adalah pengecasan pantas, skrin tanpa bingkai, kalis air dan debu, Bluetooth 5.0, paparan HDR dan banyak lagi. Semua teknologi yang disebut tadi, juga terdapat di dalam iPhone X yang baru dilancarkan pagi tadi. Ada yang mengatakan, Qualcomm menghasilkan jadual teknologi pertama dalam peranti ini adalah untuk merendahkan telefon pintar baru iPhone. Tidak dapat disangkal, iPhone sering ketinggalan dalam penggunaan teknologi terbaru. Tetapi iPhone X yang tiba pagi tadi merapatkan jurang apabila teknologi di dalamnya kini sebaris model flagship Android. Perkara sebegini sering menjadi punca pertelagahan peminat tegar Android dan iPhone. Tetapi bagi Qualcomm, ia mungkin lebih dari itu kerana terdapat kes mahkamah di antara Apple dan Qualcomm sedang berjalan. Ia dilihat kesinambungan kepada peperangan Qualcomm dan Apple ini. Adakah penting untuk sesuatu peranti flagship disertakan teknologi canggih terkini yang sering dilakukan pengeluar Android, atau memasukkannya satu persatu secara perlahan-lahan seperti di iPhone? Anda bersetuju dengan kenyataan Qualcomm, di mana Android sering menjadi yang pertama dalam teknologi mudah alih? Atau ada teknologi di mana iPhone adalah yang pertama? Jom kongsikan bersama kami. [SUMBER: Qualcomm]

The post Qualcomm beri petunjuk iPhone selalu di belakang Android appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Berapa harga iPhone 8 & iPhone X di Malaysia?

Pelancaran telefon pintar baru Apple sentiasa dinanti ramai, bukan sahaja oleh peminatnya malah orang ramai yang kurang berminat jua. Antara yang menjadi tarikan adalah harganya yang lebih mahal dari telefon pintar lain. Seperti yang dijangka, harga iPhone 8 yang kelihatan sama tapi tidak serupa dengan iPhone 7, telah dinaikkan. Tahun lepas, Apple melancarkan iPhone 7 pada harga bermula dari USD649 manakala iPhone 7 Plus dari USD769. Beza paparan iPhone X, iPhone 8 Plus dan iPhone 8 Bagi iPhone 8, ia memiliki tanda harga bermula dari USD699 dan iPhone 8 Plus pula dari USD799. Bagi iPhone X yang jauh lebih canggih, harganya bermula dari USD999. Kenaikan harga ini turut disumbang dengan pilihan storan asas yang digandakan, dari 32GB di iPhone 7 kepada 64GB di iPhone 8 & iPhone X. Tapi bukan ini fokus kita. Di sini, kami ingin menjangkakan harga iPhone 8 & iPhone X Jangkaan harga ini boleh dibuat berdasarkan sejarah harga jualan produk Apple di Malaysia sebelum ini, dengan syarat kadar tukaran matawang tidak banyak berbeza. Kita semak dahulu harga bagi produk Apple sebelum pelancaran iPhone 8 & iPhone X di bawah ini: iPhone 7 32GB = USD649 = RM3,199 iPhone 7 Plus 32GB = USD769 = RM3,799 Harga iPhone 7 dan 7 Plus di Malaysia semasa dilancarkan Kadar yang digunakan pada iPhone 7 32GB adalah USD1 = RM4.93. Manakala bagi iPhone 7 Plus 32GB pula USD1 = RM4.94. Jadi, tidak salah kalau dikatakan Apple Malaysia akan mengekalkan kadar ini untuk iPhone 8 dan juga iPhone 8. Kalau kadar tukaran tidak banyak berbeza seperti sekarang. Jika kita ambil kadar tukaran USD1 = RM4.93, maka harga iPhone adalah seperti berikut: iPhone 8 64GB = USD699 = RM3,446 iPhone 8 Plus 64GB = USD799 = RM3,939 iPhone X 64GB = USD999 = RM4,925 Selepas bertafakur dan bertasbih memuji kebesaran Ilahi, kami merumuskan jangkaan harga rasmi telefon terbaru iPhone di Malaysia adalah: iPhone 8 64GB = RM3,499 iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099 iPhone X 64GB = RM5,199 Bagaimana? Bersediakah anda untuk membayar harga ini bagi model terbaru iPhone, atau ini adalah masa terbaik membeli model lama iPhone yang telah diturunkan harga? Beli iPhone 6s pun ok lagi ni, sebab tak ada beza rupa luaran pun. Fungsi pun semua sama je dengan iPhone 8 kan? Kalau nak kamera berkembar, iPhone 7 Plus pun dah cukup.

The post Berapa harga iPhone 8 & iPhone X di Malaysia? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Read Time:5 Minute, 23 Second

6 Perkara Mengecewakan Pada iPhone X

Semalam kami menyenaraikan 10 perkara menarik pada iPhone X dan iPhone 8. Ia mungkin bukan inovasi besar jika dibandingkan dengan apa yang boleh ditemui pada Android tetapi ia perubahan yang positif iPhone. Setiap yang baik pasti mempunyai sedikit keburukan. Di bawah ialah senarai 6 perkara yang mengecewakan pada kedua-dua model baru iPone 1.Skrin OLED Dengan […]

Read Time:36 Second

Apple Menghentikan Penawaran iPhone 7 Dalam Pilihan Warna Merah

Apple pada awal tahun ini telah memperkenalkan iPhone 7 dibawah pilihan warna merah melalui program yang dinamakan Product Red. Kini, bersama-sama pengumuman iPhone 8 dan iPhone X, gergasi perkomputeran berkenaan dilihat telah menamatkan penawarna iPhone 7 dalam pilihan warna berkenaan. Untuk makluman, melaui penawaran Product Red, kebiasaannya sebahagian daripada dana pembelian akan ditawarkan kepada beberapa […]

Read Time:4 Minute, 32 Second

10 Perkara Menarik Apple iPhone X Dan iPhone 8

Penanti telah berakhir pagi tadi kesemua misteri mengenai peranti yang dilancarkan Apple terjawab. iPhone 8, 8 Plus dan X dilancarkan serentak bagi menunjukkan hala tuju rekaan Apple selepas ini. Kesemua maklumat yang tertiris nyata adalah sahih. iPhone X mencuri perhatian kerana perubahan rekaan yang drastik serta penggunaan skrin OLED HDR. Bagi yang ketinggalan acara pelancaran […]

6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook

Tengah malam ini, jam 1 pagi waktu Malaysia, Apple akan melancarkan model terbaru telefon pintar mereka. Apa yang membuatkan ia istimewa adalah kerana tahun ini mencatatkan tahun kesepuluh kelahiran iPhone. Seperkara lagi, peminat iPhone sangat teruja menantikan rekabentuk iPhone baru kerana ia tidak mengalami perubahan sejak 3 model sebelum ini. Jadi, apakah yang mungkin Tim Cooks perkenalkan kepada dunia malam nanti? Hasil kajian di internet memberikan beberapa petunjuk penting yang kami rumuskan di bawah ini. 1. Tiga model iPhone akan diperkenalkan Pada awalnya dikhabarkan model yang akan dilancarkan adalah iPhone 7s, iPhone 7 Plus dan iPhone 8. Tetapi khabar angin yang lebih kencang bertiup mengatakan tiga model yang akan diperkenalkan adalah iPhone X, iPhone 8 dan 8 Plus. Kenapa X? Sudah pasti kerana ulangtahun ke-10 iPhone. iPhone X dijangka menjadi model utama dengan perkakas terbaik, manakala iPhone 8 dan 8 Plus merupakan penambahbaikan dari model iPhone 7. Mungkin juga ia akan menerima nama yang lebih istimewa selain iPhone X. iPhone 8 iPhone 8 Plus iPhone X pic.twitter.com/OVLfhLxTdT — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 2. Pengecas wayarles Apple sememangnya lambat menampilkan teknologi baru di dalam iPhone, tetapi bila dilaksanakan ia sering menjadi ikutan. Samsung telah lama memuatkan pengecas wayarles sejak Galaxy S6 lagi dan diteruskan ke dalam Galaxy S7, S8 serta Note8. Tetapi pengecas wayarles bukan bermakna ia tiada sentuhan langsung. Telefon pintar masih perlu bersentuhan, tetapi tidak lagi perlu mencucuk kabel ke dalam port pengecasan. Hanya letak dan tinggal. 3. Skrin penuh hujung-ke-hujung Mengikut trend tahun ini, iPhone yang baru dilihat sangat pasti akan datang dengan skrin yang memenuhi ruang hadapan, dengan bezel yang sangat nipis. iPhone 8 (encased) pic.twitter.com/9LpARCAML2 — Evan Blass (@evleaks) August 8, 2017 4. Tiada butang fizikal Home Sejak kemunculan pertama iPhone, butang Home adalah satu-satunya butang di hadapan iPhone. Tetapi dengan penggunaan skrin penuh di iPhone yang baru, butang fizikal yang sekian lama ada ini bakal dihapuskan. Apple benar-benar mahu menjadikan iPhone sebagai telefon pintar dengan nisbah skrin berbanding badan terbesar. Jadi di manakah pengimbas capjari Touch ID? Ia mungkin masih di hadapan, diintegrasikan ke dalam skrin. 5. Kamera 3D dan pengecaman wajah Jika pengimbas capjari tiada di hadapan, ia mungkin digantikan dengan sistem pengecaman wajah. Kamera hadapan iPhone yang baru ini dikatakan berkemampuan mengecam wajah secara 3 dimensi dan ia mungkin lebih mudah dan tepat digunakan berbanding pengimbas capjari. 6. Harga yang jauh lebih mahal Walaupun harga iPhone di Malaysia dilihat semakin mahal dengan pengenalan model baru, sebenarnya harganya tidak banyak berubah di dalam Dolar Amerika. Tetapi model terbaru iPhone kali ini mungkin akan melompat jauh dari harga iPhone 7 sebelum ini. Mungkin mengikut jejak langkah Samsung dalam perbezaan harga Galaxy Note7 dan Note8. Selain telefon pintar iPhone yang baru, Apple juga dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi produk lain. Antara yang dikatakan akan membuat kemunculan malam ini adalah Apple Watch LTE, Apple TV 4K dan juga Airpods yang baru. Well fortunately there are no actual iPhone 8 or iPhone X renders in the OS, but the LTE Apple Watch and revised AirPods weren't so lucky pic.twitter.com/ddO1vL0PgA — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 Anda juga boleh turut serta menonton secara langsung majlis pelancaran iPhone baru ini. Ia boleh ditonton menerusi laman web Apple tetapi hanya menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Macbook dan lain-lain. Untuk komputer Windows 10, ia boleh ditonton hanya menggunakan pelayar Microsoft Edge. Sama-samalah kita berjaga jam 1 pagi nanti untuk menontonnya. [SUMBER: MacRumors, Forbes, Telegraph]

The post 6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Fungsi baru Apple Watch Series 3 kurang berguna di Malaysia

Tim Cook memulakan pembentangan produk baru Apple dengan memperingati CEO Apple, Steve Jobs. Malah, acara hari ini diadakan buat pertama kalinya di Teater Steve Jobs, di bangunan Apple yang baru. Kemudian, produk pertama pun diperkenalkan. Tim Cook memperkenalkan jam pintar terbaru, Apple Watch Series 3. Generasi ketiga jam pintar Apple ini kini dilengkapi keupayaan membuat panggilan sendiri. Ia bukan sahaja mengekalkan semua keupayaan sedia ada Apple Watch sebelum ini, malah ia juga mengekalkan reka bentuk yang sama nipis, sama saiz. Mungkin bosan tanpa perubahan luaran, tetapi ia masih hebat kerana boleh memuatkan antena dan sim, sambil mengekalkan dimensinya. Apple Watch yang baru ini memiliki antena untuk capaian selular, dan ditambah sensor altimeter yang membolehkan pengesanan ketinggian dibuat. Seperti berapa banyak anak tangga telah didaki. Memuatkan sim bersaiz nano merupakan satu masalah besar, kerana itu Apple menggunakan sim elektronik atau eSIM di dalam Apple Watch Series 3. Perkara ini mungkin sedikit sukar di Malaysia, kerana belum ada penyedia eSIM. Satu lagi tambahan baru yang menarik, adalah kemampuan memainkan lagu terus dari Apple Watch. Dengan sambungan terus ke internet, jutaan lagu internet di Apple Music boleh dimainkan terus dari Apple Watch Series 3. Kerana itu juga, hanya 9 buah negara akan mula menjual Apple Watch Series 3 selular tahun ini, seawal 22 September 2017. Apple turut menghasilkan model tanpa keupayaan LTE, yang akan dijual di lebih banyak negara. Apple juga mengumumkan kesemua jam pintar Apple Watch akan menerima kemaskini WatchOS 4 terbaru, di antaranya lebih banyak pilihan muka jam. Lebih banyak tali jam juga akan disediakan, dengan kerjasama dari jenama terkenal seperti Nike dan Hermes. Dengan ketibaan model baru, menjadikan model lama menerima penurunan harga. Apple Watch Series 1 akan dijual pada harga bermula USD399. Manakala Apple Watch Series 3 bermula dari USD329, dan model selular pula berharga dari USD399. Pengeluaran Apple Watch Series 2 akan dihentikan. Kenali lebih lanjut jam pintar terbaru Apple ini di laman produk Apple Watch Series 3.

The post Fungsi baru Apple Watch Series 3 kurang berguna di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nama iPhone 7s lebih tepat untuk iPhone 8

Slot pembentangan memperkenalkan iPhone 8 dirasakan sangat pantas dan ringkas. Ia mungkin dibuat kerana tidak banyak perubahan pada iPhone 8 berbanding iPhone 7. Malah kebanyakan khabar angin yang berlegar beberapa hari sebelum ini hampir tepat kesemuanya. Selepas Apple Watch Series 3 diperkenalkan, Tim Cook dengan pantas membuat pengenalan tentang iPhone 8. Beberapa slaid awal terus membuktikan, rekaan iPhone 8 saling tidak tumpah dengan iPhone 6, atau iPhone 7. Ini adalah slaid iPhone 8, bukan iPhone 7 Perubahan ketara di bahagian luaran iPhone 8 adalah badan belakangnya tidak lagi diperbuat dari besi, sebaliknya ia menggunakan kaca. Perubahan ini dibuat untuk memberikan iPhone 8 satu fungsi baru yang penting, iaitu pengecasan wayarles. Nasib baik Apple memilih untuk menggunakan standard Qi bagi pengecasan wayarles ini, tidak membuat standard baru yang mementingkan diri. Jadi, iPhone 8 boleh dicas dengan mana-mana pengecas wayarles Qi yang sedia ada dalam pasaran, sama seperti Samsung Galaxy S6, S7 dan S8. Pemproses sentiasa menerima kemas kini dalam generasi baru iPhone. Bagi iPhone 8, ia dibekalkan pemproses serba baru A11 Bionic. Ia memiliki CPU 6-teras yang lebih berkuasa, serta GPU rekaan Apple yang pertama di dalamnya. Perkara lain yang dikekalkan adalah seperti pembesar suara stereo, pengimbas cap jari Touch ID, kalis air dan debu IP67 serta paparan Retina HD. Kemasukan baru yang dikesan adalah seperti Bluetooth 5.0 dan sokongan pengecasan pantas. Di bahagian kamera, sedikit naik taraf diberikan. Kamera belakang di iPhone 8 Plus, kedua-dua lensa kini dibekalkan OIS. Mod potret yang popular di iPhone 7 pula, akan menerima fungsi tambahan pencahayaan ala-ala studio. Rakaman video gerak perlahan dalam resolusi HD Penuh 1080p ditambah sokongan 120fps dan 240fps. Apple turut mengubah jenis storan bagi iPhone 8, kepada 64GB dan 256GB sahaja. Tiada lagi storan 32GB. Pilihan warna juga dikurangkan kepada tiga jenis, iaitu Silver, Space Grey dan Gold yang berlainan dari warna emas biasa. Masuk ke bab harga, seperti dijangka harganya meningkat berbanding iPhone 7. Tetapi pengguna menerima storan berganda. iPhone 8 dengan storan 64GB dijual pada harga USD699, manakala iPhone 8 Plus 64GB pula USD799. Dengan kenaikan harga USD ini, pastinya harga Ringgit Malaysia turut meningkat. Bersiap sedialah melihat harga iPhone 8 bermula lebih dari RM3,199 dan bagi iPhone 8 Plus pula melebihi RM3,799. Penjualan gelombang pertama akan bermula pada 22 September, manakala gelombang kedua yang terdapat Singapura di dalamnya, bermula dari 29 September. Belum ada berita tentang ketibaannya di Malaysia, tetapi ia mungkin dalam masa sebulan dari tarikh jualan pertama. Sementara itu, kaji dengan lebih mendalam tentang telefon iPhone baru ini di laman produk iPhone 8. Ada satu lagi perkara…..

The post Nama iPhone 7s lebih tepat untuk iPhone 8 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com