Apple

China UPS Manufacturer, Inverter

Jualan iPad Terus Menjunam Tetapi Apple Kekal Di Tangga Pertama Pengeluar Tablet

Mei 5, 2017 0

Bukan lagi rahsia bahawa jualan tablet semakin menurut sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saingan dari telefon pintar dengan skrin lebih besar serta keengganan pengguna membeli model baru setiap tahun menyumbang kepada trend penurunan ini. Angka terbaru jualan tablet untuk suku pertama 2017 dikeluarkan oleh IDC. Seperti yang dijangka penyusutan sekali lagi dicatatkan berbanding suku yang […]

Qualcomm Ingin Mengharamkan iPhone Diimport Masuk Ke Amerika Syarikat

Mei 4, 2017 0

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple nampaknya akan menjadi semakin serius. Kini kedengaran berita mengatakan Qualcomm sedang dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) untuk menghalang iPhone dari diimport masuk ke Amerika Syarikat. Apple memfailkan saman bernilai $1 Billion ke atas Qualcomm pada Januari lalu kerana dikatakan meminta bayaran royalti yang tidak munasabah. […]

Jualan iPhone Terus Menunjukkan Penurunan Pada Suku Pertama 2017

Mei 3, 2017 0

Tahun lalu buat pertama kalinya dalam sejarah jualan iPhone menunjukkan penurunan. Saingan dari peranti Android yang lebih mampu milik memberikan impak di pasaran besar seperti di China. Nasib iPhone nampaknya masih belum menunjukkan perubahan pada suku pertama 2017. Hanya 50.8 Juta iPhone berjaya dijual dan ini adalah penurunan dari 51.2 Juta yang dijual pada suku […]

Kerangka Logitech Slim Folio Dilancarkan Dengan Bateri Papan Kekunci Mampu Bertahan Selama Empat Tahun

Mei 3, 2017 0

Minggu lalu Logitech melancarkan Logitech Universal Folio yang direka untuk kegunaan tablet yang mempunyai skrin di antara 9-10″. Menarik sekali bateri papan kekunci Universal Folio mampu bertahan sehingga dua tahun. Hari ini mereka melancarkan kerangka Logitech Slim Folio untuk iPad generasi ke-lima. Bateri untuk papan kekunci ini jauh lebih tahan lama dan mampu bertahan sehingga […]

Kerangka Tahan Lasak Call of Duty Untuk iPhone Dihasilkan Oleh Otterbox

Mei 3, 2017 0

Permainan Call of Duty sinonim dengan misi ketenteraan tentera pasukan khas. Siri ini akan kembali kepada asal dengan Call of Duty : WWII yang bakal hadir penghujung tahun ini. Bagi yang tidak mampu menanti kemunculan COD terkini, mungkin mereka boleh membeli kerangka tahan lasak Call of Duty untuk iPhone yang dihasilkan Otterbox. Terdapat dua rekaan […]

Tahap Kepuasan Pemilik Apple AirPods Mencecah 98%

Mei 2, 2017 0

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods ialah produk yang paling sukar dimiliki kerana penantian mencecah enam minggu. Sungguhpun mengalami kelewatan, AirPods masih mendapat sambutan yang hangat bagi pengguna iPhone yang ingin hidup tanpa wayar. Sebuah kajiselidik kepuasan pengguna AirPods dilakukan oleh Experian and Creative Strategies mendapati 98% pengguna cukup berpuas hati dengan pembelian mereka. Seramai […]

Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple AirPods Dihasilkan

Mei 2, 2017 0

Apple AirPods ialah produk Apple dengan tahap kepuasan tertinggi yang pernah dihasilkan. Majoriti pengguna memuji kualiti audio dan kemudahan ia ditambat kepada peranti. Ia juga merupakan antara aksesori yang termahal dihasilkan dengan harga mencecah RM 849. Bagi mengelakkan kerosakan, kerangka tahan lasak telah dihasilkan untuk fon telinga ini. Kerangka Elago yang dihasilkan daripada silikon ini […]

Kerangka ProBack Untuk iPad Pro Dengan Pengecas Apple Pencil Terbina

April 28, 2017 0

iPad Pro apabila digabungkan dengan Apple Pencil membolehkan artis menghasilkan karya digital semasa di luar studio. Ia sebuah sistem lengkap dan sudah terbukti dapat menghasilkan karya digital berkualiti. Tetapi keluhan utama pengguna kedua-dua peranti ini ialah kesukaran mengecas Apple Pencil. Stylus yang dicocok pada port Lightning iPad Pro mungkin patah sekiranya dilanggar. Proback ialah kerangka […]

Gambar Awal Untuk Kenderaan Autonomi Yang Diuji Apple Diperlihatkan

April 28, 2017 0

Sekitar dua minggu lepas, Apple telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di California untuk menguji kenderaan autonomi mereka tersendiri, dan kini beberapa gambar kenderaan yang sedang diuji oleh Apple hadir ke arena web. Kenderaan yang digunakan adalah Lexus RX450h SUV yang dilengkapi dengan sejumlah sensor terbina untuk, termasuk sensor lidar 64-saluran, dua radar, dan juga […]

Apple Dilarang Menggunakan Peranti Terpakai Sebagai Peranti Gantian Di Belanda

April 26, 2017 0

Antara perkara paling menakutkan bagi pemilik peranti ialah alatan elektronik yang dibeli pada harga mahal mengalami kerosakan. Penantian untuk mendapatkan semula peranti selepas dihantar untuk diperbaiki mungkin mengambil masa yang lama. Di Apple mereka mempunyai polisi memberi “peranti baru” kepada pelanggan dan mengambil peranti yang rosak sebagai ganti. Tetapi peranti yang disangkakan baru ini sebenarnya […]