Apple

Rekaan Baharu Kerangka iPhone Dengan Bateri Terbina Tertiris

Disember 8, 2018 0

Tiga tahun yang lalu Apple Smart Battery Case dihasilkan untuk iPhone 6S. Ia menjadi bahan ketawa pengguna kerana mempunyai bonggol seperti unta sehingga Tim Cook terpaksa mempertahankannya dari kritikan yang diterima. Apple nampaknya akan melancarkan model baharu untuk kerangka dengan bateri terbina ia setelah rekaannya tertiris. Laman 9to5Mac menemui rekaan ikon untuk kerangka baharu ini […]

Iklan Tulisan Tangan Steve Jobs Gagal Dijual Kerana Tidak Mencapai Nilai Dilelong

Disember 7, 2018 0

Minggu lalu kami melaporkan bahawa sekeping iklan untuk Apple-I yang ditulis sendiri oleh mendiang Steve Jobs akan dilelong oleh rumah lelongan Sothebys. Malang sekali pada hari lelongan yang berlangsung dua hari yang lalu, iklan ini gagal mencapai nilai minimum $60,000 (~RM 283,000) yang diminta. Ia hanya mencapai nilai lelongan $28.000 (~RM 116,000) dan oleh sebab […]

DxOMark : iPhone XR Menerima Skor 101 – Skor Tertinggi Untuk Kamera Dengan Satu Lensa

Disember 6, 2018 0

DxOMark merupakan nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan skor untuk kamera. Selain untuk kamera, mereka turut menyediakan skor untuk rakaman gambar dan video melalui telefon pintar – sekaligus memudahkan pengguna mendapat gambaran mengenai kualiti rakaman yang ditawarkan sesuatu peranti. Terkini, mereka telah pun menerbitkan skor untuk iPhone XR – iaitu salah satu telefon pintar […]

Apple Mula Menjual Pengecas Pantas 18W Di Malaysia Pada Harga RM149

Disember 6, 2018 0

Pengecasan pantas disokong oleh iPhone X, XS, XS Max, XR, iPad Pro 12.9 dan iPad Pro 11. Namun pengecas pantas 18W hanya disertakan dengan pembelian dua model iPad Pro baharu. Berita baik hari ini ialah pengecas pantas 18W ini sudah mula dijual secara berasingan di Malaysia. Kepada yang berminat ia dijual pada harga RM149 sebuah. […]

Apple iOS 12.1.1 Kini Boleh Dimuat-Turun – Mengaktifkan Fungsi Sentuhan Haptik Tertentu Pada iPhone XR

Disember 6, 2018 0

Kemaskini iOS 12.1.1 kini boleh dimuat turun dan membawakan beberapa penambahbaikan yang dinantikan pengguna iPhone XR. Pertama sekali kandungan notifikasi kini boleh diprebiu dengan melakukan 3D Touch pada peranti tersebut. Ini ialah sebahagian kecil sokongan 3D Touch yang diberikan oleh Apple pada model iPhone terkini paling mampu milik mereka. Seterusnya butang untuk menukar kamera kini […]

Google Dan Amazon Akan Hadir Dengan Set Fon Telinga Nirwayar Sebenar Seakan Apple AirPods

Disember 5, 2018 0

Apple AirPods adalah set fon telinga nirwayar sebenar pertama di dunia. Ia hadir dengan cip W1 yang mampu membuat sambungan bluetooth yang pantas dan sangat unik. Populariti Apple AirPods ini digemari ramai sehingga banyak pesaing ingin hadir dengan set fon telinga nirwayar sebenar yang seakan dengannya. Terkini, laporan dari Ming-Chi Kuo – iaitu seorang penganalisa […]

Apple Mula Menjual Kerangka Pelindung iPhone XR – Hanya RM169

Disember 5, 2018 0

Percaya atau tidak, kerangka pelindung dari Apple cukup baik dan berkualiti. Lebih-lebih lagi kerangka pelindung kulit mereka. Sejak iPhone XR, XS dan XS Max dilancarkan, hanya kerangka pelindung rasmi XS dan XS Max sahaja yang Apple jual. Kerangka pelindung untuk XS tidak kelihatan. Akhirnya, hari ini – Apple dilihat sudah mula menjual kerangka pelindung rasmi […]

Kabel Lightning Ke USB-C MFI Dari Pihak Ketiga Akan Hadir Pada Februari 2019

Disember 5, 2018 0

MFI adalah satu program untuk memberi lesen kepada pihak ketiga untuk menghasilkan kabel yang diiktiraf Apple untuk digunakan pada produk-produk Apple. Setakat ini, aksesori yang terkenal adalah kabel lightning biasa, iaitu lightning ke USB-A. Kabel yang menjadi permintaan ramai adalah lightning ke USB-C. Kabel lightning ke USB-C memberi fungsi pengecasan dan pemindahan data yang pantas. […]

Apple Mempatenkan Rekaan AirPods Baru Dengan Sistem Biometri Terbina

Disember 5, 2018 0

Sudah lebih dua tahun Apple AirPods dilancarkan dan sudah kedengaran ura-ura model kemaskini akan dilancarkan menjelang 2020. Antara pembaharuan yang dijangka disertakan ialah sokongan pengecasan nirwayar dan kualiti audio yang dipertingkatkan. Tetapi Apple mungkin mempunyai perancangan yang lebih menarik untuk AirPods pada model seterusnya. Mereka telah mempatenkan beberapa rekaan dan fungsi baru untuk AirPods dan […]

Penggunaan iOS 12 Kini Mencecah 70%

Disember 5, 2018 0

Kemaskini iOS 12 diberikan kepada umum sejak  17 September yang lalu. Selepas 79 hari, peratusan penggunaan versi terkini iOS ini telahpun mencecah 70% peranti mudah alih Apple. Ini adalah peningkatan sebanyak 10% berbanding bulan lalu dan adakah pada kadar lebih tinggi berbanding iOS 11 yang hanya mencatatkan 59% awal Disember 2017 yang lalu. iOS 11 […]