Apple

terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Tim Cook Memberikan Respon Kepada Iklan Facebook Melalui Tweet – Menekankan Mengenai Privasi

Disember 19, 2020 0

Apple pada minggu ini telah memperkenalkan iOS 14.3 yang kini memaparkan data yang diakses oleh sesuatu aplikasi dari pengguna, dan bakal mengaktifkan ciri penghalang penjejak iklan pada peranti iOS14 pada awal 2021 kelak. Selari dengannya, Facebook telah mendakwa Apple mengancam perniagaan kecil – dan telah memulakan pengiklanan yang menyerang Apple, serta mengatakan perkara ini memberikan […]

Google Stadia Kini Boleh Diakses Pada Peranti iPhone dan iPad Melalui Pelayar Web

Disember 18, 2020 0

Beberapa minggu yang lalu, Apple telah “melonggarkan” keputusan untuk tidak membenarkan perkhidmatan penstriman permainan seperti Microsoft xPlay dan Google Stadia untuk digunakan pada peranti-peranti mereka. Walaupun begitu, Google dan Microsoft masih perlu menjalani proses pengesahan untuk setiap permainan yang ditawarkan pada platform-platform tersebut jika kedua-dua syarikat ini mahu memuatkan aplikasi mereka di App Store. Google […]

iOS 14 Digunakan 72% Peranti iOS Setakat Ini

Disember 17, 2020 0

Sistem operasi iOS 14 telah diberikan kepada peranti-peranti iOS sejak September lalu. Apple telah berkongsi peratusan terkini peranti iOS yang menggunakan versi sistem operasi ini dan penggunaan iOS 14 telah mencecah 72%. Dengan 72%, iOS 14 memegang peratusan tertinggi diikuti pula oleh iOS 13 dengan 18% dan versi lain pula adalah 10%. Bagi peranti yang […]

Kemaskini iOS 14.3 Membolehkan Siri Memainkan Bermacam-Macam Suara Seperti Haiwan Atau Kenderaan

Disember 16, 2020 0

Apple baru sahaja mengedarkan kemaskini baharu iOS 14.3 kepada semua pengguna iPhone yang layak. Kemaskini paling besar adalah, ia mengaktifkan sokongan AppleProRAW untuk pengguna iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Tetapi, ada satu lagi kemaskini lain yang Apple bawakan – iaitu kepada Siri. Siri kini boleh memainkan sampel-sampel suara seperti haiwan, kenderaan atau […]

Rusuhan Kilang Wistron India Menyebabkan Kerugian RM240 Juta – Ribuan iPhone Dicuri

Disember 16, 2020 0

Sabtu lalu berlaku rusuhan di kilang Wistron yang terletak di India. Rusuhan berlaku kerana terdapat kakitangan yang didakwa tidak dibayar sejak empat bulan lalu. Akibat rusuhan tersebut, Times of India melaporkan kerugian mencecah Rs 437-crore (~RM 240 juta) . Kerugian adalah dalam bentuk kerosakan pada mesin menghasilkan peranti, pada bangunan dan ribuan iPhone telah dicuri. Rusuhan […]

Shazam Untuk iOS Hadir Dengan Antaramuka Baharu Dan Versi Web Diperkenalkan Dalam Bentuk Beta

Disember 15, 2020 0

Shazam adalah aplikasi pengecaman muzik yang kini dimiliki Apple. Aplikasi ini boleh mengecam muzik yang sedang dimainkan di sekeliling pengguna dan mencari nama penyanyi, judul, malah mungkin juga album. Hasil keputusan kemudian boleh dibuka melalui Spotify atau Apple Music. Terkini, versi untuk iOS telah dikemaskini dengan antaramuka serba baharu. Shazam yang terbaru masih mengekalkan ikon […]

Apple iPhone 13 Dijangka Diperkenalkan Lebih Awal Berbanding Pada Tahun Ini

Disember 14, 2020 0

Apple pada tahun ini telah memperkenalkan siri iPhone 12 pada bulan Oktober, dan dipasarkan di Malaysia bermula November. Kelewatan ini adalah disebabkan oleh beberapa perkara – dan paling utama adalah disebabkan oleh penularan wabak Covid-19 yang memberikan impak dalam proses pengeluaran peranti. Apa pun, untuk tahun 2021 kelak, Apple dijangka akan kembali kepada latar pengeluaran […]

Pepijat iOS14 Untuk iPhone Tidak Memperlihatkan Notifikasi Apabila Anda Terima Mesej Baru

Disember 12, 2020 0

Sejak sebulan kebelakangan ini, kita telah melihat peningkatan pepijat baru yang ditemui pada pengguna iPhone yang menggunakan iOS14. Terbaru, ia dilaporkan yang mana notifikasi kemasukkan mesej baru – SMS dan iMessage tidak diperlihatkan kepada pengguna iOS14. Melalui masalah yang dikenal pasti, pengguna menerima mesej SMS atau iMessages seperti biasa, tetapi notifikasi tidak diperlihatkan. ini membuatkan […]

Apple Sedang Membangunkan Cip Modem Tersendiri Untuk Menggantikan Cip Qualcomm

Disember 11, 2020 0

Apple sedia mengubah kebergantungan mereka kepada pihak luar sedikit demi sedikit. Sebelum ini, Apple sedia menggunakan cip pemprosesan sendiri untuk iPhone, selain turut telah melakukan perkara sama untuk penawaran komputer mereka. Kini, mengikut laporan Bloomberg, Apple turut diperkatakan sedang membangunkan cip modem mereka tersendiri, sekaligus mengurangkan kebergantungan kepada pihak Qualcomm. Apple buat masa ini masih […]

Apple MagSafe Duo Tidak Boleh Digunakan Bersama Pengecas 29W Dari Apple

Disember 11, 2020 0

MagSafe Duo merupakan aksesori yang ditawarkan oleh Apple dalam memudahkan pengguna untuk mengecas dua peranti – iPhone dan Apple Watch serentak pada waktu sama, secara nirwayar. MagSafe Duo tidak hadir bersama kepala pengecas, dan ia perlu dibeli secara berasingan. Apa pun, kini melalui dokumen sokongan untuk MagSafe Duo, pihak Apple mengesahkan yang mana pengecas nirwayar […]