Apple

Apple Mungkin Menggunakan Panel OLED Keluaran LG Bermula 2019

September 8, 2017 0

Semalam kami melaporkan harga iPhone 8 yang mahal adakah kerana Samsung mengawal pasaran skrin OLED. Apple tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli panel skrin ini dari pesaing mereka ini pada harga yang mahal. Kini kedengaran laporan mereka mungkin akan berpindah ke LG bermula 2019. LG dipercayai sedang memperhalusi persetujuan untuk menjadi pembekal skrin OLED kepada […]

5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan

September 7, 2017 0

Samsung Galaxy Note8 baru saja dilancarkan bulan lepas dan minggu depan pula Apple akan melancarkan iPhone generasi terbaru. Tapi dalam pasaran bukan hanya ada Note8 dan iPhone, banyak lagi flagship yang boleh dipertimbangkan. Kami bariskan 6 flagship 2016-2017 iaitu: Apple iPhone 7 Plus HTC U11 Huawei P10 Plus OnePlus 5 Samsung Galaxy S8+ Xiaomi Mi 6 Sebanyak 8 ujian telah dilakukan dan ujian-ujian tersebut adalah: Makro HDR Keadaan Malap Ketajaman Warna Zoom Potret Swafoto TheSkop ingin mengajak anda untuk mengadili satu siri ujian yang membandingkan kualiti gambar daripada enam telefon tersebut. Ia adalah satu ujian buta (blind test) dan hasil ujian akan diumumkan kepada anda selesai tempoh ujian. Undian akan dibuka sehingga 11 September 2017, jam 6:00 petang dan hasil undian akan diterbitkan pada hari berikutnya. Pinch & Zoom (mobile) halaman ini atau right click (pc) untuk memperbesar sampel imej. Loading… Keputusan akan diterbitkan di halaman ini.

The post 5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED

September 7, 2017 0

Sejak dua bulan yang lalu kedengaran laporan harga jualan Apple iPhone 8 akan melangkaui $1000 sebuah. Ini adalah lebih mahal berbanding Samsung Galaxy Note 8 yang mencecah $900 sebuah. Terdapat banyak artikel yang mula membincangkan harga jualan yang mahal ini mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap jumlah jualan kedua-dua peranti. Firma penganalisa KGI hari ini dipetik […]

Huawei Memintas Apple Sebagai Pengeluar Peranti Kedua Terbesar Di Dunia

September 6, 2017 0

Hanya beberapa tahun yang lalu Huawei mengeluarkan kenyataan rasmi ingin memintas Apple sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia dalam masa dua tahun. Pada waktu tersebut ramai yang agak sinis dengan kenyataan pengeluar dari China ini. Tetapi mereka meneruskan usaha dan hasilnya mereka telah berjaya memintas apa sebagai pengeluar peranti kedua terbesar dunia untuk bulan Jun […]

Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September

September 5, 2017 0

Bulan September telah tiba dan ia menandakan satu perkara buat peminat iPhone, iaitu pelancaran model baru iPhone. Apple kini telah mengesahkan satu majlis khas akan diadakan pada 12 September 2017, di mana tidak lain dan tidak bukan pastinya tentang iPhone. Majlis kali ini akan diadakan di lokasi serba baru yang terletak di Kampus Apple Park yang baru. Steve Jobs Theatre telah dipilih untuk majlis khas ini, di mana ia akan diadakan pada jam 10 pagi pada 12 September di Cupertino, atau pada jam 1 pagi pada 13 September waktu Malaysia. Tim Cook bersama latar Kampus Apple Park Produk yang paling dinantikan ketibaannya sudah pasti adalah iPhone 8. Sudah begitu banyak khabar angin tersebar tetapi masih belum ada perkara yang pasti. Satu perkara yang paling diingini adalah rekaan serba baru iPhone, yang tidak mengalami perubahan sejak 3 generasi lepas. Selain iPhone 8 yang baru, terdapat juga cakap-cakap di mana iPhone 7s/7s Plus turut akan dilancarkan bersama. Ia mungkin akan membawakan peningkatan perkakas dalaman sahaja sambil mengekalkan rupa luaran iPhone 6. Mengikutkan sejarah sebelum ini, Apple akan membuka terus tempahan iPhone yang baru beberapa hari selepas pelancaran. Untuk Malaysia, ketibaan iPhone 7 mengambil masa hanya sebulan selepas majlis pelancaran di Amerika. Jangka masa ini mungkin boleh dikekalkan untuk iPhone yang baru ini. Jadi, lebih baik anda bersabar untuk membeli set rasmi Malaysia, berbanding mahu jadi yang pertama membeli set import dengan harga terlampau mahal. Harga iPhone 7 & 7 Plus ketika dilancarkan di Malaysia Seperti Galaxy Note8 yang dijual dengan beza harga yang agak besar berbanding model sebelumnya, iPhone 8 juga dijangka menjadi lebih mahal dari iPhone 7 pada hari pelancaran. Adakah ia bukan satu masalah untuk peminat iPhone? Kita nantikan di majlis pelancarannya pada 13 September jam 1 pagi waktu Malaysia nanti. Anda turut boleh menonton majlis pelancarannya secara langsung menerusi pelbagai peranti Apple, atau menerusi pelayar Microsoft Edge di Windows. [SUMBER: Apple]

The post Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Fon Kepala Beats Studio 3 Dilancarkan Dengan Cip Apple W1

September 5, 2017 0

Fon kepala Beats Studio 3 telah dilancarkan semalam dengan cip Apple W1 bagi memudahkannya ditambat kepada peranti Apple seperti AirPod. Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem peredam bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi. Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari. Bateri yang disertakan memberikan kemampuan […]

Apple Mempatenkan Sistem Audio Untuk iMac Yang Mengubah Kekuatan Bunyi Mengikut Kedudukan Pengguna

September 4, 2017 0

Audio yang baik mampu memberikan pengalaman menonton video yang lebih imersif. Kebanyakan komputer di pasaran sekarang masih menggunakan konfigurasi dua pembesar suara dan kekuatan bunyi bergantung kepada kedudukan pengguna. Setiap kali posisi duduk diubah, tetapan bunyi perlu diubah semula. Apple telah mempatenkan sistem audio untuk iMac yang melakukan tetapan secara automatik Sistem yang dipatenkan ini […]

Rasmi : Apple Akan Melancarkan iPhone Baru Pada 12 September

Ogos 31, 2017 0

Apple hari ini telah mengesahkan yang mana mereka menjadualkan sebuah acara media pada 12 September 2017 kelak. Acara ini bakal diadakan di ibu pejabat baru, dan nama dewan untuk ucaptama ini kelak adalah Steve Jobs Theater. Pada acara berkenaan, Apple dijangka memperkenalkan sebuah iPhone baru dengan ciri-ciri premium (dipanggil ramai sebagai iPhone 8), selain model […]

Ura-Ura iPhone 8 Akan Mempunyai Dok Pada Skrin Seperti iPad Pro

Ogos 31, 2017 0

Tinggal lebih kurang dua minggu sebelum iPhone 8 dilancarkan. Semakin banyak ura-ura didengari mengenai peranti yang dihasilkan sempena ulang tahun ke-sepuluh iPhone. Terkini iPhone 8 dikatakan akan mempunyai dok pada bahagian bawah skrin seperti yang ditemui pada iPad Pro. Dok ini boleh dipaparkan dari mana-mana skrin dengan menatal dari bahagian bawah skrin. Singkatan kepada aplikasi […]

Celcom Dan U Mobile Turut Mengaktifkan Ciri Pembelian Di App Store Dan iTunes Menggunakan Bil Telekomunikasi

Ogos 31, 2017 0

Selain daripada Digi, nampaknya pihak Celcom dan U Mobile turut telah memulakan sokongan pembelian kandungan pada platform Apple seperti App Store, iTunes dan juga Apple Music menggunakan bil telekomunikasi masing-masing. Ini bermakna, anda tidak lagi perlu risau memerlukan kad kredit atau debit – sebaliknya boleh membuat pembelian dengan menggunakan kredit bil telekomunikasi anda – tidak […]

1 31 32 33 34 35 52