Apple

Nyahpasang 17 Aplikasi Iklan Hasad Ini Pada Peranti iOS Anda Dengan Segera

Oktober 27, 2019 0

Peranti pintar tidak bermakna tanpa aplikasi yang membolehkan pelbagai perkara dilakukan. Tetapi malang sekali tidak semua aplikasi yang dimuat turun dari stor rasmi sebenarnya selamat untuk digunakan. Menurut firma sekuriti peranti mudah alih Wandera, 17 aplikasi yang ditawarkan di Apple App Store sebenarnya adalah aplikasi iklan hasad (clickware) yang perlu dinyahpasang dengan segera. Aplikasi iklan […]

Kerangka Untuk AirPods Pro Tertiris Mengesahkan Rekaan Pod Pengecas Baharu

Oktober 25, 2019 0

AirPods Pro diramalkan akan dilancarkan dalam masa beberapa hari sahaja lagi. Kewujudan AirPods Pro disedari selepas iconnya ditemui di dalam iOS 13 Beta. Penambahbaikan yang akan dilakukan ialah sistem pembatalan hingar aktif serta ia kini dari jenis dalam-telinga. Rekaan pod simpanan merangkap pengecasnya mungkin sekali lagi disahkan selepas rekaan dua kerangka telah tertiris awal. Dua […]

Ulasan Apple MacBook Air 2019 – Komputer Mampu Milik Menurut Definisi Apple

Oktober 23, 2019 0

Sejak kami mula menerjah masuk ke dalam industri penulisan, ramai teman-teman menyarankan kepada kami untuk membeli sebuah MacBook. Menurut mereka jika ingin mendapatkan nikmat menulis tanpa menghadapi sebarang masalah, MacBook ialah komputer riba terbaik boleh dimiliki. Selepas lebih dua dekad menulis, kami akhirnya mampu membeli sebuah MacBook Air kerana adalah versi yang paling mampu milik […]

Apple Dianugerahkan Paten Sistem Menghasilkan Animoji Secara Automatik Berdasarkan Swafoto

Oktober 23, 2019 0

Animoji sudah berusia dua tahun tetapi penggunaannya masih agak terhad. Dengan iOS 13, pengguna peranti tanpa Face ID akhirnya boleh menghasilkan pelekat dengan wajah avatar animoji mereka. Kami ada melihat ramai rakan yang menghabiskan masa menghasilkan animoji yang mempunyai wajah yang sehampir mungkin dengan wajah sebenar. Di masa akan datang, pengguna tidak perlu lagi menghabiskan […]

Ini Mungkin Rekaan Apple MacBook Pro 16-Inci

Oktober 21, 2019 0

Apple menghentikan pengeluaran Apple MacBook Pro dengan skrin melebihi 15″ sejak tahun 2013. Sejak itu peminat MacBook terpaksa berpuas hati dengan skrin sebesar 15″ sahaja untuk melakukan tugasan. Tetapi menurut Ming-Chi Kuo, Apple akan melancarkan MacBook Pro dengan skrin sebesar 16-inci tahun ini dan rekaannya mungkin telah tertiris hujung minggu ini. Imej sebuah MacBook Pro […]

Apple Watch Series 5 Akan Ditawarkan Di Malaysia Bermula 1 November – Harga Mencapai RM4849

Oktober 21, 2019 0

Apple hari ini telah mengemaskini laman jualan Apple Malaysia, sekaligus memperlihatkan yang mana jam tangan pintar terbaru mereka akan ditawarkan secara rasminya bermula 1 November 2019 kelak. Apple Watch Series 5 merupakan penawaran jam tangan pintar terbaru daripada Apple, dimana ia menyertakan sejumlah ciri-ciri menarik bersama dengannya – termasuk sokongan skrin aktif senantiasa, bateri sehingga […]

AirPods Pro Mungkin Dilancarkan Seawal Hujung Bulan Ini

Oktober 19, 2019 0

Kemunculan AirPods tiga tahun yang lalu pada awalnya menjadi bahan jenaka kerana rekaannya yang agak aneh. Tetapi kini ia adalah fon telinga nirwayar dengan pegangan pasaran terbesar sehingga menjadi simbol status. Apple sekadar memberikan kemas kini pod pengecas yang menyokong pengecasan nirwayar pada Mac lalu. Kini kedengaran ura-ura versi terkini AirPods akan dilancarkan seawal hujung […]

Apple Watch Studio Boleh Digunakan Pengguna Tempatan Untuk Mengkustomasi Jam Tangan

Oktober 18, 2019 0

Selari dengan penawaran Apple Watch 5 di Malaysia, pengguna tempatan juga kini boleh menggunakan fungsi Apple Watch Studio menerusi laman rasmi. Menerusi Apple Watch Studio, pengguna boleh melakukan kustomasi saiz tubuh, bahan binaan tubuh, tali dan jenis Apple Watch Series 5 yang ingin dimiliki. Fungsi ini boleh diakses menerusi laman Apple Watch 5 tempatan bermula […]

Harga Apple Watch Series 3 & 5 Versi Selular Di Malaysia Mencecah RM4,849

Oktober 18, 2019 0

Apple Watch Series 5 adalah jam tangan pintar terbaru Apple tahun ini. Ia menggantikan Apple Watch Series 4 dan hadir dengan saiz 40mm dan juga 44mm. Selain iut, ia kini menyokong skrin sentiasa aktif – “Always On Retina”. Walaupun ia sentiasa aktif, Apple mengatakan ia masih boleh bertahan selama 18 jam. Di samping itu, Apple […]

Penggunaan iOS 13 Kini Mencecah 50% Dalam Masa Tiga Minggu

Oktober 17, 2019 0

iOS 13 dan iPadOS 13 adalah sistem operasi dari Apple untuk iPhone dan iPad. Ia hadir secara stabil pada 20 September lepas dan sehingga hari ini, sudah tiga minggu usia iOS 13. Dalam temph tiga minggu ini, sudah empat kemaskini Apple berikan iaitu iOS 13.1, iOS 13.1.1, iOS 13.1.2 dan iOS 13.1.3. Jarang sama sekali […]