Apple

PodCase – Kerangka iPhone Dengan Powerbank Mengecas AirPods Terbina

September 11, 2017 0

Terdapat banyak kerangka dengan powerbank terbina di pasaran. Ini membolehkan pemilik memanjangkan tempoh penggunaan peranti tanpa perlu bergantung kepada palam kuasa. PodCase ialah sebuah lagi kerangka dengan powerbank terbina tetapi ia unik kerana turut mampu mengecas sepasang Apple AirPods. Kerangka untuk iPhone 7 dan 7 Plus dengan bateri sebesar 2500 mAh ini mempunyai tempat simpanan […]

(Ura-Ura) Cip Apple A11 Untuk iPhone X dan iPhone 8 Mempunyai Enam Teras

September 11, 2017 0

Nama rasmi tiga peranti Apple yang bakal dilancarkan esok ialah iPhone 8., 8 Plus dan X, Ini menyanggah ura-ura selama ini yang mengatakan iPhone 8 ialah peranti edisi khas dengan rekaan semua skrin. Walaupun peranti hampir dilancarkan, lagi maklumat baru tertiris ke arena web, Kini kedengaran ura-ura cip Apple A11 yang digunakan pada ketiga-tiga peranti […]

Fungi Animoji iPhone X Tertiris – Emoji 3D Dengan Animasi Mengikut Wajah Pengguna

September 11, 2017 0

Lagi maklumat mengenai iPhone X tertiris. Kali ini ialah fungsi baru yang tidak pernah dilihat pada peranti iPhone sebelum ini yang diberi nama Animoji. Pembangun iOS Steven Troughton-Smith menemui sistem ini di dalam kod iOS 11 GM. Melalui Animoji, pergerakan pada wajah pengguna akan di imbas. Ini kemudian akan dijadikan animasi pada beberapa model emoji […]

(Ura-Ura-) iPhone 8 Tidak Dilengkapi TouchID Dan Bergantung Kepada Sistem Imbasan Wajah

September 8, 2017 0

Kejap ada kejap tak ada. Kami bukan bercakap mengenai biskut Chipsmore tetapi sistem imbasan cap jari TouchID pada iPhone 8. Laporan dari Wall Street Journal mengatakan, mereka menerima maklumat dari sumber dalaman bahawa TouchID tidak akan disertakan pada iPhone 8. Bagi menggantikannya, sistem imbasan wajah akan digunakan sebagai ganti. Sekiranya ini benar, ia pasti mengejutkan […]

Apple Mungkin Menggunakan Panel OLED Keluaran LG Bermula 2019

September 8, 2017 0

Semalam kami melaporkan harga iPhone 8 yang mahal adakah kerana Samsung mengawal pasaran skrin OLED. Apple tidak mempunyai pilihan dan terpaksa membeli panel skrin ini dari pesaing mereka ini pada harga yang mahal. Kini kedengaran laporan mereka mungkin akan berpindah ke LG bermula 2019. LG dipercayai sedang memperhalusi persetujuan untuk menjadi pembekal skrin OLED kepada […]

5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan

September 7, 2017 0

Samsung Galaxy Note8 baru saja dilancarkan bulan lepas dan minggu depan pula Apple akan melancarkan iPhone generasi terbaru. Tapi dalam pasaran bukan hanya ada Note8 dan iPhone, banyak lagi flagship yang boleh dipertimbangkan. Kami bariskan 6 flagship 2016-2017 iaitu: Apple iPhone 7 Plus HTC U11 Huawei P10 Plus OnePlus 5 Samsung Galaxy S8+ Xiaomi Mi 6 Sebanyak 8 ujian telah dilakukan dan ujian-ujian tersebut adalah: Makro HDR Keadaan Malap Ketajaman Warna Zoom Potret Swafoto TheSkop ingin mengajak anda untuk mengadili satu siri ujian yang membandingkan kualiti gambar daripada enam telefon tersebut. Ia adalah satu ujian buta (blind test) dan hasil ujian akan diumumkan kepada anda selesai tempoh ujian. Undian akan dibuka sehingga 11 September 2017, jam 6:00 petang dan hasil undian akan diterbitkan pada hari berikutnya. Pinch & Zoom (mobile) halaman ini atau right click (pc) untuk memperbesar sampel imej. Loading… Keputusan akan diterbitkan di halaman ini.

The post 5 Android VS 1 iPhone, Pemenangnya Anda Tentukan appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Harga Jualan iPhone 8 Mahal Kerana Samsung Mengawal Pasaran OLED

September 7, 2017 0

Sejak dua bulan yang lalu kedengaran laporan harga jualan Apple iPhone 8 akan melangkaui $1000 sebuah. Ini adalah lebih mahal berbanding Samsung Galaxy Note 8 yang mencecah $900 sebuah. Terdapat banyak artikel yang mula membincangkan harga jualan yang mahal ini mungkin mendatangkan kesan negatif terhadap jumlah jualan kedua-dua peranti. Firma penganalisa KGI hari ini dipetik […]

Huawei Memintas Apple Sebagai Pengeluar Peranti Kedua Terbesar Di Dunia

September 6, 2017 0

Hanya beberapa tahun yang lalu Huawei mengeluarkan kenyataan rasmi ingin memintas Apple sebagai pengeluar peranti terbesar di dunia dalam masa dua tahun. Pada waktu tersebut ramai yang agak sinis dengan kenyataan pengeluar dari China ini. Tetapi mereka meneruskan usaha dan hasilnya mereka telah berjaya memintas apa sebagai pengeluar peranti kedua terbesar dunia untuk bulan Jun […]

Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September

September 5, 2017 0

Bulan September telah tiba dan ia menandakan satu perkara buat peminat iPhone, iaitu pelancaran model baru iPhone. Apple kini telah mengesahkan satu majlis khas akan diadakan pada 12 September 2017, di mana tidak lain dan tidak bukan pastinya tentang iPhone. Majlis kali ini akan diadakan di lokasi serba baru yang terletak di Kampus Apple Park yang baru. Steve Jobs Theatre telah dipilih untuk majlis khas ini, di mana ia akan diadakan pada jam 10 pagi pada 12 September di Cupertino, atau pada jam 1 pagi pada 13 September waktu Malaysia. Tim Cook bersama latar Kampus Apple Park Produk yang paling dinantikan ketibaannya sudah pasti adalah iPhone 8. Sudah begitu banyak khabar angin tersebar tetapi masih belum ada perkara yang pasti. Satu perkara yang paling diingini adalah rekaan serba baru iPhone, yang tidak mengalami perubahan sejak 3 generasi lepas. Selain iPhone 8 yang baru, terdapat juga cakap-cakap di mana iPhone 7s/7s Plus turut akan dilancarkan bersama. Ia mungkin akan membawakan peningkatan perkakas dalaman sahaja sambil mengekalkan rupa luaran iPhone 6. Mengikutkan sejarah sebelum ini, Apple akan membuka terus tempahan iPhone yang baru beberapa hari selepas pelancaran. Untuk Malaysia, ketibaan iPhone 7 mengambil masa hanya sebulan selepas majlis pelancaran di Amerika. Jangka masa ini mungkin boleh dikekalkan untuk iPhone yang baru ini. Jadi, lebih baik anda bersabar untuk membeli set rasmi Malaysia, berbanding mahu jadi yang pertama membeli set import dengan harga terlampau mahal. Harga iPhone 7 & 7 Plus ketika dilancarkan di Malaysia Seperti Galaxy Note8 yang dijual dengan beza harga yang agak besar berbanding model sebelumnya, iPhone 8 juga dijangka menjadi lebih mahal dari iPhone 7 pada hari pelancaran. Adakah ia bukan satu masalah untuk peminat iPhone? Kita nantikan di majlis pelancarannya pada 13 September jam 1 pagi waktu Malaysia nanti. Anda turut boleh menonton majlis pelancarannya secara langsung menerusi pelbagai peranti Apple, atau menerusi pelayar Microsoft Edge di Windows. [SUMBER: Apple]

The post Apple akan umum peranti kesukaan ramai pada 12 September appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Fon Kepala Beats Studio 3 Dilancarkan Dengan Cip Apple W1

September 5, 2017 0

Fon kepala Beats Studio 3 telah dilancarkan semalam dengan cip Apple W1 bagi memudahkannya ditambat kepada peranti Apple seperti AirPod. Ini bagi membolehkan fon telinga tanpa wayar ini mempunyai sistem peredam bunyi yang baik untuk kualiti audio yang tinggi. Pendakap telinga diperhalusi oleh Beats untuk memastikan keselesaan memakainya sepanjang hari. Bateri yang disertakan memberikan kemampuan […]

1 56 57 58 59 60 77