Apple

Aksesori Tempat Simpanan AirPods Pada Tali Jam Apple Watch Telah Dihasilkan

Jun 13, 2018 0

Kenapa ramai pengguna memilih untuk memiliki produk Apple? Adakah ia prestij? Direka dengan lebih kemas? Membuatkan anda kelihatan mewah? Ini semua persoalan yang biasa didengari tetapi jawapan kami ialah kerana terdapat banyak aksesori yang menarik dihasilkan. Elago yang sebelum ini menghasilkan pengecas Apple Watch yang kelihatan seperti Apple Macintosh menghasilkan sebuah lagi aksesori menarik untuk […]

Pengasas Beats Ke Mahkamah Bagi Menyelesaikan Kes Pembayaran Royalti Fon Kepala Bernilai $100 Juta

Jun 10, 2018 0

Di dalam dokumentari The Defiant Ones di Netflix, sejarah pembentukan Beats By Dre diceritakan oleh pengasasnya Dr Dre dan Jimmy Iovine. Menurut mereka idea menghasilkan fon kepala ini tercetus selepas Iovine melawat Dre di rumah beliau pada suatu petang. Idea ini tercetus dalam masa hanya setengah jam selepas Dre mahu menghasilkan fon kepala yang sesuai […]

Apple Watch Mungkin Akan Menggunakan Butang Haptik Sepenuhnya Selepas Ini

Jun 9, 2018 0

Dengan iPhone 7, Apple tidak lagi menyertakan butang home fizikal yang bergerak apabila ditekan. Sebaliknya Taptic Engine digunakan bagi memberikan timbal balas haptik sama seperti yang digunakan pada pad sesentuh MacBook. Menurut laporan Fast Company, sistem haptik ini mungkin akan diperkenalkan pula pada Apple Watch di masa akan datang. Pada waktu ini Apple Watch dilengkapi […]

Apple Disaman Kerana Didakwa Mencuri Rekaan Logo

Jun 8, 2018 0

Pada acara WWDC 2018, Apple telah memperkenalkan Siri Shortcuts. Ia membenarkan pengguna menetapkan arahan suara tersendiri untuk mengarahkan Siri melakukan sesuatu aksi. Apple disaman oleh Shift kerana logo Siri Shortcuts didakwa dicuri daripada mereka. Jika anda lihat logo di atas, logo Siri Shortcuts mempunyai banyak persamaan dengan logo Shift. Dari segi warna dan gabungan dua […]

Garis Panduan App Store Dikemaskini Bagi Membolehkan Aplikasi Dicuba Percuma Sebelum Dibeli

Jun 7, 2018 0

Terdapat hampir empat juta aplikasi ditawarkan menerusi App Store. Kebanyakannya percuma tetapi yang berkualiti biasanya perlu dibeli. Namun kami sedari tidak ramai pengguna ingin membeli aplikasi kerana tidak tahu sama ada ia benar-benar berkualiti. Apple telahpun mengubah garis panduan aplikasi di App Store yang akhirnya membolehkan aplikasi dicuba secara percuma sebelum dibeli. Menurut garis panduan […]

Apa yang berlaku di Apple WWDC2018 ketika anda sedang tidur

Jun 5, 2018 0

Apple Worldwide Developers Conference atau WWDC 2018 bermula dengan ucaptama CEO Apple, Tim Cook yang memaklumkan lebih 20 juta pembangun aplikasi direkodkan hingga kini. WWDC 2018 adalah persidangan utama pembangun di mana tujuan utamanya lebih kepada pengumuman berkaitan perisian berbanding perkakasan. Tim berkata, bulan depan App Store bakal menjangkau 10 tahun usianya. Rekod dicatatkan hingga kini, 500 juta lawatan ke App Store setiap minggu dengan lebih USD100 bilion dibayar kepada pembangun setakat ini. Swift adalah platform terbaik untuk pengekodan bagi pembangunan aplikasi. Ia adalah cara terbaik untuk berfikir secara kreatif dan mudah digunakan Apple merubah dunia dan pelanggan. Jom lihat isi penting pengumuman Apple WWDC2018 yang disaksikan sendiri TheSkop.com. – iOS 12 adalah prestasi dua kali ganda yang dipertingkatkan. – Aplikasi secara natif untuk iOS, Measure bertindak secara AR. Ukuran objek dari hujung ke hujung dengan merakam gambar saja. – Photo dalam iOS yang pantas dengan indeks lebih 4 juta acara seperti konsert, percutian dan sebagainya. – Ada tab baru dinamakan For You. – Cara kongsi foto baru dengan Sharing Suggestions. Foto akan dicadangkan ke rakan anda yg berada dalam foto (seperti percutian dan makan di restoran) dan dihantar ke iCloud. – Kita boleh cipta ShortCut sendiri. – Rekaan baru dalam News dan Stock. Begitu juga News dimasukkan dalam Stock. Dalam iPad, stock akan berada di kiri manakala Top Stories di kanan. – iBooks kini ditukar ke Apple Books termasuk Audio Books. – Sokong aplikasi pihak ketiga termasuk Waze dan Google Maps. – Do not disturb – tiada notifikasi terpapar di skrin yang mengganggu tidur. Apabila bangun pada waktu pagi akan terpapar Good Morning dulu sebelum notifikasi keluar. – Do not disturb boleh ditetapkan masanya. – Grouped Notifications- ditetapkan dalam secara berkumpulan – Penggunaan iPhone boleh memantau aktiviti iPhone dengan paparan seminggu melalui Activity Report – Animoji – Tongue Detection – Empat karektor baru – koala, harimau, dinasor dan hantu. – Memoji – cipta emoji wajah sendiri. Boleh letak dalam gambar selfie – FaceTime – Group Facetime (maksimum 32 orang). Boleh letak emoji dan memoji. – Permainan AR lebih menarik dengan visual yang lebih cantik dan kelihatan sebenar. – Apple Watch dengan watchOS 5 boleh jadi Walkie-talkie – Tidak perlu lagi Hey Siri untuk bertanya soalan ketika mengangkat jam. Terus saja pada soalan. – Boleh tengok kandungan web di WatchOS 5 – Podcasts kini boleh dimasukkan ke Apple Watch – AppleTV kini ada Dolby Atmos – MacOS Mojave – Dark mode pada Mojave dengan mod gelap pada bar menu, sidebar dan window anda. Antaramuka dengan latar belakang berwarna gelap-kelabu – Finder – ada Gallery View di samping grid dan sebagainya. – Screenshot – rakam screenshot video dengan pilihan selepas drag – Home, Voice Memos, News & Stock kini boleh diakses di MAC

The post Apa yang berlaku di Apple WWDC2018 ketika anda sedang tidur appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Apple tvOS 12 Menyokong Dolby Atmos Dan Sistem Log Masuk Zero Sign-On

Jun 5, 2018 0

Selain kemaskini sistem operasi iOS, watchOS dan macOS, sistem operasi tvOS untuk Apple TV turut tidak dilupakan. Dengan tvOS 12, pengguna Apple TV 4K dan Apple TV generasi ke-empat akan menerima sokongan Dolby Atmos untuk kemampuan audio yang setanding dengan panggung wayang. Ini sekaligus menjadikan Apple TV 4K peranti penstriman pertama yang menerima pensijilan untuk […]

iOS 12 Akhirnya Membolehkan Dua Wajah Disimpan Oleh Sistem Face ID

Jun 5, 2018 0

Perkara yang agak menjengkelkan mengenai iPhone X ialah hanya satu wajah boleh disimpan oleh sistem imbasan wajah Face ID. Apabila peranti ingin dinyahkunci oleh isteri saya, beliau terpaksa memasukkan kod keselamatan. Perkara ini tidak berlaku pada Touch ID yang membenarkan lebih dari satu cap jari disimpan untuk menyahkunci peranti. Ujian iOS 12 Developer Beta boleh […]

iOS 12.0 Membaiki Kerentanan Port Lightning Bagi Menghalang Peranti Diakses Oleh Pihak Berkuasa Menggunakan Alat GrayKey

Jun 5, 2018 0

Terdapat banyak fungsi baru diperkenalkan menerusi iOS 12 seperti Memoji, panggilan Facetime berkumpulan dan notifkasi yang dikumpulkan mengikut kategori. Yang tidak diumumkan ialah beberapa tetapan sekuriti baru yang dapat menghalang sistem sekuriti peranti dipintas oleh pihak berkuasa menggunakan alat GrayKey dan Cellebrite. Tetapi tetapan baru untuk aksesori USB memerlukan kod laluan dimasukkan untuk mengakses port […]

Apple Mengumumkan iOS 12 Untuk iPhone Dan iPad – Memfokuskan Prestasi Lebih Pantas

Jun 4, 2018 0

Apple hari ini telah mengadakan acara WWDC, sekaligus memperlihatkan sejumlah ciri-ciri baru yang bakal hadir ke sistem operasi mudah-alih mereka, iOS. Versi seterusnya akan dikenali dengan nama iOS 12, dan dilihat Apple memfokuskan lebih kepada prestasi melalui sistem operasi akan datang ini. Seperti semua sedia maklum, iOS 12 ditujukan untuk iPhone dan juga iPad. Apple […]

1 80 81 82 83 84 114