Apple

Qualcomm Menyaman Apple Kerana Dituduh Berkongsi Rahsia Syarikat Dengan Intel

November 3, 2017 0

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple menunjukkan petanda akan menjadi semakin buruk. Qualcomm kini telah memfailkan saman baru terhadap Apple kerana dituduh berkongsi rahsia syarikat dengan pesaing mereka, Intel. Di dalam writ saman yang difailkan, Apple dituduh berkongsi rahsia teknologi dalam betuk kod sumber kepada Intel. Kod sumber ini berkait rapat dengan teknologi modem yang […]

Jangan ingat anda pengguna Apple, anda selamat!

November 2, 2017 0

Oleh Xavier Naxa Umum mengetahui bahawa dunia teknologi pada hari ini berdepan dengan jenayah siber yang amat sukar dibendung memandangkan tahap keselamatan siber masih belum mencapai satu tahap yang optimum. Ramai dikalangan kita memandangkan rendah tentang isu keselamatan hinggakan mereka rela menjadi salah seorang mangsa jenayah. Hakikatnya banyak sumber-sumber yang memudahkan Pengodam mendapatkan maklumat peribadi anda termasuklah tahap keselamatan web dan aplikasi pihak ketiga. Jika anda pernah membaca artikel saya sebelum ini, saya antara individu yang kuat mempertahankan isu keselamatan siber bagi mengelakkan anda menjadi salah seorang mangsa. Antara kes yang pernah dilaporkan termasuklah kehilangan wang di akaun bank, emel spam dan kecurian data peribadi. Jika dilihat dalam group ini, ramai yang menerima emel dari seorang individu yang kononya dari pihak Apple yang memohon untuk anda mengemaskini data peribadi atau memohon anda memasukkan kata laluan. Tujuan utama mereka bertindak sedemikian adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan kad kredit atau debit serta ugutan jenayah. Isu kehilangan wang di akaun bank hakikatnya bukanlah satu kes terpencil, dan saya dapat merasakan bahawa anda salah seorang mangsa tersebut. Pastikan anda menyemak akaun bank anda masing-masing dan selalu memantau aliran masuk dan keluar wang anda. Bagi memastikan wang di akaun simpanan anda selamat, saya mencadangkan agar anda menetapkan had pembelian atas talian (online purchase) pada nilai RM0.00. Melalui kaedah ini, pengodam tidak dapat menggunakan kat debit anda untuk pembelian yang tidak sah. Jika anda pengguna iOS, selalu berhati hati dalam menggunakan jailbreak dan secara peribadi saya dapat rasakan bahawa Tutuapp antara aplikasi yang terdedah kepada kecurian data peribadi anda. Bagi memastikan bahawa akaun emel anda selamat, anda boleh menyemak sama anda akaun emel anda pernah digodam oleh Pengodam dengan melayari pautan https://haveibeenpwned.com/ . SEKADAR PANDANGAN Follow Twitter: @xaviernaxa

The post Jangan ingat anda pengguna Apple, anda selamat! appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nyahkunci Menggunakan Face ID Lebih Perlahan Berbanding Touch ID

November 2, 2017 0

Apple komited terhadap penggunaan sistem imbasan wajah Face ID pada iPhone X dengan tidak menyertakan pengimbas cap jari Touch ID. Malahan sudah kedengaran ura-ura Face ID akan digunakan pada kesemua peranti iOS bermula tahun hadapan. Sebab yang diberikan ialah Face ID selebih selamat berbanding Touch ID. Tetapi apakah kontra kepada penggunaan Face ID? Menurut laporan […]

iPhone 8 Menerima Potongan Harga Sehingga 20% Di China Bagi Merangsang Jualan

November 1, 2017 0

Bukan lagi misteri bahawa jualan iPhone 8 adalah sedikit suram berbanding iPhone 7. Ini adalah kerana ramai peminat Apple memilih untuk membeli iPhone X yang mempunyai rekaan yang lebih menarik. Di China, Reuters melaporkan iPhone 8 menerima potongan harga di antara 14-20%  bagi merangsang jualan sebelum iPhone X dilancarkan pada harga Jumaat. Sebuah iPhone 8 […]

Apple Mula Menawarkan iOS 11.1 Dengan Sejumlah Emoji Baru

Oktober 31, 2017 0

Apple hari ini telah mula menawarkan kemaskini sistem operasi iOS terkini untuk pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch – iaitu iOS 11.1. Ini boleh dikatakan kemaskini utama seterusnya untuk pengguna iOS 11 sejak ia dilancarkan sekitar dua bulan lepas. Melalui kemaskini iOS 11.1 ini, salah satu perkara yang menjadi fokus utama adalah penawaran sejumlah emoji […]

Apple Dilaporkan Bercadang Menghentikan Penggunaan Komponen Qualcomm Dan Menggantikannya Dengan Intel Atau MediaTek

Oktober 31, 2017 0

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple melibatkan sama bernilai berbilion dollar difailkan oleh kedua-dua pihak. Semuanya bermula setelah Apple menuduh Qualcomm meminta bayaran royalti pada harga tidak munasabah dan enggan menghentikan pembayaran. Qualcomm tidak mahu mengalah sehingga meminta jualan peranti mudah alih Apple dihalang jualannya. Menurut laporan Wall Street Journal, ini telah memaksa Apple untuk […]

Apple Mula Menjual Sampul Kulit Untuk MacBook 12 Inci Pada Harga RM679

Oktober 30, 2017 0

MacBook 12 inci ialah antara komputer riba yang dijual pada harga premium di pasaran. Ia dijual di Malaysia pada harga bermula RM 5999 sebuah. Oleh itu pemilik perlu membeli aksesori bagi memastikan komputer riba ini tidak terdedah kepada kerosakan. Apple sudah mula menawarkan sampul kulit rasmi untuk MacBook 12 inci di Malaysia. Sampul kulit ini […]

KGI – Bekalan Komponen Kamera Face ID Kini Stabil

Oktober 30, 2017 0

Antara masalah yang melanda iPhone X ialah kekurangan komponen menghasilkan Face ID. Oleh sebab itu jumlah iPhone X yang dapat dihasilkan adalah lebih rendah berbanding iPhone 8. Ming-Chi Kuo penganalisis dari KGI Securities telah mengatakan bekalan untuk komponen ini akhirnya telah stabil. Dengan itu penghasilan iPhone X dijangka akan mengikut jadual. Beliau juga percaya tiada […]

Apple pecat staf disebabkan perkara ini

Oktober 30, 2017 0

Oleh Xavier Naxa Adakah anda ingat berita pada minggu lalu apabila satu video telah tular dimana seorang ayah telah memberikan iPhone X kepada anak perempuanya untuk dirakam. Berdasarkan video tersebut, anak perempuanya beliau telah menunjukkan serba sedikit fungsi yang ada pada iPhone X. Umum mengetahui bahawa iPhone X masih belum dilancarkan secara rasmi. Oleh yang demikian, staf Apple tidak boleh sesuka hati untuk mempamerkan iPhone X tersebut kepada umum. Akibat daripada itu, beliau telah dipecat oleh Apple atas sebab melanggar NDA (Non Disclosure Agreement) Pihak Apple juga meminta anak perempuan beliau memadam video terbabit sebaik sahaja ia tular di media. Walaupun video tersebut berjaya dipadam, nampaknya ia sudah tidak dapat diselamatkan lagi memandangkan ia sudah disimpan oleh pengguna web. Beliau juga tidak merasa marah akibat dari perlucutan jawatan tersebut dan memahami akan kesalahan yang beliau hadapi. Hakikatnya beliau telah melakukan dua kesalahan besar iaitu membenarkan anak beliau merakam iPhone X dan suasana di dalam Kampus Apple walaupun ia hanya di kawasan Caffè Macs. Apple hakikatnya sangat serius dalam isu integriti tidak hairanlah banyak inovasi mereka sangat sukar diketahui umum. Steve Jobs suatu ketika dahulu pernah memecat staf beliau apabila prototype iPhone 4 telah hilang semasa staf tersebut mabuk di kelab malam. Dengan langkah yang dilakukan oleh pihak Apple, ia memberi sedikit amaran kepada semua staf Apple supaya mempunyai integriti yang tinggi semasa berkhidmat.      

The post Apple pecat staf disebabkan perkara ini appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tahukah anda kos baik pulih iPhone masing-masing? Ini jawapannya

Oktober 28, 2017 0

Oleh Xavier Naxa Kurang beberapa jam tadi Apple telah membuka pra tempahan iPhone X dimana sambutan bagi peranti terbaru ini luar biasa baik. Walaupun ramai yang menunggu penjualan iPhone X. Namun, tahukah anda berapakah kos yang akan ditanggung oleh anda setelah tamat jaminan atau kerosakan disebabkan kecuaian anda. Hari ini Apple telah menerbitkan kos bagi baikpulih iPhone X dimana kos bagi pegantian skrin adalah sekitar USD279 dan USD549 bagi lain-lain kerosakan. Jika dilihat, kos bagi baikpulih iPhone X hampir dua kali ganda dari kos baikpulih bagi iPhone 8. Untuk makluman, kos yang saya nyatakan ini merupakan kos yang dibuat oleh pihak Apple. Secara teori saya menjangkakan kebanjiran alat ganti iPhone X yang tiruan hasil dari pembuatan dari negara tembok besar. Tuntasnya, jagalah iPhone anda sebaik-baiknya. Tapi jika ia rosak atas sebab kecuaian anda. Itulah kos yang bakal anda tanggung. Bab kata pepatah “alah membeli menang memakai” SEKADAR PANDANGAN Follow saya di Twitter @xaviernaxa

The post Tahukah anda kos baik pulih iPhone masing-masing? Ini jawapannya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

1 83 84 85 86 87 114