Apple

Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung

April 4, 2017 0

Samsung dan Apple ialah dua kuasa besar dunia peranti mudah alih dengan gergasi Korea Selatan ini memegang takhta sebagai pengeluar nombor satu tahun lalu. Hubungan di antara dua syarikat ini agak dingin kerana kes saman menyaman yang sudah berlarutan hampir enam tahun. Sungguhpun begitu mereka masih boleh berurusan antara satu sama lain. Laman Nikkei Asian […]

Kemaskini iOS 10.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menampal Beberapa Kerentanan WiFi

April 4, 2017 0

Kemaskini iOS 10.3 boleh dimuat turun minggu lalu dan memperkenalkan sistem fail baru Apple File System (APFS) yang memberikan storan tambahan. Seperti biasa selepas kemaskini diberikan, terdapat laporan pepijat dan kerentanan. Pada iOS 10.3, kerentanan pada WiFi mendedahkan peranti kepada serangan penggodam. Hari ini kemaskini iOS 10.3.1 boleh dimuat turun dan menampak kerentanan yang ditemui […]

Apple Mungkin Mengembalikan Pengecas MagSafe Dalam Bentuk Penyesuai

April 1, 2017 0

Sistem pengecasan dengan sambungan MagSafe diiklankan oleh Apple sebagai sistem yang dapat menyelamatkan komputer riba dari rosak apabila wayar tersadung. Ia dipaparkan secara meluas di dalam siri iklan Mac vs PC suatu ketika dahulu. Dengan MacBook 2015 dan MacBook Pro 2016, sistem MagSafe digantikan dengan port USB-C. Reaksi dari pengguna MacBook adalah negatif. Mereka merasakan […]

Hayat Bateri Yang Diiklankan Untuk MacBook Didapati Paling Tepat Berbanding Pesaing

April 1, 2017 0

Komputer riba amat penting bagi insan seperti kami yang amat kerap bekerja di luar pejabat. Oleh itu hayat bateri ialah ciri paling penting bagi penulis seperti kami bagi memastikan berita dapat dimuat naik sebelum kehabisan bateri. Setiap kali komputer baru dihasilkan, pengeluar akan mengiklankan hayat penggunaan baterinya. Sejauh manakah kebenaran di sebalik pengiklananan ini? Menurut […]

(Ura-Ura) iPhone Edition Akan Mempunyai Pengimbas TouchID Pada Bahagian Belakang

Mac 30, 2017 0

Samsung Galaxy S8 dilancarkan lewat malam semalam dan membawakan perubahan rekaan yang drastik berbanding Galaxy S7 Edge. Butang navigasi kapasitif digantikan dengan atas skrin. Kerana skrin memanjang, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan menimbulkan sedikit keraguan dari pihak kami tentang kemudahan mengaksesnya. Ura-ura terkini didengari hari ini ialah iPhone Edition turut akan meletakkan […]

Kemaskini iOS 10.3 Memberikan Storan Tambahan Pada Peranti

Mac 29, 2017 0

Biasanya selepas kemaskini sistem operasi diterima, rungutan didengari kerana masalah pepijat yang ditemui. Semalam kemaskini iOS 10.3 mula boleh dimuat turun pemilik peranti Apple. Ramai kini melaporkan ruang storan pada peranti mereka bertambah selepas berpindah ke iOS 10.3 “Penambahan” ruang storan ini berlaku kerana perpindahan dari sistem HFS+ kepada Apple File System (APFS) yang lebih […]

Magbine – Kabel Pengecas Universal Yang Boleh Digunakan Peranti iOS Dan Android

Mac 29, 2017 0

Di pejabat Amanz terdapat pengguna peranti Android dan iPhone. Apabila terdapat keperluan mengecas peranti, kabel Lightning, USB-C dan MikroUSB ditukar ganti pada pengecas yang digunakan oleh kesemua kakitangan. Tetapi kadang kala kabel disalah letak menyebabkan kabel baru terpaksa dicari. Magbine ialah kabel pengecas universal yang boleh digunakan peranti Android dan iOS. Kabel ini boleh mengecas […]

Apple Mempatenkan Tali Jam Apple Watch Dengan Paparan Skrin Tambahan

Mac 28, 2017 0

Pagi tadi kami melaporkan kemungkinan Apple Watch generasi ke-tiga akan menyokong sistem selular buat pertama kali. Kali ini muncul pula paten baru yang akan menambah beberapa fungsi baru kepada jam tangan Apple Watch sedia ada. Menarik sekali penambahan fungsi baru dilakukan menerusi tali jam. Paten terkini ini menunjukkan tali jam dengan paparan tambahan. Paparan tambahan […]

(Ura-Ura) Apple Watch Generasi Ke-Tiga Akan Mempunyai Sokongan Selular

Mac 28, 2017 0

Apple Watch ialah jam tangan pintar dengan jumlah jualan tertinggi. Ini dicapai walaupun ia masih tidak mempunyai sebarang sokongan selular menggunakan SIM tidak seperti jam tangan Android Wear. Menurut pandangan Christopher Rolland, seorang penganalisa di Susquehanna Financial Group Apple Watch generasi ke-tiga akan akhirnya mempunyai sokongan selular. Beliau mula mendengar desas desus ia akan disokong […]

China Menarik Semula Larangan Menjual iPhone 6 dan 6 Plus Di Beijing

Mac 26, 2017 0

Mei tahun lalu mahkamah di Beijing mengeluarkan arahan menghalang jualan iPhone 6 dan 6 Plus di Beijing. Arahan dikeluarkan kerana syarikat Shenzen Baili Marketing menuduh peranti tersebut melanggar paten untuk peranti 100C keluaran mereka. Apple mencabar arahan tersebut di mahkamah dan selepas hampir setahun akhirnya memperoleh kemenangan. Mahkamah Beijing telah menarik semula larangan penjualan peranti […]

1 85 86 87 88 89 92