Apple

Komputer Riba MacBook Menyumbang Kepada Lapan Puluh Peratus Jualan Komputer Mac

April 5, 2017 0

Sejauh manakah kepopularan komputer riba MacBook dikalangan peminat Apple? Ianya terjawab hari ini menerusi temubual Apple bersama dengan TechCrunch. Paul Schiller yang merupakan naib presiden bahagian produk mendedahkan 80% jualan komputer Mac tahun lalu adalah komputer riba MacBook. Jualan dari MacPro dan iMac pula menyumbang baki 20%. Beliau turut mendedahkan terdapat 100 Juta pengguna Mac. […]

Apple Music Untuk Android Menerima Kemaskini Antaramuka

April 5, 2017 0

Apple telah memperkenalkan kemaskini antaramuka dan menyertakan beberapa ciri-ciri baru pada versi iPhone pada tahun lepas. Kini, selepas sekian lama, akhirnya kemaskini sama turut telah mula ditawarkan kepada para pengguna Android. Melalui perubahan versi baru ini, ia kini menyertakan halaman “For You” yang memaparkan lebih banyak kandungan yang dioptimasikan khusus untuka nda, pemain media yang […]

Apple Sedang Membangunkan Mac Pro Baru Dengan Rekaan Modular Untuk Penaik-Tarafan

April 4, 2017 0

Kali terakhir Apple memperkenalkan komputer berkuasa mereka, Mac Pro adalah pada 2013 yang lepas. Kini, selepas beberapa tahun, pihak Apple berkongsi mengatakan mereka sedang dalam proses membangunkan Mac Pro baru. Apple sekadar mengatakan ia tidak akan hadir pada tahun ini, dan pelbagai spekulasi mengatakan ia berkemungkinan hadir pada 2018 kelak. Mac Pro merupakan salah satu […]

Apple Turut Akan Menghasilkan “iMac Pro” Untuk Pengguna Profesional

April 4, 2017 0

Jika kami ke rumah teman yang menjalankan perniagaan mengambil gambar secara profesional, 80% daripada mereka memilih iMac sebagai komputer desktop pilihan. Tetapi sehingga kini tidak ada versi Pro dihasilkan oleh Apple. Penantian akan berakhir dalam masa terdekat selepas Timbalan Presiden bahagian pemasaran Apple Phil Schiller mengumumkan iMac edisi Pro sedang dibangunkan bersama dengan Mac Pro […]

Apple Dilaporkan Memesan 70 Juta Panel OLED Dari Samsung

April 4, 2017 0

Samsung dan Apple ialah dua kuasa besar dunia peranti mudah alih dengan gergasi Korea Selatan ini memegang takhta sebagai pengeluar nombor satu tahun lalu. Hubungan di antara dua syarikat ini agak dingin kerana kes saman menyaman yang sudah berlarutan hampir enam tahun. Sungguhpun begitu mereka masih boleh berurusan antara satu sama lain. Laman Nikkei Asian […]

Kemaskini iOS 10.3.1 Boleh Dimuat Turun Bagi Menampal Beberapa Kerentanan WiFi

April 4, 2017 0

Kemaskini iOS 10.3 boleh dimuat turun minggu lalu dan memperkenalkan sistem fail baru Apple File System (APFS) yang memberikan storan tambahan. Seperti biasa selepas kemaskini diberikan, terdapat laporan pepijat dan kerentanan. Pada iOS 10.3, kerentanan pada WiFi mendedahkan peranti kepada serangan penggodam. Hari ini kemaskini iOS 10.3.1 boleh dimuat turun dan menampak kerentanan yang ditemui […]

Apple Mungkin Mengembalikan Pengecas MagSafe Dalam Bentuk Penyesuai

April 1, 2017 0

Sistem pengecasan dengan sambungan MagSafe diiklankan oleh Apple sebagai sistem yang dapat menyelamatkan komputer riba dari rosak apabila wayar tersadung. Ia dipaparkan secara meluas di dalam siri iklan Mac vs PC suatu ketika dahulu. Dengan MacBook 2015 dan MacBook Pro 2016, sistem MagSafe digantikan dengan port USB-C. Reaksi dari pengguna MacBook adalah negatif. Mereka merasakan […]

Hayat Bateri Yang Diiklankan Untuk MacBook Didapati Paling Tepat Berbanding Pesaing

April 1, 2017 0

Komputer riba amat penting bagi insan seperti kami yang amat kerap bekerja di luar pejabat. Oleh itu hayat bateri ialah ciri paling penting bagi penulis seperti kami bagi memastikan berita dapat dimuat naik sebelum kehabisan bateri. Setiap kali komputer baru dihasilkan, pengeluar akan mengiklankan hayat penggunaan baterinya. Sejauh manakah kebenaran di sebalik pengiklananan ini? Menurut […]

(Ura-Ura) iPhone Edition Akan Mempunyai Pengimbas TouchID Pada Bahagian Belakang

Mac 30, 2017 0

Samsung Galaxy S8 dilancarkan lewat malam semalam dan membawakan perubahan rekaan yang drastik berbanding Galaxy S7 Edge. Butang navigasi kapasitif digantikan dengan atas skrin. Kerana skrin memanjang, pengimbas cap jari diletakkan pada bahagian belakang dan menimbulkan sedikit keraguan dari pihak kami tentang kemudahan mengaksesnya. Ura-ura terkini didengari hari ini ialah iPhone Edition turut akan meletakkan […]

Kemaskini iOS 10.3 Memberikan Storan Tambahan Pada Peranti

Mac 29, 2017 0

Biasanya selepas kemaskini sistem operasi diterima, rungutan didengari kerana masalah pepijat yang ditemui. Semalam kemaskini iOS 10.3 mula boleh dimuat turun pemilik peranti Apple. Ramai kini melaporkan ruang storan pada peranti mereka bertambah selepas berpindah ke iOS 10.3 “Penambahan” ruang storan ini berlaku kerana perpindahan dari sistem HFS+ kepada Apple File System (APFS) yang lebih […]

1 94 95 96 97 98 101