Apple

Spigen Menghasilkan Kerangka Yang Menyukarkan Fon Apple AirPods Dari Tertanggal Dari Telinga

Mei 22, 2017 0

Kerangka untuk telefon pintar dan tablet sudah menjadi kebiasaan bagi pengguna. Ia memastikan peranti tidak akan mudah mengalami kerosakan dan memastikan harga jualan semula lebih tinggi. Tetapi sejak kebelakangan ini kerangka turut dihasilkan untuk jam tangan pintar and fon telinga. Spigen TEKA ialah kerangka unik yang dihasilkan untuk fon Apple AirPods. Ia digunakan untuk memastikan […]

SHIFTCAM – Kerangka Dengan Lensa Tambahan Untuk iPhone 7 Plus

Mei 20, 2017 0

Kit lensa tambahan sudah berada di pasaran sejak enam tahun kebelakangan ini. Lensa-lensa tambahan menambah kemampuan kamera peranti dan mensasarkan golong pencinta seni fotografi. Tetapi kami sedari kit lensa tambahan untuk peranti dwi-kamera adalah amat terhad. Oleh itu kami merasakan kerangka SHIFTCAM ini pasti menarik minat pemilik iPhone 7 Plus. Kerangka tahan lasak SHIFTCAM hadir […]

iPhone SE Mula Dihasilkan Di India

Mei 18, 2017 0

Pengilangan peranti iPhone di India akhirnya bermula. Wall Street Journal melaporkan kilang milik Wistron Corp di Kartanaka sudah memulakan ujian penghasilan iPhone SE dengan jayanya. Dengan ini India menjadi negara ketiga selepas China dan Taiwan yang menghasilkan peranti untuk Apple. Dengan melakukan pengilangan di India, Apple tidak perlu membayar cukai import yang tinggi ke atas […]

iPhone 7 Plus Edisi Khas MOBA King of Glory Dilancarkan Di China

Mei 18, 2017 0

Peranti edisi khas biasanya dihasilkan dalam jumlah yang terhad untuk mensasarkan golongan peminat tegar. Sebagai contoh Xiaomi Redmi 4X Hatsune Miku dihasilkan untuk peminat idola maya ini di China. Nampaknya di China demam menghasilkan peranti edisi kini berjangkit ke Apple. Apple iPhone 7 Plus edisi King of Glory bakal dilancarkan esok. King of Glory ialah […]

Qualcomm Menyaman Pengilang iPhone Dan iPad Kerana Turut Enggan Membayar Royalti

Mei 18, 2017 0

Pertelagahan di antara pihak Qualcomm dan Apple nampaknya kini kian buruk. Masalah yang melanda dua syarikat ini kini melibatkan pengilang yang menghasilkan iPhone dan iPad. Pihak Qualcomm telah mengeluarkan saman ke atas Foxconn, Pegatron Corporation, Wistron Corporation, dan Compal Electronics, Inc, empat syarikat yang menghasilkan peranti bagi pihak Apple. Saman dikemukakan kerana mereka menghentikan bayaran […]

Aplikasi BFM Kini Turut Hadir Dengan Sokongan Apple CarPlay

Mei 17, 2017 0

BFM, salah satu radio tempatan yang sering membincangkan hal-hal berkaitan perniagaan dan ekonomi, hari ini menjadi syarikat Malaysia yang terawal memperkenalkan sokongan Apple CarPlay melalui aplikasi iOS mereka. Aplikasi BFM untuk iOS bukan sesuatu yang baru. Mereka sedia menawarkan kemudahan untuk mengikuti pelbagai podcast perbincangan ilmiah melaluinya, dan kini dengan integrasi Apple CarPlay, ia akan […]

Apple Dijangka Akan Menamatkan Apple iPad Mini Pada Masa Akan Datang

Mei 17, 2017 0

Apple dilaporkan akan menamatkan tablet bersaiz 7.9 inci, Apple iPad Mini pada masa akan datang. Tablet yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 itu kini sudah pun mempunyai 4 generasi sehingga Apple iPad Mini 4 yang diperkenalkan pada tahun 2015. Untuk tahun 2016 sehingga kini tiada kemaskini untuk tablet 7.9 inci tersebut. Menurut sumber, pasaran iPad Mini semakin merudum akibat persaingan antara...

The post Apple Dijangka Akan Menamatkan Apple iPad Mini Pada Masa Akan Datang appeared first on Mesra Mobile.

Apple Store Singapura Akan Dibuka Pada 27 Mei Ini

Mei 17, 2017 0

Apple Store pertama di rantau Asia Tenggara akan akhirnya membuka pintu secara rasmi pada 27 Mei ini. Apple Orchard yang terletak di Orchard Road ini sudah dalam pembinaan untuk tempoh yang lama dan mengalami beberapa kelewatan. Hanya beberapa minggu sahaja yang lalu perancah di luar kedai dibuka sekaligus memberikan petunjuk ia semakin hampir untuk dibuka. […]

Nike Menghasilkan Kerangka iPhone 7 Dengan Rekaan Tapak Kasut

Mei 12, 2017 0

Nike dan Apple ialah dua jenama yang cukup terkenal di seluruh dunia. Mereka telah bekerjasama menghasilkan Apple Watch edisi Nike yang mensasarkan golongan pengguna yang gemar bersukan. Kini Nike sekali lagi menghasilkan aksesori untuk peranti Apple dalam bentuk kerangka iPhone 7. Tiga kerangka tahan lasak di atas menggunakan rekaan tapak kasut Nike Air Force One […]

Apple Melancarkan Laman Tutorial Khas Menggunakan Kamera iPhone 7

Mei 12, 2017 0

Apple pernah berbangga bahawa iPhone tidak memerlukan manual untuk digunakan kerana antaramukanya yang mudah difahami. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun boleh belajar menggunakan iPhone dengan pantas. Tetapi fungsi kamera pada iPhone adalah lebih kompleks dari biasa dan ramai pengguna tidak tahu menggunakannya dengan baik. Oleh itu Apple telah melancarkan laman […]

1 95 96 97 98 99 107