Berita Menarik

Read Time:40 Second

Aplikasi BFM Kini Turut Hadir Dengan Sokongan Apple CarPlay

BFM, salah satu radio tempatan yang sering membincangkan hal-hal berkaitan perniagaan dan ekonomi, hari ini menjadi syarikat Malaysia yang terawal memperkenalkan sokongan Apple CarPlay melalui aplikasi iOS mereka. Aplikasi BFM untuk iOS bukan sesuatu yang baru. Mereka sedia menawarkan kemudahan untuk mengikuti pelbagai podcast perbincangan ilmiah melaluinya, dan kini dengan integrasi Apple CarPlay, ia akan […]

Read Time:49 Second

Apple Dijangka Akan Menamatkan Apple iPad Mini Pada Masa Akan Datang

Apple dilaporkan akan menamatkan tablet bersaiz 7.9 inci, Apple iPad Mini pada masa akan datang. Tablet yang mula diperkenalkan pada tahun 2012 itu kini sudah pun mempunyai 4 generasi sehingga Apple iPad Mini 4 yang diperkenalkan pada tahun 2015. Untuk tahun 2016 sehingga kini tiada kemaskini untuk tablet 7.9 inci tersebut. Menurut sumber, pasaran iPad Mini semakin merudum akibat persaingan antara…

The post Apple Dijangka Akan Menamatkan Apple iPad Mini Pada Masa Akan Datang appeared first on Mesra Mobile.

Read Time:29 Second

Apple Store Singapura Akan Dibuka Pada 27 Mei Ini

Apple Store pertama di rantau Asia Tenggara akan akhirnya membuka pintu secara rasmi pada 27 Mei ini. Apple Orchard yang terletak di Orchard Road ini sudah dalam pembinaan untuk tempoh yang lama dan mengalami beberapa kelewatan. Hanya beberapa minggu sahaja yang lalu perancah di luar kedai dibuka sekaligus memberikan petunjuk ia semakin hampir untuk dibuka. […]

Read Time:33 Second

Apple Melancarkan Laman Tutorial Khas Menggunakan Kamera iPhone 7

Apple pernah berbangga bahawa iPhone tidak memerlukan manual untuk digunakan kerana antaramukanya yang mudah difahami. Malahan terdapat kajian yang menunjukkan seorang kanak-kanak berumur dua tahun boleh belajar menggunakan iPhone dengan pantas. Tetapi fungsi kamera pada iPhone adalah lebih kompleks dari biasa dan ramai pengguna tidak tahu menggunakannya dengan baik. Oleh itu Apple telah melancarkan laman […]

Read Time:34 Second

Apple Mempatenkan Kabel Pengecas Dengan Lampu LED Terbina

Mengecas peranti pada waktu malam ialah aktiviti yang agak mencabar. Kabel sukar dilihat pada waktu malam dan sekiranya anda menggunakan peranti MikroUSB, memasukkan kabel ke dalam port pengecas perlu dilakukan beberapa kali kerana orientasi yang salah. Apple cuba menyelesaikan masalah ini dengan menghasilkan kabel pengecas dengan lampu LED terbina. Sebuah paten difailkan oleh Apple baru-baru […]

Read Time:40 Second

Ubuntu, Fedora Dan SUSE Akan Ditawarkan Melalui Windows Store

Microsoft sedia membuat kejutan dengan mengumumkan iTunes bakal ditawarkan melalui Windows Store. Kini, selain daripada perisian, Microsoft turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan sistem Linux melalui Windows Store. Ia akan bermula dengan penawaran Ubuntu di Windows Store, dan diikuti oleh Fedora dan SUSE tidak lama lagi. Untuk makluman, pada tahun lepas, Microsoft sedia mengumumkan […]

Read Time:39 Second

Microsoft Memperkenalkan Alat-Kawalan Untuk Windows Mixed Reality

Microsoft bersama-sama beberapa rakan kerjasama sedia mengumumkan dan memperlihatkan set kepala untuk realiti-gabungan daripada Microsoft, dinamakan sebagai Windows Mixed Reality. Kini, selain daripada set kepala, Microsoft turut memperkenalkan alat-kawalan untuk membolehkan interaksi di dunia realiti-gabungan dilakukan dengan mudah. Alat kawalan ini dikatakan boleh dikawal sepenuhnya melalui integrasi sensor pada set kepala. Melalui perhubungan kedua-dua peranti […]

Read Time:1 Minute, 7 Second

Kemaskini Windows 10 “Fall Creators Update” Akan Datang Pada September 2017

Microsoft sedia memperkenalkan Windows 10 Creators Update sebelum ini, dan ketika pengenalannya, Microsoft turut menekankan yang mana mereka akan mula menawarkan dua kemaskini besar pada setiap tahun. Hari ini, pada acara BUILD 2017, gergasi perkomputeran berkenaan berkongsi mengenai kemaskini seterusnya daripada mereka, yang mana akan dikenali sebagai Windows 10 Fall Creators Update. Kemaskini baru ini […]

Read Time:38 Second

Apple iTunes Bakal Hadir Ke Windows Store

Microsoft sejak beberapa tahun kebelakangan ini menekankan penerbitan aplikasi pada Windows Store dalam usaha memudahkan kemaskini ditawarkan, selain memfokuskan kepada sokongan sekuriti yang ditawarkan untuk pemasangan aplikasi melalui Windows Store. Malah, melalui Windows 10 S, fokus terhadap Windows Store ini lebih ditekankan – apatah lagi dengan kebolehan menerbitkan perisian desktop penuh terus pada Windows Store, […]