Berita Menarik

Read Time:34 Second

Microsoft Melancarkan Visual Studio Untuk Pengguna Mac

Selepas menawarkan Visual Studio untuk Mac dalam bentuk Preview pada penghujung 2016 lepas, hari ini pada acara BUILD, gergasi perkomputeran berkenaan secara rasminya melancarkan Visual Studio untuk pengguna Mac OS. Visual Studio merupakan salah satu perisian pembangunan yang diminati ramai pembangun. Ia memudahkan bukan sahaja pembangunan perisian Windows, tetapi juga digunakan dalam pembangunan aplikasi mudah-alih […]

Read Time:29 Second

Lebih 500 Juta Peranti Seluruh Dunia Kini Menjalankan Windows 10

Melalui Windows 10, Microsoft mengambil langkah pemasaran yang sedikit berbeza, malah menawarkan ia secara percuma kepada sejumlah pengguna Windows sedia ada ketika pengenalan. Selain daripada itu, Microsoft menjanjikan dua kemaskini besar setiap tahun untuk sistem operasi berkenaan. Hari ini, berkongsi angka penggunaan semasa pada BUILD 2017, Microsoft mengatakan kini sistem operasi Windows 10 dijalankan pada […]

Read Time:59 Second

Apple Dilaporkan Menduduki Tangga Utama Dalam Angka Pengeluaran Peranti Boleh-Pakai

Strategy Analytics terkini telah mengeluarkan angka untuk peranti boleh-pakai bagi suku pertama tahun 2017. Melalui angka yang dikeluarkan, Apple dilihat menduduki tangga utama pengeluaran tertinggi melalui penawaran Apple Watch mereka. Menurut laporan penganalisa yang dikeluarkan, Apple Watch dikatakan telah dikeluarkan sekitar 3.5 juta unit pada suku pertama 2017, dan diikuti oleh Xiaomi pada tangga kedua […]

Read Time:40 Second

Jualan iPad Terus Menjunam Tetapi Apple Kekal Di Tangga Pertama Pengeluar Tablet

Bukan lagi rahsia bahawa jualan tablet semakin menurut sejak tiga tahun kebelakangan ini. Saingan dari telefon pintar dengan skrin lebih besar serta keengganan pengguna membeli model baru setiap tahun menyumbang kepada trend penurunan ini. Angka terbaru jualan tablet untuk suku pertama 2017 dikeluarkan oleh IDC. Seperti yang dijangka penyusutan sekali lagi dicatatkan berbanding suku yang […]

Read Time:35 Second

Qualcomm Ingin Mengharamkan iPhone Diimport Masuk Ke Amerika Syarikat

Pertelagahan di antara Qualcomm dan Apple nampaknya akan menjadi semakin serius. Kini kedengaran berita mengatakan Qualcomm sedang dalam perbincangan dengan Suruhanjaya Perdagangan Antarabangsa Amerika Syarikat (ITC) untuk menghalang iPhone dari diimport masuk ke Amerika Syarikat. Apple memfailkan saman bernilai $1 Billion ke atas Qualcomm pada Januari lalu kerana dikatakan meminta bayaran royalti yang tidak munasabah. […]

Read Time:32 Second

Kerangka Logitech Slim Folio Dilancarkan Dengan Bateri Papan Kekunci Mampu Bertahan Selama Empat Tahun

Minggu lalu Logitech melancarkan Logitech Universal Folio yang direka untuk kegunaan tablet yang mempunyai skrin di antara 9-10″. Menarik sekali bateri papan kekunci Universal Folio mampu bertahan sehingga dua tahun. Hari ini mereka melancarkan kerangka Logitech Slim Folio untuk iPad generasi ke-lima. Bateri untuk papan kekunci ini jauh lebih tahan lama dan mampu bertahan sehingga […]