Sistem Pengoperasian

terpakai malaysia ucanlah system restorant malaysia

Apple Mungkin Perlu Membayar RM4.44 Bilion Pula Kepada VirnetX Kerana Pelanggaran Paten

Januari 16, 2021 0

Kes saman melibatkan VirnetX dan Apple nampaknya belum berakhir walaupun tahun lalu Apple telah membayar $454 juta (~RM 1.95 bilion) kepada VirnetX atas kesalahan menggunakan teknologi yang dipatenkan tanpa kebenaran. Kemudian pada November 2020, mahkamah mengarahkan bayaran tambahan $502 juta (~RM2.0 bilion) selepas mengambil kira bayaran royalti ke atas peranti-peranti Apple lain yang menggunakan teknologi VirnetX. Apple […]

iOS 14.4 Akan Memberikan Amaran Jika Kamera Digunakan Tidak Asli

Januari 15, 2021 0

Antara penipuan yang berlaku apabila peranti dihantar ke pusat baik pulih ialah penggunaan alat ganti tidak asli dan komponen asli dicuri. Terdapat pasaran gelap menjual komponen asli Apple untuk memanjangkan hayat peranti lama yang tidak lagi disokong. Menurut laporan MacRumors, iOS 14.4 akan hadir dengan ciri baharu yang memberikan amaran sekiranya komponen kamera dikesan tidak […]

Netflix Dilaporkan Sedang Menguji Audio Spatial Untuk AirPods Pro Dan Max

Januari 15, 2021 0

Audio spatial ialah ciri yang setakat ini disokong pada peranti Apple, Samsung dan Sony. Ciri audio 360 darjah ini menarik tetapi setakat ini sokongannya adalah mengecewakan sehingga sekadar menjadi gajah putih. Tetapi menurut laporan laman iPhonsoft, Netflix telah memulakan ujian audio spatial untuk AirPods Pro dan AirPods Max. Laman memetik sumber kakitangan di Netflix yang […]

Kuo – MacBook Pro Baharu Menggunakan Rekaan iPhone 12, Tiada Touch Bar Dan Menyokong MagSafe

Januari 15, 2021 0

Ming-Chi Kuo, penganalisa Apple yang pandangan diambil berat kerana kerap menjadi kenyataan mengeluarkan kenyataan. Menurut MacRumors beliau meramalkan perubahan yang akan berlaku pada MacBook Pro yang akan dilancarkan tahun ini. Pertama sekali model 14″ dan 16″ akan dihasilkan dengan skrin Mikro LED. Dari segi rekaan, bahagian tubuh adalah lebih rata bagi menyelarikan rekaan dengan iPhone […]

Apple Mempatenkan Kerangka iPhone Yang Boleh Mengecas AirPods

Januari 13, 2021 0

Apple sering mempatenkan sejumlah perkara yang sedang dalam pembangunan – sama ada bakal diperkenalkan secara komersil ataupun tidak. Terbaru, ia dilihat Apple telah memfailkan sebuah paten untuk sebuah kerangka untuk iPhone yang boleh mengecas fon telinga AirPods pengguna. Dengan langkah ini, pengguna boleh mengecas AirPods mereka secara tiba-tiba sekiranya fon telinga berkenaan kehabisan bateri. Pada […]

Lukisan CAD iPad Pro 11″ Dan 12.9″ Tertiris Menunjukkan Pengimbas Touch ID Fizikal

Januari 13, 2021 0

iPad Pro dengan skrin Mini-LED dijangka dilancarkan tahun ini. Dengan pelancarannya mungkin berlaku dalam masa terdekat, lukisan CAD untuk iPad Pro 11″ dan 12.9″ telahpun tertiris menunjukkan ia bakal meminjam satu ciri penting dari iPad Air 2020. Jelas kelihatan butnag kuasa pada sisi bingkai yang mirip dengan iPad Air yang dilengkapi pengimbas Touch ID fizikal. […]

Tim Cook Mengacah Bakal Mengumumkan Sesuatu Esok

Januari 12, 2021 0

CEO Apple, Tim Cook kini dilihat bakal mengumumkan sesuatu berkaitan penawaran mereka, esok. Perkara ini didedahkan melalui sebuah temuramah eksklusif yang dilakukan bersama “CBS This Morning” yang bakal disiarkan esok. Apa pun, pengacara program berkenaan menekankan ia bukanlah sebuah produk baharu. Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah Tim Cook akan umumkan secara rasminya […]

PopSocket Umum Aksesori MagSafe Mereka – Turut Mempunyai Dompet

Januari 12, 2021 0

Semasa Apple melancarkan iPhone 12 dan mengumumkan sokongan MagSafe, peminat aksesori PopSocket mempersoalkan bagaimana aksesori pemegang peranti ini boleh digunakan jika ingin gunakan aksesori rasmi MagSafe? Jalan penyelesaiannya adalah, PopSocket memperkenalkan aksesori MagSafe tersendiri mereka. PopGrip for MagSafe, PopWallet+ for MagSafe, PopMount for MagSafe,  PopMount for MagSafe Multi-Surface, PopMount for MagSafe Car Vent, PopGrip Slide Stretch […]

KFCONSOLE Konsol Permainan Dari KFC ! | Berita TechSemut

Disember 24, 2020 0

Kalau anda masih ingat syarikat ayam goreng KFC pernah memberi hint kepada dunia bahawa mereka akan mengeluarkan konsol permainan sendiri. Nampaknya KFC mengotakan janji mereka

Apple Akan Menghalang Penjejakan Iklan Pada iPhone Menerusi iOS 14.4 Seawal Januari Ini

Disember 24, 2020 0

Sistem menghalang penjejakan iklan pada iPhone telah diumumkan oleh Apple sebelum ini. Ia akan membolehkan pengguna mengawal bagaimana pergerakan mereka di atas talian dijejak oleh laman web serta aplikasi. Hari ini sistem menghalang penjejakan ni mula diaktifkan kepada pengguna iOS 14.4 Beta. Apabila laman sedang dilayari, sebuah amaran akan muncul pada skrin yang bertanya sama […]