Sistem Pengoperasian

Kerangka Logitech Slim Folio Dilancarkan Dengan Bateri Papan Kekunci Mampu Bertahan Selama Empat Tahun

Mei 3, 2017 0

Minggu lalu Logitech melancarkan Logitech Universal Folio yang direka untuk kegunaan tablet yang mempunyai skrin di antara 9-10″. Menarik sekali bateri papan kekunci Universal Folio mampu bertahan sehingga dua tahun. Hari ini mereka melancarkan kerangka Logitech Slim Folio untuk iPad generasi ke-lima. Bateri untuk papan kekunci ini jauh lebih tahan lama dan mampu bertahan sehingga […]

Kerangka Tahan Lasak Call of Duty Untuk iPhone Dihasilkan Oleh Otterbox

Mei 3, 2017 0

Permainan Call of Duty sinonim dengan misi ketenteraan tentera pasukan khas. Siri ini akan kembali kepada asal dengan Call of Duty : WWII yang bakal hadir penghujung tahun ini. Bagi yang tidak mampu menanti kemunculan COD terkini, mungkin mereka boleh membeli kerangka tahan lasak Call of Duty untuk iPhone yang dihasilkan Otterbox. Terdapat dua rekaan […]

Microsoft Memperkenalkan Windows 10 S – Memfokuskan Kepada Pengguna Di Sekolah

Mei 2, 2017 0

Microsoft hari ini telah mengadakan sebuah acara khusus memfokuskan kepada pendidikan, dan padanya, gergasi perkomputeran berkenaan telah pun melancarkan Windows 10 S – sebuah sistem operasi baru yang memfokuskan kepada penggunaan di sekolah dan institusi pendidikan. Windows 10 S dilihat lebih kepada seperti kelahiran semula Windows RT. Microsoft mengatakan sistem operasi ini boleh menjalankan sebarang […]

Tahap Kepuasan Pemilik Apple AirPods Mencecah 98%

Mei 2, 2017 0

Fon telinga tanpa wayar Apple AirPods ialah produk yang paling sukar dimiliki kerana penantian mencecah enam minggu. Sungguhpun mengalami kelewatan, AirPods masih mendapat sambutan yang hangat bagi pengguna iPhone yang ingin hidup tanpa wayar. Sebuah kajiselidik kepuasan pengguna AirPods dilakukan oleh Experian and Creative Strategies mendapati 98% pengguna cukup berpuas hati dengan pembelian mereka. Seramai […]

Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple AirPods Dihasilkan

Mei 2, 2017 0

Apple AirPods ialah produk Apple dengan tahap kepuasan tertinggi yang pernah dihasilkan. Majoriti pengguna memuji kualiti audio dan kemudahan ia ditambat kepada peranti. Ia juga merupakan antara aksesori yang termahal dihasilkan dengan harga mencecah RM 849. Bagi mengelakkan kerosakan, kerangka tahan lasak telah dihasilkan untuk fon telinga ini. Kerangka Elago yang dihasilkan daripada silikon ini […]

Kerangka ProBack Untuk iPad Pro Dengan Pengecas Apple Pencil Terbina

April 28, 2017 0

iPad Pro apabila digabungkan dengan Apple Pencil membolehkan artis menghasilkan karya digital semasa di luar studio. Ia sebuah sistem lengkap dan sudah terbukti dapat menghasilkan karya digital berkualiti. Tetapi keluhan utama pengguna kedua-dua peranti ini ialah kesukaran mengecas Apple Pencil. Stylus yang dicocok pada port Lightning iPad Pro mungkin patah sekiranya dilanggar. Proback ialah kerangka […]

Gambar Awal Untuk Kenderaan Autonomi Yang Diuji Apple Diperlihatkan

April 28, 2017 0

Sekitar dua minggu lepas, Apple telah mendapatkan kebenaran daripada pihak berkuasa di California untuk menguji kenderaan autonomi mereka tersendiri, dan kini beberapa gambar kenderaan yang sedang diuji oleh Apple hadir ke arena web. Kenderaan yang digunakan adalah Lexus RX450h SUV yang dilengkapi dengan sejumlah sensor terbina untuk, termasuk sensor lidar 64-saluran, dua radar, dan juga […]

Apple Dilarang Menggunakan Peranti Terpakai Sebagai Peranti Gantian Di Belanda

April 26, 2017 0

Antara perkara paling menakutkan bagi pemilik peranti ialah alatan elektronik yang dibeli pada harga mahal mengalami kerosakan. Penantian untuk mendapatkan semula peranti selepas dihantar untuk diperbaiki mungkin mengambil masa yang lama. Di Apple mereka mempunyai polisi memberi “peranti baru” kepada pelanggan dan mengambil peranti yang rosak sebagai ganti. Tetapi peranti yang disangkakan baru ini sebenarnya […]

Tiada Lagi Kemaskini Sekuriti Untuk Ubuntu Phone Selepas Jun 2017

April 24, 2017 0

Pihak Canonical sebelum ini sedia mengumumkan mereka akan menamatkan pembangunan Ubuntu Phone, dan kini berkongsi lanjut mengenai langkah berkenaan, Canonical mengatakan mereka akan menawarkan kemaskini sekuriti sehingga Jun 2017 ini. Selepas Jun 2017, tiada lagi sebarang kemaskini akan ditawarkan untuk platform berkenaan, termasuk sebarang kemaskini sekuriti. Selain daripada itu, tiada lagi aplikasi yang boleh dibeli […]

Kerangka Tahan Lasak Untuk Apple Pencil Dihasilkan Oleh Ztylus

April 23, 2017 0

Kerangka untuk telefon pintar dan tablet kini sudah dianggap sebagai aksesori yang biasa dilihat. Dengan saiz skrin yang semakin besar dan rekaan skrin melengkung, hanya mereka yang benar-benar berani masih lagi enggan menggunakan kerangka pada peranti milik mereka. Selain kerangka untuk tablet dan telefon pintar, kini wujud kerangka untuk stylus. Ztylus menghasilkan kerangka tahan lasak […]

1 38 39 40 41 42 54