Sistem Pengoperasian

Apple Hadir Dengan Aplikasi Clips Untuk Generasi YouTube, Instagram, Snapchat

Mac 21, 2017 0

Perkongsian video semakin popular akhir-akhir ini, dan menyedarinya, kini Apple mengumumkan sebuah aplikasi khusus yang dibangunkan oleh mereka tersendiri, dinamakan sebagai Clips. Melaluinya, ia memfokuskan kepada kemudahan pengguna membuat penyuntingan video seperti mengabungkan klip video, gambar dan muzik – selain menyertakan teks dan sebagainya sebelum dikongsikan. Seperti ramai sedia maklum, pada masa kini, pelbagai platform […]

Tudia Clip – Klip Perlindungan Untuk Kabel Lightning Yang Rapuh

Mac 21, 2017 0

Peranti Apple dijual pada harga yang amat premium. Kualiti peranti yang dijual adalah berbaloi dengan harga yang dibayar. Namun satu perkara yang tidak dapat disangkal ialah kabel Lightning untuk mengecas iPhone dan iPad adalah amat rapuh. Kabel ini mudah koyak selepas hanya beberapa bulan digunakan. Bagi menyelesaikan masalah yang sudah berlarutan sejak bertahun lamanya ini, […]

(Ura-Ura) iPhone 8 Akan Mempunyai Rekaan Seperti iPhone Generasi Pertama

Mac 21, 2017 0

Sepuluh tahun. Ya pejam celik tahun ini iPhone akan menyambut ulang tahun pelancarannya yang ke sepuluh. Pelbagai ura-ura didengari mengenai peranti yang amat dinantikan kemunculannya ini. Antara yang didengari setakat ini ialah penggunaan skrin AMOLED, sistem pengecasan tanpa wayar dan skrin lengkung pada model iPhone Edition. Kini menurut laporan ET News, iPhone yang dilancarkan tahun […]

Microsoft Kini Memudahkan Anda Memindahkan Fail Dari Mac Ke Surface

Mac 20, 2017 0

Microsoft dan Apple sering bersaing dalam arena perkomputeran, dan menyediakan pelbagai kempen untuk menarik pengguna ke platform antara satu sama lain. Terkini, Microsoft dilihat hadir dengan sebuah perisian baru khusus untuk pengguna Mac, yang mana dinamakan sebagai Surface Migration Assistant. Menggunakannya, seperti pada namanya, ia membolehkan pengguna bersedia berpindah ke komputer Surface dengan memindahkan pelbagai […]

Arena Seterusnya Untuk Apple : Augmented Reality

Mac 20, 2017 0

Sejak menjadi CEO Apple pada 2011 yang lepas, Tim Cook telah bercakap mengenai pelbagai jenis teknologi – termasuk kereta autonomi, kecerdasan buatan, penstriman televisen dan sebagainya. Tetapi tiada teknologi yang menarik minat Tim Cook seperti mana augmented reality. Augmented Reality membolehkan gambar atau video dipaparkan sebagai tindihan pada dunia nyata. Tim Cook menyukai potensi AR […]

Penganalisa Meramalkan Jualan Galaxy S8 Akan Lebih Rendah Berbanding S7 Kerana iPhone 8 Lebih Menarik

Mac 15, 2017 0

Di dalam dunia teknologi terdapat penganalisa yang menjadi nujum Pak Belakang. Mereka akan meramalkan reaksi pasaran terhadap model baru peranti-peranti pintar yang bakal dilancarkan. Ming Chi Kuo dari firma KGI adalah antara nujum yang ramalannya mempunyai kebarangkaliam menjadi benar yang tinggi. Beliau meramalkan jualan Samsung Galaxy S8 akan lebih rendah berbanding jualan Galaxy S7. Ming […]

Eye – Kerangka iPhone Dengan Peranti Android Terbina

Mac 14, 2017 0

Kereta dengan enjin konvensional dan motor elektrik sudah wujud sejak akhir kurun ke-19. Ia hanya meningkat kepopularannya sekitar tahun 1997 dengan terhasilnya Toyota Prius. Eye ialah kerangka iPhone yang menjadikannya sebuah peranti hibrid kerana mempunyai sebuah peranti Android 7.1 terbina. Jangan betulkan mata anda. Ini juga bukan typo. Eye memang mempunyai sebuah peranti Android dengan […]

Kerangka ZeroLemon Slim Juicer Untuk iPhone 7 Dilengkapi Bateri Tambahan 5000 mAh

Mac 10, 2017 0

Tahun lalu peranti dengan ketahanan bateri terbaik ialah iPhone 7 Plus. Ia mampu bertahan selama 27 jam pada penggunaan berat dengan skrin terpasang melebihi 10 jam. Ini amat menakjubkan kerana ia hanya dilengkapi bateri sebesar 2900 mAh. Kerangka ZeroLemon Slim Juicer baru sahaja dilancarkan dan mensasarkan pengguna iPhone 7 Plus yang mahu menambah lagi waktu […]

Apple Menawarkan iPhone 6 Dengan Storan 32 Gigabyte Di China Dan Taiwan

Mac 5, 2017 0

Apple iPhone 6 sudah dilancarkan hampir tiga tahun. Peranti ini mendapat sambutan yang menggalakkan kerana membawakan perubahan yang besar berbanding model iPhone 5S. Walaupun sudah agak berusia, Apple baru sahaja melancarkan model baru iPhone 6 dengan storan 32 Gigabyte. Semasa dilancarkan hanya storan 16, 64 dan 128 Gigabyte dihasilkan. Buat masa ini iPhone 6 32 […]

Harga iPhone 7 Dan 7 Plus Menerima Pengurangan RM500 Di Malaysia

Februari 26, 2017 0

Peranti iPhone 7 dan 7 Plus bolehlah dikatakan tidak mampu milik. Tetapi bagi mereka yang mendambakan peranti utama Apple ini, harga jualannya menerima potongan RM500 untuk model-model tertentu menerusi laman Switch, Senheng, Harvey Norman dan Machines. Penurunan ini dilakukan hanya di rangkaian kedai elektronik di atas. Harga jualan menerusi laman rasmi Apple Malaysia masih lagi […]

1 44 45 46 47 48 55