Sistem Pengoperasian

Microsoft Ingin Membawa Perisian Sekuriti Ke Android Dan iOS

Februari 21, 2020 0

Pada hari ini, iOS dan Android merupakan dua sistem operasi mudah-alih yang utama dan digunakan ramai diseluruh dunia. Walaupun sejumlah pihak mengatakan tiada keperluan untuk perisian atau aplikasi sekuriti pada telefon pintar, namun untuk Microsoft, mereka berpendapat sebaliknya. 
Microsoft hari ini mengatakan yang mana mereka akan membawa Defender Advanced Threat Protection (ATP) ke sistem operasi […]

Apple Dilaporkan Akan Membenarkan Pengguna Mengubah Aplikasi Default

Februari 21, 2020 0

Pada waktu ini jika anda memiliki sebuah iPhone, setiap kali pautan internet ditekan peranti akan terus membukanya menggunakan Safari. Ini adalah amat menjengkelkan jika anda lebih gemar menggunakan pelayar lain seperti Chrome. Menurut laporan Bloomberg hari ini, Apple mungkin akan akhirnya membenarkan pengguna mengubah aplikasi default pada peranti Apple milik mereka. Selain pelayar web, pengguna […]

Apple Mungkin Melancarkan iPhone 9 Dan iPad Pro Baharu Pada Penghujung Mac Ini

Februari 19, 2020 0

Setiap tahun pada bulan Mac Apple akan mengadakan acara khas untuk produk baharu. Menurut laporan laman iPhone-ticker.de, tahun ini Apple dilaporkan akan mengadakan acara khas pada 31 Mac kelak bagi melancarkan iPhone 9 dan iPad Pro baharu. Kemudian pada 3 April iPhone 9 akan mula dipasarkan. Bagi yang mungkin tidak mengikuti perkembangan teknologi, iPhone 9 […]

Apple Mengatakan Bekalan iPhone Terjejas Sementara Disebabkan Oleh Koronavirus

Februari 18, 2020 0

Apple hari ini telah mengeluarkan notis, mengatakan bekalan iPhone diseluruh dunia mungkin terjejas disebabkan oleh virus koronavirus. Ini sekaligus mungkin memberikan impak kepada kesan kewangan dan pendapatan syarikat Apple tersebut sendiri. Menurut Apple, walaupun pengeluaran telah dimulakan semula, tetapi ia adalah masih perlahan daripada apa yang dijangkakan. Pada masa yang sama, Apple turut mengatakan yang […]

Aplikasi GMail Untuk iOS Kini Boleh Memilih Lampiran Terus Dari Aplikasi Files

Februari 13, 2020 0

GMail adalah antara aplikasi klien emel yang baik. Ia adalah aplikasi dari Google dan bukan sekadar aplikasi emel sahaja. Google padatkan dengan pelbagai fungsi dan ciri yang menarik agar ia memuaskan hati pengguna. Pada peranti Android, aplikasi GMail tidak ada masalah memilih lampiran dari aplikasi pengurus fail. Duka cita dimaklumkan, untuk aplikasi iOS agak sukar […]

Kilang Foxconn Kembali Beroperasi Tetapi Dengan Dengan Hanya 10% Tenaga Kerja Akibat Koronavirus

Februari 11, 2020 0

Foxconn ialah syarikat yang dipertanggungjawabkan mengilangkan peranti pelbagai pengeluar seperti iPhone. Kilang mereka ditutup sempena perayaan Tahun Baru China tetapi akibat wabak koronavirus baharu, terdapat arahan dari kerajaan untuk tidak memulakan semula pengeluaran. Menurut laporan Reuters hari ini, Foxconn telah dibenarkan untuk memulakan semula operasi dia dua lokasi tetapi hanya 10% pekerja sahaja telah kembali. […]

Apple Membayar Denda RM108 Juta Di Perancis Kerana Memperlahankan Prestasi iPhone

Februari 9, 2020 0

Apple minggu ini bersetuju membayar denda 25 Juta Euro (~RM108 juta) kepada Perancis kerana memperlahankan iPhone menerusi kemaskini iOS 10.2.2 dan iOS 11.2. Denda ini akan dibayar kepada kerajaan Perancis selepas mereka didapati bersalah oleh pejabat pendakwaraya Paris tidak memberikan maklumat yang lengkap kepada pengguna sebelum kemas kini diberikan secara OTA. Pada tahun 2017, Apple […]

Microsoft Akan Menggabungkan Pasukan Windows Dan Peranti Mereka Pada Bulan Mac Kelak

Februari 6, 2020 0

Microsoft nampaknya semakin serius mengenai peranti-peranti Surface mereka, dimana mereka baru sahaja hadir dengan siri peranti Surface Pro ketujuh mereka, disamping peranti-peranti lain seperti Surface Laptop dan juga Surface Book. Untuk memperbaiki lagi kesinambungan diantara peranti dan perisian mereka, khususnya sistem operasi Windows, Microsoft dikatakan akan menggabungkan bahagian peranti mereka bersama-sama dengan bahagian Windows kedalam […]

Laman Web iCloud Kini Mesra Dengan Pelayar Web Untuk Diakses Pada Peranti Android

Februari 6, 2020 0

iCloud adalah storan awan dari Apple yang khusus untuk pengguna ekosistem Apple sahaja. Ia berbeza dengan Google Drive, yang mana kedua-dua iOS dan Android atau platform lain amat mudah untuk diakses. iCloud pula hanya lancar diakses untuk peranti Apple sahaja. Apabila dibuka pada platform lain, antaramuka mereka tidak mesra pengguna dan sukar untuk digunakan. Terkini, […]

Apple CarKey Akan Membolehkan Kereta Dinyahkunci Menggunakan iPhone Dan Apple Watch

Februari 6, 2020 0

Semakin banyak kenderaan di pasaran yang menggunakan sistem fon kunci moden. Menerusi sistem ini kenderaan dapat dinyahkunci dan dihidupkan tanpa menggunakan kunci fizikal. Apple baru sahaja menawarkan iOS 13.4 Beta dan antara fungsi baharu yang ditemui ialah Apple CarKey, Menerusi CarKey, kenderaan boleh dinyahkunci menggunakan sebuah iPhone atau Apple Watch. Selain itu kenderaan juga boleh […]

1 3 4 5 6 7 115