Sistem Pengoperasian

Jualan iPad Meningkat Hampir 15% Pada Suku Yang Lalu

Ogos 3, 2017 0

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, angka jualan tahunan menunjukkan trend jualan tablet yang semakin merudum. Kewujudan telefon pintar dengan skrin yang lebih besar menjadi faktor mengapa tablet kurang popular. Apple baru sahaja berkongsi penyata kewangan mereka untuk suku ke-tiga 2017 dan nampaknya iPad kini mengalami Renaissance jualan. Sebanyak 11.424 Juta unit iPad berjaya dijual. Ini […]

Aplikasi yang perlu anda pasang pada desktop linux anda

Ogos 2, 2017 0

Mengunakan sistem pengoperasian linux sebagai desktop komputer peribadi bukan lah suatu yang terkenal berbanding pengunaan windows dan mac OS .  Kebanyakan yang mengunakan adalah dari

Huawei Semakin Menghampiri Apple Dalam Arena Telefon Pintar

Ogos 2, 2017 0

Huawei sebelum ini pernah mengatakan mereka ingin melangkaui kedudukan Apple dalam beberapa tahun lagi. Terkini, melalui angka statistik semasa yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics, perkara berkenaan dilihat mungkin direalisasikan. Mengikut angka yang dikeluarkan oleh Strategy Analytics untuk tempoh suku kedua 2017 lepas, ia diperlihatkan Huawei mempunyai pegangan pasaran sebanyak 10.7%, manakala Apple ditangga kedua dengan […]

Pembangunan Sistem Autonomi Apple Tidak Terhad Hanya Pada Kereta Swapandu

Ogos 2, 2017 0

Pembangunan sistem swapandu kenderaan nampaknya bukan satu-satunya fokus Apple selepas pembangunan Apple Car ditangguhkan. Di dalam acara pertemuan bersama pelabur yang dilakukan serentak dengan pengumuman penyata kewangan suku ke-tiga 2017, Tim Cook berkongsi maklumat baru mengenai sistem autonomi Apple. Beliau dipetik berkata sistem autonomi boleh digunakan dalam pelbagai cara dengan swapandu adalah salah satu daripadanya. […]

Mahkamah Menolak Permohonan Apple Untuk Mengetepikan Saman Berkenaan Facetime Gagal Berfungsi Di iOS6

Ogos 1, 2017 0

Mahkamah di California telah menolak permohonan Apple untuk mengetepikan saman berkenaan Facetime yang gagal berfungsi di iOS6. Februari lalu Christina Grace dan Ken Patter, dua orang pemilik iPhone 4 bertindak menyaman Apple kerana didakwa sengaja membuatkan Facetime gagal berfungsi sekiranya pengguna tidak mengemaskini ke iOS7.  Saman difailkan di bawah undang-undang persaingan tidak sihat California. Menurut […]

Apple Mempatenkan Sistem Yang Membolehkan iPhone Menjadi Pengganti Pasport

Ogos 1, 2017 0

Lihat peranti di tangan anda sekarang. Ia adalah sebuah telefon, mesin kira, kamera, pelayar web dan pengganti kad kredit. Apakah yang mampu dilakukan oleh peranti pintar di masa hadapan? Apple mempunyai idea yang mungkin akan merevolusikan bagaimana kita bergerak ke seluruh dunia di masa hadapan. Mereka telah mempatenkan sistem yang membolehkan iPhone dan Apple Watch […]

Rekaan Hadapan iPhone 8 Dan Penggunaan Sistem Imbasan Wajah Disahkan Oleh Apple

Julai 31, 2017 0

Spekulasi mengenai rekaan iPhone 8 telah beberapa bulan menjadi bualan dunia teknologi. Beberapa skematik yang tertiris memberikan petunjuk rekaan hampir semua-skrin dan kewujudan sistem imbasan wajah. Kedua-dua fungsi fungsi ini seakan telah disahkan sendiri oleh Apple menerusi kod awal untuk HomePod. Pembangun aplikasi untuk HomePod menemui barisan kod yang mengesahkan kewujudan sistem imbasan wajah. Pada […]

Apple Mengesahkan Aplikasi VPN Dibuang Dari App Store China Atas Arahan Kerajaan

Julai 31, 2017 0

Aplikasi VPN telah dibuang dari Apple Store di China pada hujung minggu lalu. Pihak Apple hari ini mengesahkan tindakan membuang aplikasi ini adalah kerana arahan dari kerajaan China. Aplikasi VPN diharamkan di China sejak Januari sekiranya tidak mendapat kelulusan kerajaan, Pembangun aplikasi-aplikasi VPN telah menerima penerangan dari Apple mengatakan aplikasi dibuang kerana “mengandungi kandungan yang […]

Windows 10 Menyertakan Sokongan Carian Imej Pintar Seumpama Google Photos Pada Aplikasi Photos

Julai 29, 2017 0

Pada aplikasi Google Photos yang ditawarkan di Android dan iOS, ia sedia menyertakan sokongan carian pintar yang boleh mengenal-pasti sesuatu gambar berdasarkan objek didalamnya, pengecaman wajah, lokasi, dan sebagainya – sekaligus memudahkan pengguna menemui gambar yang diinginkan pada sesuatu masa. Kini, Microsoft dilihat melakukan perkar sama pada aplikasi Photos di Windows 10. Buat masa ini, […]

Apple Membayar RM 8.56 Billion Kepada Nokia Bagi Menyelesaikan Saman Paten

Julai 29, 2017 0

Mei lalu Apple dan Nokia menandatangani persetujuan bagi menyelesaikan kes saman yang melibatkan paten milik Nokia. Pada waktu tersebut nilai bayaran yang dibayar kepada Nokia tidak didedahkan. Laporan kewangan suku ke-dua Nokia menjawab persoalan ini. Di dalam dokumen yang dikongsi kepada umum, Apple telah membayar wang pendahuluan €1.7 Billion (~RM 8.56 Billion). Nokia bersetuju untuk […]

1 55 56 57 58 59 81