Sistem Pengoperasian

Adakah iPhone 8 Ulangi Sejarah Pahit Note7?

Oktober 2, 2017 0

Sebagai mahakarya Apple, iPhone 8/8 Plus sudah tentu mengandungi pelbagai teknologi kompleks dan pastinya kerosakkan adalah perkara yang biasa pada sebuah mesin sekompleks ini. Setelah lebih seminggu dilancarkan di Australia, China, dan Singapura, terdapat laporan tentang kerosakkan pada komponen bateri iPhone 8 Plus. Beberapa Tweet telah dikesan melaporkan bahawa bateri pada iPhone 8 menggelembung dan menolak keluar panel paparan telefon itu keluar daripada badannya. Tapi jangan risau, ia mungkin kes terpencil kerana tiada kes baru dilaporkan selepas insiden itu dan Apple sudahpun menggerakkan siasatan terhadap dakwaan tersebut. 届いたiPhone8plus、開けたら既に膨らんでた pic.twitter.com/eX3XprSzqv — まごころ (@Magokoro0511) September 24, 2017 Dalam hal yang berkaitan, semasa insiden masalah bateri menimpa Note7 tahun lalu, Samsung dilaporkan telah menukar pembekal bateri Note7 kepada pihak lain. Malangnya, bateri yang dibekalkan pembekal baru itu turut bermasalah. Yang menariknya, “pihak baru” itu adalah pembekal utama bateri untuk peranti Apple. Tapi bateri pada iPhone 8 Plus tidaklah besar mana. Ia diberikan bateri berkapasiti 2691mAh, 7% lebih kecil berbanding bateri iPhone 7 Plus yang mengandungi 2,900mAh tenaga bateri.

The post Adakah iPhone 8 Ulangi Sejarah Pahit Note7? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Apple Mula Menyiasat Insiden Bateri iPhone 8 Plus Menggelembung

Oktober 2, 2017 0

Peranti bar sahaja dijual seminggu tetapi sudah tular di media sosial insiden dua iPhone 8 Plus yang mengalami masalah bateri menggelembung. Di dalam insiden pertama di Taiwan, seorang pengguna mendakwa skrin iPhone 8 Plus beliau tercabut dari kerangka kerana bateri yang menggelembung. Kejadian berlaku ketika peranti dicas menggunakan pengecas rasmi Apple. Insiden kedua pula berlaku […]

Apple Store Kedua Asia Tenggara Akan Dibuka Di Thailand

September 28, 2017 0

Selepas membuka Apple Store pertama Asia Tenggara di Singapura, ramai yang merasakan Malaysia mungkin akan menjadi negara kedua menerimanya atas sebab ekonomi. Tetapi nampaknya Apple Store akan melompat Tanah Melayu dan mendarat di kota Bangkok menurut laporan The Nation. Laman Apple Thailand telah mula menyenaraikan 13 jawatan untuk pengurus, pegawai khidmat pelanggan, jurujual dan eksekutif […]

Benarkah harga dan tarikh penjualan iPhone 8 di Malaysia ini?

September 28, 2017 0

Ini berita paling hampir tentang ketibaan set rasmi iPhone 8 dan 8 Plus di Malaysia. Laman e-dagang 11street, telah mengumumkan pembukaan tempahan iPhone 8 dan 8 Plus dengan jaminan dari Apple Malaysia. Tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di 11street telah mula dibuka hari ini. 11street turut memaparkan harga bagi tempahan telefon pintar terbaru Apple ini. iPhone 8 64GB – RM3,649 iPhone 8 256GB – RM4,399 iPhone 8 Plus 64GB – RM4,149 iPhone 8 Plus 256GB – RM4,899 Harga ini dilihat lebih tinggi dari jangkaan kami sebelum ini, di mana kami menjagkakan iPhone 8 64GB akan berharga RM3,499 dan iPhone 8 Plus 64GB pula RM4,099. 11street turut menawarkan hadiah percuma bernilai RM200 untuk tempahan awal iPhone 8 dan 8 Plus ini. Ia berupa kabel Remax Lesu (RM19), pelindung kaca tempered KJD (RM69), Powerbank Cager S15 6,000mAh (RM63) dan casing KJD (RM49). Untuk tempahan ini, ia akan dihantar bermula dari 30 Oktober 2017. Jika benar semua maklumat ini, kita akan boleh melihat iPhone 8 dan 8 Plus mula dijual secara rasmi di kedai serta ditawarkan syarikat telekomunikasi pada 30 Oktober juga. Bagaimanapun, masih belum ada kenyataan rasmi mahupun desas-desus terutama dari syarikat telekomunikasi tentang harga dna tarikh penjualan iPhone 8. Tempahan di 11street ini boleh dikatakan masih belum tetap lagi. Tetapi untuk anda yang tidak sabar untuk mengeluarkan duit bagi membuat tempahan iPhone 8 atau 8 Plus, boleh berbuat demikian dengan melawat laman tempahan iPhone 8 dan 8 Plus di 11street. Oh, jangan lupa juga untuk menggunakan ShopBack. Boleh dapat Cashback kalau buat pembelian di 11street.

The post Benarkah harga dan tarikh penjualan iPhone 8 di Malaysia ini? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Saiz RAM Dan Kapasiti Bateri Apple iPhone X Kini Diketahui

September 27, 2017 0

Misteri saiz RAM dan kapasiti bateri Apple iPhone X akhirnya terjawab selepas beberapa minggu dilancarkan. Peranti ini telah memasuki laman pensijilan peranti TENAA di China dan mendedahkan rahsianya. iPhone X disahkan mempunyai memori sebesar 3GB RAM dan bateri sebesar 2716 mAh. Ini adalah saiz RAM yang sama dengan iPhone 8 Plus. Sebagai perbandingan iPhone 8 […]

Konsol Ataribox Menggunakan Linux Dan Cip Pemproses AMD

September 27, 2017 0

Beberapa maklumat baru mengenai konsol Ataribox kini diketahui selepas imej acah diperlihatkan oleh pihak Atari. Menurut laporan Venture Beat, Ataribox ialah konsol yang menggunakan sistem operasi Linux. Dari segi perkakasan ia diperkasakan cip pemproses AMD dan kad grafik Radeon. Ini membolehkan ia memainkan permainan PC, menstrim kandungan video, menjalankan aplikasi, melayari web dan memainkan permainan-permainan […]

Apple macOS High Sierra Kini Sedia Untuk Dimuat-Turun

September 25, 2017 0

Apple pada minggu lepas telah mula menawarkan sistem operasi untuk peranti mudah-alih mereka, iaitu iOS 11. Kini, hari ini, gergasi perkomputeran berkenaan telah pun mula menawarkan sistem operasi untuk Mac yang terbaru, iaitu macOS High Sierra. macOS High Sierra ditawarkan secara percuma, dan menyokong MacBook Air (penghujung 2010 dan terkini), MacBook Pro (pertengahan 2010 dan […]

Sistem Reboot iPhone 8 Dan X Berbeza Berbanding iPhone Terdahulu – Memerlukan Kombinasi Butang Ditekan

September 25, 2017 0

Peranti pintar di tangan anda ialah komputer kompak yang berkuasa. Ia masih lagi sebuah alat elektronik yang kadang kala bermasalah. Seperti biasa apabila berlaku masalah. mematikan dan menghidupkan semula peranti dapat menyelesaikan masalah. Ini terutamanya jika peranti tergantung sehingga gagal berfungsi. Pada iPhone 8 dan iPhone X, langkah untuk melakukan reboot berbeza berbanding iPhone terdahulu. […]

Pelancaran iPhone 8 dan iPhone X Di Malaysia Semakin Hampir?

September 25, 2017 0

Ada mata-mata melaporkan bahawa semua ahli keluarga iPhone terbaru, iPhone 8, iPhone 8 Plus, dan iPhone X sudahpun menerima kelulusan Sirim pada 25 September. Ia mencerminkan bahawa pelancaran secara rasmi peranti itu di Malaysia akan berlaku tidak lama lagi. Ia tidak mengejutkan kerana iPhone 8 dan iPhone 8 Plus itu sudahpun mula dijual di negara jiran, Singapura sejak Jumaat, 22 September 2017. Manakala iPhone X dijangka mula dijual 11 November.   iPhone 8 dilancarkan pada 13 September yang lalu. Berbanding iPhone 7, tidak banyak perubahan yang boleh dilihat baik daripada segi fizikal, mahupun dalamannya. Yang berbeza hanyalah pada cip pemproses A11 Bionic yang dikatakan 25% lebih pantas berbanding Fusion A10. Di Australia, penjualan rasmi iPhone 8 disambut hambar seperti yang dilaporkan akhbar tempatan. Ramai berspekulasi bahawa kebanyakkan pengguna lebih berminat untuk mendapatkan iPhone X yang memiliki rekaan yang lebih radikal berbanding iPhone 8. Tiada harga rasmi diumumkan, tetapi kami sudahpun membuat kira-kira untuk menjangkakan harga keluarga iPhone ini. Jangkaan kami adalah seperti berikut: iPhone 8 64GB = RM3,499 iPhone 8 Plus 64GB = RM4,099 iPhone X 64GB = RM5,199

The post Pelancaran iPhone 8 dan iPhone X Di Malaysia Semakin Hampir? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

DxOMark : iPhone 8 Plus Mempunyai Kamera Pada Telefon Pintar Yang Paling Baik Buat Masa ini

September 22, 2017 0

Dxo sering menilai sokongan kamera pada telefon pintar dan memberikan skor khusus untuknya. Hari ini, mereka akhirnya telah mengeluarkan skor untuk kamera pada iPhone 8 yang baru, sekaligus memperlihatkan iPhone 8 Plus mempunyai skor tertinggi untuk sebarang telefon pintar dengan nilai sebanyak 94. Untuk perbandingan, sebelum ini skor tertinggi dipegang oleh Google Pixel dan HTC […]

1 56 57 58 59 60 90