Sistem Pengoperasian

Fungsi Timeline Tidak Akan Disertakan Pada Kemaskini Windows 10 FCU

Julai 3, 2017 0

Microsot telah mengumumkan kemaskini Windows 10 Fall Creators Update pada bulan Mei lepas, dan dijangka hadir sekitar September kelak. Ketika pengenalannya, sejumlah ciri-ciri baru telah diperkenalkan bersama, termasuk salah satunya yang dinamakan sebagai Timeline. Melalui Timeline, pengguna boleh melihat pelbagai fail, laman web dan tugasan yang mereka lakukan sebelum ini mengikut tarikh. Ini sangat berguna […]

Samsung Dilaporkan Membelanjakan $21 Billion Untuk Membuka Kilang Skrin OLED Bagi Memenuhi Keperluan Apple

Julai 3, 2017 0

Pengeluar skrin OLED bagi peranti pintar terbesar di dunia ialah Samsung. Gergasi Korea Selatan ini sudah bertahun menggunakan skrin OLED pada peranti pintar keluaran mereka. Kos penghasilan panel kini semakin murah dan hasilnya permintaan meningkat dengan mendadak. Bagi memenuhi keperluan yang semakin meningkat, Samsung dilaporkan membelanjakan $21 Billion (~RM 90 Billion) untuk membuka kilang OLED […]

Anda Kini Boleh Mendapatkan iPhone 5S Pada Harga Serendah RM999

Jun 30, 2017 0

iPhone 5S adalah model iPhone yang telah diperkenalkan pada tahun 2013 yang lepas. Ia telah pun dihentikan penjualan melalui Apple Online Store, tetapi masih terdapat beberapa pengedar yang menjualnya untuk menghabiskan stok sedia ada. Terkini, salah satu pengedar produk Apple di Malaysia, iaitu Machines mula menawarkan iPhone 5S pada harga serendah RM999. iPhone 5s hadir […]

Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone

Jun 30, 2017 0

APPLE Inc meraikan ulang tahun ke-10 iPhone pada minggu ini, sekali gus mengimbas kenangan permulaan yang sukar bagi penghasilan peranti yang akhirnya mencetus revolusi telefon pintar.

Apple telah menjual lebih

The post Apple Raikan Ulang Tahun Ke-10 iPhone appeared first on TECHOAIS.COM.

macOS High Sierra Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Jun 29, 2017 0

Apple pada minggu ini telah mula menawarkan iOS 11 Beta kepada umum untuk mencubanya pada peranti mudah-alih. Kini, selain daripada iOS, pihak Apple juga telah mula menawarkan macOS High Sierra dalam bentuk beta terbuka kepada semua. Sebelum ini, versi pembangunan ini hanya ditawarkan kepada para pembangun sahaja yang perlu membayar untuk mendapatkan akses. Bagi anda […]

Kemaskini Windows 10 Akan Datang Bakal Melindungi Fail Anda Daripada Ransomware

Jun 29, 2017 0

Salah satu masalah utama apabila diserang oleh perisian hasad ransomware adalah dimana ia akan mengubah dan menyulitkan semua fail dan dokumen anda – sekaligus membuatkan ia tidak boleh diakses oleh anda. Microsoft kini cuba mengatasi masalah berkenaan dengan fungsi Controlled Folder Access pada kemaskini Windows 10 akan datang. Melalui ciri baru ini, ia akan memantau […]

Apple iOS 11 Beta Kini Boleh Dimuat-Turun Oleh Semua

Jun 27, 2017 0

Apple telah mengumumkan iOS 11 pada awal bulan Jun ini, dan sejak daripada itu, mereka telah menawarkannya kepada para pembangun untuk mengujinya. Kini, bermula hari ini, versi pembangunan sistem operasi mudah-alih terbaru berkenaan juga boleh dicuba oleh semua pengguna dengan peranti iOS tanpa memerlukan akaun pembangun. Apa pun, seperti biasa, hendaklah diketahui yang mana ini […]

Apple Store Chicago Mempunyai Bumbung Yang Kelihatan Seperti MacBook

Jun 25, 2017 0

Apple Store pertama di Asia Tenggara akhirnya dibuka di Orchard Road bulan lalu. Ia mempunyai keunikan di mana keperluan elektrik dihasilkan sepenuhnya menggunakan sumber lestari mesra alam. Di Chicago sebuah Appl Store baru sedang alam pembina dan keunikannya terletak pada rekaan bumbung yang kelihatan seperti sebuah penutup MacBook. Bangunan ini direka oleh firma Fosters + […]

Perisian Hasad Pada Mac Mencecah 700000 Pada Suku Pertama Tahun Ini

Jun 25, 2017 0

Alasan yang kerap kami dengari mengapa individu memilih menggunakan Mac ialah ia lebih selamat berbanding Windows. Jumlah virus dan perisian hasad adalah lebih kecil. Tetapi dengan kepopularan Mac OS sejak kebelakangan ini, jumlah perisian hasad juga didapati semakin meningkat menurut McAfee. Pada suku pertama 2017, sebanyak 700000 perisian hasad berjaya dikesan. Ini adalah peningkatan sebanyak […]

iPhone SE Yang Dibuat Di India Mula Memasuki Pasaran Pada Harga Lebih Murah

Jun 24, 2017 0

Apple memulakan pemasangan iPhone SE di India pada penghujung bulan Mac. Dengan pengilangan di India, Apple layak menerima insentif Made In India yang mengurangkan duti yang perlu dibayar kepada kerajaan. Peranti-peranti yang dibuat di India ini sudah mula dijual di India semalam. Harga jualan iPhone SE 32GB buatan India ialah ₹ 27,200 (~RM 1808) dan […]

1 58 59 60 61 62 81