Sistem Pengoperasian

6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook

September 13, 2017 0

Tengah malam ini, jam 1 pagi waktu Malaysia, Apple akan melancarkan model terbaru telefon pintar mereka. Apa yang membuatkan ia istimewa adalah kerana tahun ini mencatatkan tahun kesepuluh kelahiran iPhone. Seperkara lagi, peminat iPhone sangat teruja menantikan rekabentuk iPhone baru kerana ia tidak mengalami perubahan sejak 3 model sebelum ini. Jadi, apakah yang mungkin Tim Cooks perkenalkan kepada dunia malam nanti? Hasil kajian di internet memberikan beberapa petunjuk penting yang kami rumuskan di bawah ini. 1. Tiga model iPhone akan diperkenalkan Pada awalnya dikhabarkan model yang akan dilancarkan adalah iPhone 7s, iPhone 7 Plus dan iPhone 8. Tetapi khabar angin yang lebih kencang bertiup mengatakan tiga model yang akan diperkenalkan adalah iPhone X, iPhone 8 dan 8 Plus. Kenapa X? Sudah pasti kerana ulangtahun ke-10 iPhone. iPhone X dijangka menjadi model utama dengan perkakas terbaik, manakala iPhone 8 dan 8 Plus merupakan penambahbaikan dari model iPhone 7. Mungkin juga ia akan menerima nama yang lebih istimewa selain iPhone X. iPhone 8 iPhone 8 Plus iPhone X pic.twitter.com/OVLfhLxTdT — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 2. Pengecas wayarles Apple sememangnya lambat menampilkan teknologi baru di dalam iPhone, tetapi bila dilaksanakan ia sering menjadi ikutan. Samsung telah lama memuatkan pengecas wayarles sejak Galaxy S6 lagi dan diteruskan ke dalam Galaxy S7, S8 serta Note8. Tetapi pengecas wayarles bukan bermakna ia tiada sentuhan langsung. Telefon pintar masih perlu bersentuhan, tetapi tidak lagi perlu mencucuk kabel ke dalam port pengecasan. Hanya letak dan tinggal. 3. Skrin penuh hujung-ke-hujung Mengikut trend tahun ini, iPhone yang baru dilihat sangat pasti akan datang dengan skrin yang memenuhi ruang hadapan, dengan bezel yang sangat nipis. iPhone 8 (encased) pic.twitter.com/9LpARCAML2 — Evan Blass (@evleaks) August 8, 2017 4. Tiada butang fizikal Home Sejak kemunculan pertama iPhone, butang Home adalah satu-satunya butang di hadapan iPhone. Tetapi dengan penggunaan skrin penuh di iPhone yang baru, butang fizikal yang sekian lama ada ini bakal dihapuskan. Apple benar-benar mahu menjadikan iPhone sebagai telefon pintar dengan nisbah skrin berbanding badan terbesar. Jadi di manakah pengimbas capjari Touch ID? Ia mungkin masih di hadapan, diintegrasikan ke dalam skrin. 5. Kamera 3D dan pengecaman wajah Jika pengimbas capjari tiada di hadapan, ia mungkin digantikan dengan sistem pengecaman wajah. Kamera hadapan iPhone yang baru ini dikatakan berkemampuan mengecam wajah secara 3 dimensi dan ia mungkin lebih mudah dan tepat digunakan berbanding pengimbas capjari. 6. Harga yang jauh lebih mahal Walaupun harga iPhone di Malaysia dilihat semakin mahal dengan pengenalan model baru, sebenarnya harganya tidak banyak berubah di dalam Dolar Amerika. Tetapi model terbaru iPhone kali ini mungkin akan melompat jauh dari harga iPhone 7 sebelum ini. Mungkin mengikut jejak langkah Samsung dalam perbezaan harga Galaxy Note7 dan Note8. Selain telefon pintar iPhone yang baru, Apple juga dijangka akan memperkenalkan beberapa lagi produk lain. Antara yang dikatakan akan membuat kemunculan malam ini adalah Apple Watch LTE, Apple TV 4K dan juga Airpods yang baru. Well fortunately there are no actual iPhone 8 or iPhone X renders in the OS, but the LTE Apple Watch and revised AirPods weren't so lucky pic.twitter.com/ddO1vL0PgA — Steve T-S (@stroughtonsmith) September 9, 2017 Anda juga boleh turut serta menonton secara langsung majlis pelancaran iPhone baru ini. Ia boleh ditonton menerusi laman web Apple tetapi hanya menggunakan peranti Apple seperti iPhone, iPad, Macbook dan lain-lain. Untuk komputer Windows 10, ia boleh ditonton hanya menggunakan pelayar Microsoft Edge. Sama-samalah kita berjaga jam 1 pagi nanti untuk menontonnya. [SUMBER: MacRumors, Forbes, Telegraph]

The post 6 perkara tentang iPhone baru yang dijangka diumumkan Tim Cook appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Fungsi baru Apple Watch Series 3 kurang berguna di Malaysia

September 13, 2017 0

Tim Cook memulakan pembentangan produk baru Apple dengan memperingati CEO Apple, Steve Jobs. Malah, acara hari ini diadakan buat pertama kalinya di Teater Steve Jobs, di bangunan Apple yang baru. Kemudian, produk pertama pun diperkenalkan. Tim Cook memperkenalkan jam pintar terbaru, Apple Watch Series 3. Generasi ketiga jam pintar Apple ini kini dilengkapi keupayaan membuat panggilan sendiri. Ia bukan sahaja mengekalkan semua keupayaan sedia ada Apple Watch sebelum ini, malah ia juga mengekalkan reka bentuk yang sama nipis, sama saiz. Mungkin bosan tanpa perubahan luaran, tetapi ia masih hebat kerana boleh memuatkan antena dan sim, sambil mengekalkan dimensinya. Apple Watch yang baru ini memiliki antena untuk capaian selular, dan ditambah sensor altimeter yang membolehkan pengesanan ketinggian dibuat. Seperti berapa banyak anak tangga telah didaki. Memuatkan sim bersaiz nano merupakan satu masalah besar, kerana itu Apple menggunakan sim elektronik atau eSIM di dalam Apple Watch Series 3. Perkara ini mungkin sedikit sukar di Malaysia, kerana belum ada penyedia eSIM. Satu lagi tambahan baru yang menarik, adalah kemampuan memainkan lagu terus dari Apple Watch. Dengan sambungan terus ke internet, jutaan lagu internet di Apple Music boleh dimainkan terus dari Apple Watch Series 3. Kerana itu juga, hanya 9 buah negara akan mula menjual Apple Watch Series 3 selular tahun ini, seawal 22 September 2017. Apple turut menghasilkan model tanpa keupayaan LTE, yang akan dijual di lebih banyak negara. Apple juga mengumumkan kesemua jam pintar Apple Watch akan menerima kemaskini WatchOS 4 terbaru, di antaranya lebih banyak pilihan muka jam. Lebih banyak tali jam juga akan disediakan, dengan kerjasama dari jenama terkenal seperti Nike dan Hermes. Dengan ketibaan model baru, menjadikan model lama menerima penurunan harga. Apple Watch Series 1 akan dijual pada harga bermula USD399. Manakala Apple Watch Series 3 bermula dari USD329, dan model selular pula berharga dari USD399. Pengeluaran Apple Watch Series 2 akan dihentikan. Kenali lebih lanjut jam pintar terbaru Apple ini di laman produk Apple Watch Series 3.

The post Fungsi baru Apple Watch Series 3 kurang berguna di Malaysia appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Nama iPhone 7s lebih tepat untuk iPhone 8

September 13, 2017 0

Slot pembentangan memperkenalkan iPhone 8 dirasakan sangat pantas dan ringkas. Ia mungkin dibuat kerana tidak banyak perubahan pada iPhone 8 berbanding iPhone 7. Malah kebanyakan khabar angin yang berlegar beberapa hari sebelum ini hampir tepat kesemuanya. Selepas Apple Watch Series 3 diperkenalkan, Tim Cook dengan pantas membuat pengenalan tentang iPhone 8. Beberapa slaid awal terus membuktikan, rekaan iPhone 8 saling tidak tumpah dengan iPhone 6, atau iPhone 7. Ini adalah slaid iPhone 8, bukan iPhone 7 Perubahan ketara di bahagian luaran iPhone 8 adalah badan belakangnya tidak lagi diperbuat dari besi, sebaliknya ia menggunakan kaca. Perubahan ini dibuat untuk memberikan iPhone 8 satu fungsi baru yang penting, iaitu pengecasan wayarles. Nasib baik Apple memilih untuk menggunakan standard Qi bagi pengecasan wayarles ini, tidak membuat standard baru yang mementingkan diri. Jadi, iPhone 8 boleh dicas dengan mana-mana pengecas wayarles Qi yang sedia ada dalam pasaran, sama seperti Samsung Galaxy S6, S7 dan S8. Pemproses sentiasa menerima kemas kini dalam generasi baru iPhone. Bagi iPhone 8, ia dibekalkan pemproses serba baru A11 Bionic. Ia memiliki CPU 6-teras yang lebih berkuasa, serta GPU rekaan Apple yang pertama di dalamnya. Perkara lain yang dikekalkan adalah seperti pembesar suara stereo, pengimbas cap jari Touch ID, kalis air dan debu IP67 serta paparan Retina HD. Kemasukan baru yang dikesan adalah seperti Bluetooth 5.0 dan sokongan pengecasan pantas. Di bahagian kamera, sedikit naik taraf diberikan. Kamera belakang di iPhone 8 Plus, kedua-dua lensa kini dibekalkan OIS. Mod potret yang popular di iPhone 7 pula, akan menerima fungsi tambahan pencahayaan ala-ala studio. Rakaman video gerak perlahan dalam resolusi HD Penuh 1080p ditambah sokongan 120fps dan 240fps. Apple turut mengubah jenis storan bagi iPhone 8, kepada 64GB dan 256GB sahaja. Tiada lagi storan 32GB. Pilihan warna juga dikurangkan kepada tiga jenis, iaitu Silver, Space Grey dan Gold yang berlainan dari warna emas biasa. Masuk ke bab harga, seperti dijangka harganya meningkat berbanding iPhone 7. Tetapi pengguna menerima storan berganda. iPhone 8 dengan storan 64GB dijual pada harga USD699, manakala iPhone 8 Plus 64GB pula USD799. Dengan kenaikan harga USD ini, pastinya harga Ringgit Malaysia turut meningkat. Bersiap sedialah melihat harga iPhone 8 bermula lebih dari RM3,199 dan bagi iPhone 8 Plus pula melebihi RM3,799. Penjualan gelombang pertama akan bermula pada 22 September, manakala gelombang kedua yang terdapat Singapura di dalamnya, bermula dari 29 September. Belum ada berita tentang ketibaannya di Malaysia, tetapi ia mungkin dalam masa sebulan dari tarikh jualan pertama. Sementara itu, kaji dengan lebih mendalam tentang telefon iPhone baru ini di laman produk iPhone 8. Ada satu lagi perkara…..

The post Nama iPhone 7s lebih tepat untuk iPhone 8 appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

iPhone Lain Turun Harga Sejurus Ketibaan iPhone 8 & X

September 13, 2017 0

iPhone memang terkenal dengan hayat penggunaan yang panjang berbanding Android. Walaupun Android menang daripada segi spesifikasi teknikal, tiada yang boleh melawan iPhone daripada sudut sokongan sistem operasi. iPhone SE kini yang termurah boleh dibeli di laman Apple Pelancaran iPhone 8 dan X bukan saja membawa kegembiraan pada golongan yang menanti setiap produk baru Apple, ia juga menguntungkan pengguna yang sudah lama membidik iPhone generasi terdahulu. Sejurus pelancaran iPhone generasi terbaru, harga iPhone SE, 6s, dan 7 terus diturunkan sehingga RM450 daripada harga pelancaran. Butiran lanjut tentang penurunan harga adalah seperti berikut: iPhone SE 32GB – RM1,949 RM1,749 iPhone SE 128GB – RM2,449 RM2,249 iPhone 6s 32GB – RM2,699 RM2,249 iPhone 6s 128GB – RM3,199 RM2,749 iPhone 6s Plus 32GB – RM3,199 RM2,749 iPhone 6s Plus 128GB – RM3,699 RM3,249 iPhone 7 32GB – RM3,199 RM2,749 iPhone 7 128GB – RM3,699 RM3,249 iPhone 7 Plus 32GB – RM3,799 RM3,349 iPhone 7 Plus 128GB – RM4,299 RM3,849 Jika RM1,749 anda rasakan masih belum cukup murah, ada iPhone yang dijual pada RM1,499 tetapi tidak disenaraikan dalam laman web Apple. iPhone 6 32GB dijual secara luar talian saja dan sangat terhad. Terus ke laman rasmi Apple Malaysia untuk melihat potongan harga itu.

The post iPhone Lain Turun Harga Sejurus Ketibaan iPhone 8 & X appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Butang Home Dikorbankan Demi Paparan Nirbingkai iPhone X

September 13, 2017 0

Rekaan iPhone 8 tidak banyak berubah sejak 3 tahun lalu yang menyebabkan ramai yang menyoalkan Apple selaku pemacu inovasi dunia teknologi. Tapi Apple masih kekal berinovasi melalui iPhone X (baca: “iPhone Sepuluh”), sebuah telefon yang menerima rekaan yang radikal. iPhone X, telefon nirbingkai sebesar 5.5″ Ia adalah jawapan Apple terhadap trend telefon nirbingkai yang semakin mendapat tempat dalam arus perdana masa kini. Bagi merealisasikan telefon nirbingkai itu, Apple terpaksa melakukan beberapa kompromi. Sedang kebanyakkan pengeluar memindahkan butang Home yang turut berfungsi sebagai pengimbas cap jari, Apple lebih rela membuang terus butang itu. Ia menjadikan telefon ini sebagai iPhone pertama yang tiada butang Home fizikal dalam sejarah telefon itu. Fungsi Touch ID diganti dengan Face ID Butang Home digital, digunakan menggalas tugas tersebut. Ketiadaan Touch ID pula digantikan dengan Face ID. Ia sama seperti Face Unlock yang diguna pakai Android tetapi dikatkan Apple lebih canggih kerana ia dikawal selia oleh kecerdasan buatan. Paparan adalah sesuatu yang paling ketara pada iPhone X. Ia menggunakan paparan Super Retina Display dengan resolusi 1125 x 2336 sebesar 5.8″. Ini kali pertama iPhone menggunakan paparan OLED. Pada bahagian dahi telefon, panel OLED terpaksa diberikan bentuk khas bagi menempatkan speaker, kamera depan, dan sejumlah sensor. Implementasi ini saling tak tumpah seperti Essential Ph-1. Seperti dua iPhone 8 yang dilancarkan, iPhone X memiliki segalanya pada papan utamanya. Ia menerima cip A11 Bionic bersama-sama RAM 3GB. Pada bahagian bateri, Apple memang tidak pernah memberikan perincian bateri. Tetapi mereka memakluman iPhone X tahan dua jam lebih lama berbanding iPhone 7. Selain itu, iPhone X juga mempunyai teknologi pengecasan wayarles, setelah sekian lama diminta penggunanya. Tidak banyak perubahan yang boleh diharapkan pada bahagian kamera belakang iPhone X. Berbanding iPhone 7, kamera telefoto pada iPhone X kini adalah F2.4 berbanding F2.8. Spesifikasi yang lain adalah sama. Sungguhpun begitu, oleh sebab cip yang nyata berkuasa, pengguna kini boleh merakam video 1080p pada kadar sepantas 240fps. Kamera depan pula kekal pada 7MP tetapi kini dikenali sebagai TrueDepth Camera. iPhone X akan mula dijual bermula 3 November pada harga USD999 (RM4,202) untuk varian 64GB atau USD1,149 (RM4,833) untuk vaian 256GB.

The post Butang Home Dikorbankan Demi Paparan Nirbingkai iPhone X appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Pengecas Pantas Untuk iPhone X dan iPhone 8 Dijual Berasingan – Harga Bermula Dari RM229

September 13, 2017 0

Selamat datang ke dunia pengecasan pantas kepada Apple iPhone 8, 8 Plus dan X. Setelah bertahun bertegas tidak menyokong fungsi yang telah menjadi standard pada platform Android sejak beberapa lama, Apple akur dengan permintaan peminat. Ketiga-tiga model iPhone terkini boleh dicas sehingga 50% dalam masa hanya 30 minit. Tetapi Apple tidak menyertakan pengecas pantas dengan […]

Perbandingan Apple iPhone 8 Plus, OnePlus 5 Dan Huawei P10 Plus

September 13, 2017 0

Apple iPhone 8 dilancarkan dan ini menandakan kali pertama dalam masa lima tahun versi “S” tidak dilancarkan. Angka melangkau terus ke 8 tahun ini. Apple iPhone 8 Plus sama seperti tahun lalu dilengkapi skrin 5.5″ IPS LCD dengan sistem dwi kamera. Ia kini akhirnya menyokong pengecasan pantas dan tanpa wayar dengan aksesori berasingan. Kami merasakan […]

Perbandingan Apple iPhone X, LG V30 Dan Samsung Galaxy Note 8

September 13, 2017 0

Apple iPhone X dilancarkan dan merupakan peranti pertama Apple dengan skrin OLED. Angka melangkau terus ke 10 seperti Samsung melangkau Galaxy Note 6 tahun lalu. Apple iPhone X berbeza dengan iPhone 8 Plus kerana skrin yang lebih besar, tiada butang home fizikal. tiada TouchID dan kamera berkembar dwi-iOS. Di dalam kategori ini, LG V30 dan […]

Apple iPhone X Diumumkan, Skrin Tanpa Bezel Dan Animoji Bergerak

September 13, 2017 0

Selain pelancaran Apple iPhone 8 dan iPhone 8 Plus, Apple turut memperkenalkan sebuah peranti serba baru yang dinamakan sebagai Apple iPhone X (Ia disebut sebagai iPhone Ten). Peranti ini tidak memiliki sebarang butang di bahagian hadapannya, malah pengimbas cap jari juga telah digugurkan dan digantikan dengan Face ID yang menggunakan pengenalan wajah melalui kamera hadapan untuk membuka peranti. Di hadapannya...

The post Apple iPhone X Diumumkan, Skrin Tanpa Bezel Dan Animoji Bergerak appeared first on Mesra Mobile.

Apple iPhone 8 Dan 8 Plus Kini Rasmi : Rekaan Kaca & Pengecas Tanpa Wayar

September 13, 2017 0

Apple baru sahaja mengadakan satu majlis khas awal pagi tadi yang berlansung di Steve Jobs Theater. Dalam majlis tersebut beberapa produk baru diperkenalkan termasuk Apple Watch 3, Apple TV 4K , Apple iPhone 8, iPhone 8 Plus dan juga sebuah peranti serba baru Apple iPhone X. Menjadi perkara utama pada majlis tersebut sudah tentunya model baru iPhone 8 dan iPhone...

The post Apple iPhone 8 Dan 8 Plus Kini Rasmi : Rekaan Kaca & Pengecas Tanpa Wayar appeared first on Mesra Mobile.

1 59 60 61 62 63 90