Windows

Projek Dwi-Boot ‘Alt OS’ Dari Google Dihentikan Buat Sementara Waktu

Mei 15, 2019 0

Chrome OS adalah sistem operasi yang ringan. Namun untuk menjalankan sistem operasi ini pada sesebuah peranti, spesifikasi yang tinggi diperlukan. Kemudian, Chrome OS juga tidak mempunyai kemudahan yang mencukupi seperti Windows. Jadi, Google telah memulakan projek ‘Alt OS‘ untuk dwi-boot Windows dan Chrome OS pada satu peranti. ‘Alt OS‘ ini adalah satu projek yang dikhususkan […]

Lenovo Memperkenalkan Komputer Windows Pertama Dengan Skrin Boleh-Lipat

Mei 14, 2019 0

Pada tahun ini, kita telah sedia melihat beberapa telefon pintar dengan skrin boleh-lipat diperkenalkan. Menariknya, kini Lenovo turut mengorak langkah dalam memperkenalkan komputer riba prototaip menggunakan skrin boleh-lipat mereka tersendiri, dibawah jenama ThinkPad. Lenovo menggunakan skrin OLED daripada LG Display untuk menjayakan peranti ini, dan menyasarkan untuk memasarkannya sekitar 2020 kelak. Ia menggunakan panel bersaiz […]

Microsoft Bakal Hadir Dengan Aplikasi Terminal Baru Untuk Windows 10

Mei 6, 2019 0

Microsoft hari ini telah mengadakan acara BUILD, dimana mereka berkongsi sejumlah perkara baru yang akan dibawakan oleh Microsoft tidak lama lagi. Salah satunya adalah perisian Windows Terminal baru. Windows Terminal dijangka ditawarkan sekitar Jun 2019 ini, dimana ia akan menawarkan sejumlah perkara baru bersama-sama dengannya. Antaranya adalah termasuk sokongan tema berwarna, kemudahan untuk menyertakan emoji, […]

Microsoft Solitaire Kini Ditempatkan Sebagai Salah Satu Permainan Video Yang Termasyhur Di Dunia

Mei 5, 2019 0

Microsoft Solitaire merupakan permainan yang ditawarkan pada sistem operasi Windows secara terbina. Ia merupakan permainan daun terup yang cukup popular, membuatkan ia kini digelar sebagai salah satu permainan video yang termasyhur di dunia. Penghargaan ini diberikan oleh Muzium Permainan Nasional daripada The Strong bagi anugerah World Video Game Hall of Fame 2019. Mereka memberikan penghargaan […]

Windows 10 Akan Nyah-Pasang Kemaskini Bermasalah Secara Automatik

Mac 13, 2019 0

Windows 10 merupakan sistem operasi masa kini yang ditawarkan Microsoft, dimana kemaskini baru diperkenalkan hampir setiap enam bulan sekali. Dengan penawaran kemaskini dengan lebih pantas, ia sekaligus membawa kepada kerisauan para pengguna untuk menaik-tarafnya, risau akan yang mana kemaskini berkenaan mungkin membawa masalah kepada komputer mereka. Kini, sebagai mengatasinya, Microsoft dilihat mengintegrasikan sokongan nyah-pasang kemaskini […]

Microsoft Menerbitkan Kod Sumber Windows Calculator Di Github

Mac 6, 2019 0

Microsoft sejak dua tahun ke belakangan ini boleh dikatakan agak aktif dalam menyokong pembangunan sumber terbuka. Sebelum ini mereka telah menerbitkan kod sumber File Manager dari Windows 3.0 bagi membolehkan para pembangun menggunakan kod pengurusan fail tersebut. Kini, kod sumber daripada salah satu perisian Windows popular iaitu Calculator telah diterbitkan secara terbuka. Microsoft telah menerbitkan […]

Akhirnya Setelah Sekian Lama, Pushbullet Dikemaskini Dengan Rekaan Material Design

Februari 12, 2019 0

Pushbullet adalah satu perkhidmatan untuk memaparkan notifikasi daripada peranti Android kepada Windows. Teknologi Pushbullet ini diperkenalkan sebelum Windows 10 sokong paparan notifikasi, sebelum WhatsApp web atau Android Message web hadir lagi. Tambahan fungsi Pushbullet adalah ia mampu menyalin dan menampal tesk secara universal. Ini bermakna jika anda salin teks dari Adnroid, ia boleh ditampal dalam […]

Pemasangan Windows 10 Akan Memaparkan Lebih Maklumat Dalam Memudahkan Anda Melakukan Semakan Ralat

Februari 1, 2019 0

Pada sistem operasi Windows hari ini, kebiasaannya ia akan memaparkan masalah ralat sistem dalam bentuk angka kod – sekaligus sering menyukarkan pengguna memahami masalah sebenar yang dihadapi sistem komputer mereka. Hal ini dijangka akan berubah tidak lama lagi. Melalui WinFuture, pihak Windows kini berkongsi, melalui kemaskini akan datang Windows 10, sistem operasi berkenaan akan memaparkan […]

Opera 58 Akan Memberikan Amaran Sebelum Menutup Tetingkap Dengan Multi-Tab Terbuka

Januari 23, 2019 0

Menjadi kebiasaan untuk ramai pengguna membuka multi-tab pada sesuatu tetingkap pelayar web – dan menggunakannya dalam melayari web dan mengakses pelbagai kandungan dengan mudah dan pantas. Walaubagaimanapun, salah satu perkara yang mungkin dibenci anda adalah apabila anda tertekan butang tutup sesuatu tetingkap pelayar web – sekaligus menutup semua tab yang anda buka. Opera melalui Opera […]

Microsoft: Cortana Bukan Lagi Pesaing Kepada Google Assistant Atau Alexa – Mempunyai Fokus Tersendiri

Januari 20, 2019 0

Cortana adalah pembantu maya oleh Microsoft. Ia mula diperkenalkan untuk Windows Phone dan boleh dikatakan adalah antara pembantu maya terawal yang hadir secara terbina dalam sesebuah peranti pintar. Tetapi Cortana lambat untuk maju, jadi Google Assistant dan Amazon Alexa telah mendahului banyak langkah ke hadapan. Apakah nasib Cortana? Bulan November tahun lepas, Microsoft dilihat telah […]