TechSemut Malaysia

Snapdragon 835

    Peranti Realiti Maya Kendiri Vive Focus Dilancarkan Secara Rasmi

Peranti Realiti Maya Kendiri Vive Focus Dilancarkan Secara Rasmi

Pada Julai yang lalu peranti realiti maya kendiri dari Vive diumumkan kewujudannya. Tiada gambar peranti rasmi diperlihatkan. Maklumat yang didedahkan adalah ia kendiri dan diperkasakan pemproses Snapdragon 835. Di acara khas yang berlangsung hari ini, Vive Focus akhirnya dilancarkan secara rasmi. Peranti realiti maya kendiri mempunyai kemampuan mengesan kedudukan 6DOF (Degree of Freedom) tanpa memerlukan […]

0 comment Read Full Article
    Razer Phone Kini Rasmi – Telefon Pintar Dengan Skrin 120Hz Untuk Peminat Tegar Permua

Razer Phone Kini Rasmi – Telefon Pintar Dengan Skrin 120Hz Untuk Peminat Tegar Permua

Rekaan, spesifikasi dan video ulasan awal Razer Phone telah tertiris awal. Pagi tadi akhirnya ia telah dilancarkan secara rasmi oleh Razer di sebuah acara khas di New York. Razer Phone ialah telefon pintar yang direka khas untuk peminat tegar permua. Dari segi spesifikasi ia dilengkapi skrin 5.7″ IPS LCD IGZO QHD dengan kadar segar semula […]

0 comment Read Full Article
    Komputer Riba Windows 10 Berasaskan ARM Dijangka Menawarkan Penggunaan Bateri Lebih Sehari

Komputer Riba Windows 10 Berasaskan ARM Dijangka Menawarkan Penggunaan Bateri Lebih Sehari

Microsoft sebelum ini telah sedia berkongsi megenai penawaran Windows 10 yang dioptimasikan untuk ARM. Sejumlah pengeluar dijangka akan menawarkan komputer riba berasaskan cip Snapdragon 835, dan Microsoft juga sedia mempertontonkan kebolehan ia menjalankan beberapa perisian utama – termasuk Adobe Photoshop. Terkini, berkongsi lanjut mengenainya, Qualcomm dan Microsoft mengatakan pengguna akan dapat menikmati masa penggunaan bateri […]

0 comment Read Full Article

Nubia Z17S Dilancarkan – Peranti Utama Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

  Nubia Z17S Dilancarkan – Peranti Utama Semua-Skrin Dengan Empat Kamera

Nubia ialah nama baru di dalam persada pasaran peranti pintar di Malaysia. Sebelum ini kami ada mengulas Nubia M2 yang merupakan peranti kelas pertengahan dengan kemasan premium. Semalam Nubia melancarkan peranti utama baru ia mereka Nubia Z17S. Ia sebuah lagi peranti utama dengan rekaan hampir semua-skrin bernisbah 17:9. Peranti ini dilengkapi skrin 5.73″ FHD+, dijana […]

0 comment Read Full Article

[Test Produk] Nokia 8 Perlu Lekas Perbaiki Kekurangan Untuk Berjaya

Kelebihan Harga yang kompetitif Tiada bloatware Gambar hitam/putih yang cantik daripada kamera sekunder Teknologi rakaman audio spatial melalui Nokia Ozo Kekurangan Apps kamera yang kurang intuitif & ber-bug Butang kapasitif kekal, tidak boleh bertukar fungsi Pendahuluan Nokia 8 adalah flagship pertama yang dihasilkan HMD sejak pengambilalihan jenama Nokia daripada Microsoft. Sebelum tiba ke Nokia 8, kita sudahpun dihidangkan dengan ada Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6 yang menjadi ujian litmus HMD untuk melihat penerimaan pengguna terhadap Nokia. Ramai yang ternanti-nanti bilakah Nokia akan menggunakan Android sejak zaman Lumia lagi dan tahun ini adalah jawapannya. Nokia 8 miliki panel paparan 5.3″ beresolusi QHD Arena flagship tahun ini menerima satu penyertaan baru dan pada harga RM2,299, pesaing ini tidak boleh dipandang ringan kerana untuk segmen flagship bawah RM2,500 kita ada Xiaomi Mi 6 dan OnePlus 5 yang sudahpun terkenal sebagai peranti flagship mampu milik. Seperti kebanyakkan pengeluar Android premium yang lain, Nokia turut menekankan bahagian kamera sebagai ciri utama pada Nokia 8 lagi-lagi dengan adanya cap Zeiss pada kamera berkembar belakang telefon ini. Implementasi kamera berkembar pada Nokia 8 menyerupai Huawei P10 kerana salah satu kameranya hanya mengambil gambar hitam putih. Badan Nokia 8 ditempa daripada sebongkah alumunium siri 6000 Ia dikatakan meningkatkan butiran pada gambar apabila imej hitam/putih digabungkan dengan imej berwarna daripada kamera sebelahnya. Mari kita imbas kembali spesifikasi asas Nokia 8. Pada papan utama, pengguna akan menemui cip Snapdragon 835 bersama-sama RAM 4GB. Storan 64GB disediakan tetapi boleh diperluas melalui slot SIM/mikro-SD hibrid. Semua kamera pada Nokia 8 menggunakan sensor 13MP dengan apertur F2.0 dan bateri yang menguasakan segala komponen elektroniknya adalah bateri 3,090mAh. TheSkop berpeluang untuk memandu uji Nokia 8 selama 2 minggu untuk menilai bolehkan ia bersaing dengan flagship lain. Baca carapan awal kami terhadap Nokia 8. Halaman Berikutnya: Prestasi & Pengalaman Mengguna Menggunakan cip terkini Qualcomm, sudah pasti prestasi telefon yang diharapkan oleh pengguna adalah sekurang-kurangnya mampu menyaingi telefon yang memiliki spesifikasi hampir serupa. Menurut ujian Antutu, Nokia 8 mencatatkan skor menghampiri 175K dan memang tergolong dalam telefon seperti OnePlus 5, Galaxy S8+ dan Mi 6. Ujian Antutu Nokia 8 Ujian Geekbench Nokia 8 Geekbench turut menunjukkan hasil yang dijangka. Sungguhpun berjaya menewaskan peranti flagship tahun 2016 yang menggunakan cip Snapdragon 820/821, Nokia 8 gagal menewaskan mana-mana telefon ber-Snapdragon 835. Pada bahagian bateri, HMD menggunakan bateri berkapasiti 3,090mAh pada Nokia 8. Ia agak kecil berbanding telefon yang lain seperti: Galaxy Note8 — 3,300mAh Galaxy S8+ — 3,500mAh HTC U11 — 3,000mAh Huawei P10 Plus — 3,750mAh Mi 6 — 3,350mAh OnePlus 5 — 3,500mAh Tapi, kehadiran cip 10nm pada Nokia 8 memberikan masa penggunaan yang baik. Penggunaan melebihi sehari adalah perkara biasa pada telefon ini dengan Screen-on-Time (SOT) sekurang-kurangnya 5 jam berjaya diperoleh. Pengecasan pantas QuickCharge 3.0 pada Nokia 8 juga berfungsi dengan baik. Misalnya, daripada bateri yang hampir 0%, masa yang diambil untuk mengisi 50% adalah sekitar 30-35 minit dengan tiada masalah kepanasan melampau diperhati. Sepanjang penggunaan, kami tidak menghadapi apa-apa masalah lagging dan ‘force close’. Ia mungkin disumbang oleh tahap kecekapan yang dipamerkan Android tulen pada telefon ini. Penggunaan amat lancar dan memuaskan. Sungguhpun pengimbas cap jari berfungsi seperti sepatutnya, ia masih tak dapat menyaingi yang ada telefon Oppo dan OnePlus 5 yang jitu dan pantas. Hanya satu speaker disediakan iaitu disebelah port USB-C dan bunyinya agak kuat untuk sebuah speaker kerdil. Ciri unik pada Nokia 8 mengambil gambar “Bothie”. Menggunakan Bothie, kamera depan dan belakang akan mengambil gambar secara serentak dan gambar itu akan sekalikan menjadi satu imej. Lebih menarik, suapan kamera Bothie boleh digunakan untuk Facebook Live dan YouTube Live. Nokia 8, seperti semua telefon yang lain, ada kelemahannya yang tersendiri. Yang paling ketara adalah butang kapasitif yang tidak boleh ditukar fungsinya. Butang kapasitif pada OnePlus 5 boleh diubah. Misalnya, fungsi “Back” boleh ditetapkan pada butang kapasitif kira atau kanan. Butang kapasitif pada Nokia 8 Bahagian apps kamera juga mempamerkan kelemahan yang lebih ketara. Agak janggal kerana Nokia memang terkenal dengan kamera telefon yang berkualiti. Lihat sajalah Nokia 808, Nokia N8, dan Nokia 1020 yang menjadi raja kamera telefon sejak sekian lama. Spesifikasi kamera Nokia 8 Contoh kelemahan paling ketara adalah pada rekaan antara muka (UI) apps kamera Nokia 8. Jika anda menghidupkan fungsi penimbang air, kedudukan penunjuk digital yang dipapar pada UI tidak selari dengan viewfinder kamera apabila anda mengambil gambar dalam format 4:3. Masalah ini selesai apabila format 16:9 digunakan. UI yang kurang kemas Untuk pengguna yang lebih mahir pula, sudah tentu mereka akan mencari mode Manual sekiranya ingin menangkap gambar yang lebih menarik. Dalam mode manual, biasanya pengguna diberikan kelonggaran untuk menukar pemboleh ubah seperti laju pengatup (shutter speed), , ISO, White Balance, dan sebagainya. Namun, mode manual pada Nokia 8 kekurangan perkara seperti shutter speed. Maka jangan beranganlah untuk menangkap gambar long exposure pada waktu malam. Mode Manual yang terhad Tapi janganlah terus meletakkan kamera Nokia 8 sebagai tidak berguna. Ia cuma masalah perisian dan boleh dibaiki dengan mudah dalam kemas kini yang seterusnya. Daripada segi kualiti gambar, tidak banyak yang boleh diadu kerana gambar yang terhasil melalui kamera ini memang cantik. Lihat segmen berikutnya untuk menilai kualiti gambar pada Nokia 8. Halaman Berikutnya: Sampel Gambar Contoh Bothie Halaman Berikutnya: Kesimpulan Untuk orang baru dalam gelanggang flagship, HMD boleh dianggap berjaya menghasilkan sebuah produk yang mampu berikan saingan hebat. Nokia 8 adalah sebuah telefon yang tegap dan berjaya memenuhi hampir semua perkara yang perlu ada pada sebuah telefon premium tahun 2017. Tetapi, penambahbaikkan perlu dilakukan secepat mungkin pada bahagian apps kamera sebelum pengguna naik bosan dan beralih kepada Huawei P10 yang menawarkan pengalaman kamera yang jauh lebih baik. Sensor kamera kebanyakkan telefon Android adalah sangat kecil Penggunaan sensor yang lebih besar adalah sesuatu yang amat ditunggu-tunggu peminat Nokia. Hal ini kerana setakat ini, tiada pengeluar Android yang berani menggunakan sensor kamera yang besar pada telefon mereka. Nokia pula di akhir kegemilangan mereka pernah hadir dengan telefon dengan sensor yang besar seperti Nokia 808 Pureview yang miliki sensor 39% lebih besar berbanding Nokia 8. Ciri Bothie kami rasakan sedikit tak berguna kerana ia bukanlah sesuatu yang selalu digunakan kerana kami tak dapat fikirkan cara kreatif untuk menggunakannya. Ciri Beautify

The post [Test Produk] Nokia 8 Perlu Lekas Perbaiki Kekurangan Untuk Berjaya appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

[Tanggapan Awal] Nokia 8 Gugat OnePlus Selaku Pembunuh Flagship?

Nokia, setelah menempuhi pelbagai cabaran dalam dunia telefon akhirnya menyertai ekosistem Android. Walaupun agak terlewat, ia adalah sesuatu yang dialu-alukan kerana kehadiran Nokia pastinya memeriahkan lagi parti Android. Nokia 8 dengan paparan 5.3″ QHD (2560 × 1440) Mereka telah melancarkan Nokia 3, Nokia 5, dan Nokia 6 tidak lama dulu untuk mengumumkan penyertaan mereka secara rasmi. Sudah tentu Nokia tidak hanya mahu selesa di bahagian kelas pertengahan. Nokia 8 adalah ahli baru dalam komuniti telefon pintar flagship. Badan diperbuat daripada sebongkah Alumunium siri 6000 Antara kekuatan Nokia 8 adalah harganya yang pasti menggugat pesaing yang lain. Sungguhpun begitu, ia tetap diberikan komponen-komponen asas yang diperlukan dalam sebuah peranti flagship tahun ini. TheSkop berpeluang memandu uji Nokia 8 dan apakah pendapat awal kami tentangnya? Teruskan membaca. Nokia 8: Fizikal Badan telefon ini ditempa daripada sebongkah aluminium siri 6000 dan ia memberikan rasa berat dan keselesaan apabila berada dalam genggaman. Bahagian depan telefon ini tidak rata tetapi belakangnya memiliki sisi berlekuk untuk yang meningkatkan tahap ergonomik. Untuk paparan, HMD memberikan telefon ini sekeping LCD sebesar 5.3″ daripada jenis IPS dengan resolusi 2K. Memang tajam paparan ini, menggunakan lensa makro pun masih susah untuk melihat kekotak piksel padanya. Piksel individu amat sukar dilihat walaupun dilihat menggunakan lensa makro Melindungi paparan yang menawan ini adalah kaca Gorilla Glass 5 manakala bahagian belakang telefon ini menerima lapisan nanoperlindungan agar rintang daripada kesan cap jari. Pada bahagian atas paparan terletaknya kamera depan bersama-sama logo Nokia. Kamera dalam positi menegak, sebaris dengan flash dan penembak laser Kamera depan 13MP dengan autofokus PDAF Konfigurasi kamera belakang berkembar digunakan pakai oleh telefon ini. Komponen pembidik fokus laser ditempatkan bersama untuk membidik fokus dengan lebih pantas bersama PDAF. Pengimbas cap jari terletak pada bahagian depan telefon ini dan dia diapit oleh sepasang butang kapasitif. Walau bagaimanapun, butang-butang ini sudah ditetapkan fungsinya; kiri untuk Back dan kanan untuk melihat Recent App. Pengimbas cap jari diapit butang kapasitif Implementasi OnePlus terhadap butang kapasitif ternyata lebih menarik kerana butang kapasitif hanya diberikan tanda noktah. Ia boleh diubah fungsinya bergantung pada keselesaan pengguna. Bahagian bawah telefon ini menempatkan port USB-C disebelah jeriji speaker. USB-C untuk mengecas bateri 3,090mAh dengan pantas menggunakan QuickCharge 3.0 Nokia 8: Spesifikasi Teknikal dan Sistem Operasi HMD memaklumkan kehadiran Nokia 8 tidak langsung untuk melawan gergasi yang sudah lama berada dalam gelanggan ini. Selaku ahli pertama Nokia dalam kategori flagship, Nokia 8 hadir memberikan alternatif kepada pengguna. Pengguna akan menemui cip Snapdragon 835, yang terhebat setakat ini daripada Qualcomm. RAM sebesar 4GB diberikan untuk memproses malkumat. Memang varian 6GB ada, tetapi untuk pasaran Malaysia, varian 4GB diketengahkan dahulu untuk melihat penerimaan pengguna terhadap Nokia 8. Maklumat Nokia 8 di CPU-Z Walaupun, kebanyakkan pengeluar sudahpun mula menerokai penggunaan RAM lebih daripada 4GB, Nokia yakin bahawa penggunaan Android tulen akan memberikan pengalaman mengguna yang lancar. Storan 64GB pada Nokia 8 adalah yang minimum sepatutnya ada pada sebuah flagship 2017. Ia berikutan kemampuan telefon ini merakam video 4K yang pastinya pantas mengisi ruang storan. Antara muka Nokia 8 Antara muka Nokia 8 pada himpunan Apps dan About Antara muka Android pada Nokia 8 kami lihat sangat minimalistik dan kosong. Hanya apps asas disediakan dan semuanya daripada Google. HMD juga memaklumkan yang telefon ini akan menjadi antara yang terpantas menerima Android 8 Oreo. Untuk golongan power user, berita ini pastinya menggembirakan anda. Anda tak perlu lagi menyelongkar XDA Developer untuk mencari custom ROM. Bateri sebesar 3,090mAh diberikan pada telefon ini dengan pengecasan pantas QuickCharge 3.0, tetapi tiada teknologi pengecasan wayarles disediakan. Nokia 8: Kamera & Audio HMD menyertai arena flagship pada tahun 2017. Sudah tentu produk pertama mereka menggunakan konfigurasi kamera berkembar. Kedudukan kamera belakang agak unik. Jika dilihat pada Samsung Galaxy Note8, Huawei P10, OnePlus 5, Apple iPhone 7 Plus, dan Xiaomi Mi 6, mereka semua miliki kedudukan kamera berkembar mendatar sebaliknya Nokia 8 menyusun kamera secara menegak.   Ketiga-tiga kamera (2 belakang dan 1 depan) menggunakan sensor 13MP dengan apertur F2.0. Salah satu kamera belakangnya hanya menangkap gambar hitam putih manakala hanya kamera RGB diberikan fungsi OIS. Ciri-ciri lain yang akan anda temui adalah seperti pembidik fokus laser serta PDAF, flash dwitona, dan yang paling penting, adalah kaca optik daripada Zeiss yang memang memberi impak yang padu pada gambar daripada peranti Nokia. Nokia 8 tidak menggunakan apps kamera Google sebaliknya mereka membangunkan apps kamera mereka sendiri. Apps kamera Nokia 8 agak mentah. Jika anda pernah menggunakan mana-mana telefon Nokia Lumia, anda pasti tidak berkenan dengan apps kamera pada Nokia. Kenapalah Nokia tidak menggunakan antaramuka kamera yang ada pada siri Lumia? Antara muka kamera pada Lumia 1050 Oh ya, mode manual tak langsung memberikan tahap kawalan seperti yang dijangkakan. Mode manual yang terhad Mode Manual dalam kamera sepatutnya memberikan kebebasan untuk mengawal  pemboleh ubah seperti: Metering Titik Fokus Shutter Speed Apertur ISO White Balance EV Pada Nokia 8, pemboleh ubah yang boleh diubah adalah Metering Titik Fokus White Balance EV Mod Manual pada Nokia 8 lebih sesuai dipanggil mode Program. “Bothie” adalah sesuatu yang baru ingin diperkenalkan oleh HMD pada Nokia 8. Ia adalah evolusi kepada “Wefie” kerana ia bukan saja menggunakan satu kamera, malah Bothie menggunakan kamera depan dan belakang secara serentak untuk menghasilkan gambar berdimensi baru. Suapan daripada kamera Bothie boleh digunakan untuk bersiaran langsung pada Youtube ataupun Facebook. Ia adalah yang pertama seumpamanya dalam industri, menurut HMD Gambar landskap Gambar jarak dekat Gambar dari kamera monokrom Gambar dari kamera RGB Pada bahagian audio, Nokia 8 disuntik teknologi OZO Audio. Ia adalah teknologi audio spatial yang dibangunkan Nokia. Menggunakan tiga buah mikrofon yang berkedudukan strategik pada telefon, Nokia 8 mampu membezakan arah dan kekuatan sumber bunyi. Apabila video dengan audio spatial dimainkan, sumber bunyi akan dimainkan mengikut arah kamera ditujukan. Ia memberikan pengalaman seperti penonton berada di tempat kejadian. Nokia 8: Analisis Awal Sebagai telefon flagship Android pertama Nokia 8, ia adalah sebuah telefon yang utuh. Tidak menghairankan kerana ia memang telah tertanam dalam DNA Nokia sejak zaman sebelum Android lagi. Spesifikasi teknikalnya memenuhi keperluan sebuah telefon premium untuk 2017. Walau bagaimanapun, bahagian kamera, lebih-lebih lagi pada apps kamera masih boleh ditambah baik kerana siri Lumia sudahpun membuktikan keupayaan Nokia memangunkan

The post [Tanggapan Awal] Nokia 8 Gugat OnePlus Selaku Pembunuh Flagship? appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

0 comment Read Full Article

Xiaomi Mi MIX 2 Dilancarkan – Snapdragon 835, Tubuh Seramik Dan Tanpa Bicu Audio

  Xiaomi Mi MIX 2 Dilancarkan – Snapdragon 835, Tubuh Seramik Dan Tanpa Bicu Audio

Xiaomi Mi MIX 2 dilancarkan sebentar dan membawakan perubahan berbanding model tahun lalu. Pertama sekali rekaan semua skrin dikekalkan dan kali ini menggunakan skrin bernisbah 18:9 berbanding 17:9 pada Mi MIX asal. Rekaan baru skrin ini mengurangkan saiz dagu peranti sebanyak 12%. Seperti tahun lalu kamera selfie masih lagi diletakkan di bucu bawah sebelah kanan. […]

0 comment Read Full Article

Perbandingan Xiaomi Mi MIX 2, LG V30 Dan Samsung Galaxy S8

  Perbandingan Xiaomi Mi MIX 2, LG V30 Dan Samsung Galaxy S8

Xiaomi Mi MIX 2 dilancarkan dan tidak mengejutkan meneruskan rekaan hampir semua skrin yang dipopularkannya tahun lalu. Skrin tahun ini lebih memanjang dengan nisbah 18:9 berbanding 17:9 tahun lalu. Bingkai peranti pula masih lagi diperbuat daripada seramik dengan pemproses Snapdragon 835 menjadi enjin yang menggerakkan peranti. Mari lihat perbandingan Mi MIX 2 dengan LG V30 […]

0 comment Read Full Article

Xiaomi Mi Mix 2 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 835

  Xiaomi Mi Mix 2 Dijangka Hadir Dengan Cip Snapdragon 835

Xiaomi sedia menjadualkan pelancaran Mi Mix 2 pada awal minggu hadapan, dan beberapa laporan sebelum ini mengatakan ia mungkin hadir dengan Snapdragon 826. Walaubagaimanapun, kini pihak Qualcomm melalui laman Weibo, memperlihatkan yang mana Mi Mix 2 akan dilengkapi cip Snapdragon 835 – seperti sejumlah peranti flagship lain dipasaran. Cip Snapdragon 835 hadir dengan rekaan 10nm […]

0 comment Read Full Article
Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com