Tekken 7

RM180,000 wang tunai habis dikaut pemenang Selangor Cyber Games

Ogos 16, 2017 0

Usai sudah Selangor Cyber Games 2017, acara eSukan yang menyediakan hadiah wang tunai sebanyak RM180,000 kepada pemenang. Empat acara dipertandingkan dan kesemuanya telah berjaya menemui juaranya. Selain pertandingan utama League of Legends The Legends Circuit, tiga lagi pertandingan lain iaitu Piala DotA 2, Piala FIFA Online 3 dan Piala Tekken 7 tidak kurang juga sengitnya. Pasukan Feral Hearts pemenang Dota 2 Bagi Piala DotA 2, pasukan Feral Hearts berjaya menjuarainya sekaligus membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000. Team Name yang tewas di tangan Feral Hearts, masih boleh berpuas hati dengan wang tunai RM10,000 yang dimenangi. Perlawanan bola sepak FIFA Oline 3 pula menyaksikan Kau Hau Tin (NiamaGa1) menewaskan Chia Yuan Juan (Advisor) dalam pusingan akhir, untuk merangkul wang tunai RM10,000. Chia Yuan Juan pula menerima wang tunai RM5,000 dan pemenang tempat ketiga dan keempat masing-masing mendapat RM2,500. Dallen Koay pemenang Tekken 7 Dalam perlawanan jalanan Tekken 7, Dallen Koay berjaya mengekalkan senyuman terakhir selepas menundukkan Mohd Rizan. Dallen yang diumumkan juara terus tersenyum bersama hadiah RM5,000 yang dimenanginya dan memberi laluan kepada Mohd Rizan menerima hadiah RM2,250. Selangor Cyber Games 2017 merupakan tahun keempat ia diadakan, dan diuruskan oleh Mineski Events Team, Garena, Big Machinez dan Majlis Sukan Negeri Selangor. Acara ini menjadi lebih meriah dengan kehadiran penaja iaitu Digi Telecommunications, Lenovo: Legion Gaming Series, Logitech G, TIME Fibre Network, Paradigm Mall dan PeBT. Senarai penuh pemenang Selangor Cyber Games 2017

The post RM180,000 wang tunai habis dikaut pemenang Selangor Cyber Games appeared first on TheSkop.

sumber asal : http://theskop.com

Tekken 7 Di Barat Tidak Akan Mempunyai Watak Roger Jr Kerana Desakan Pencinta Haiwan

April 28, 2017 0

Roger ialah watak kangaroo bijak bertinju yang sudah wujud di dalam siri Tekken sejak 1995. Watak ini sepatutnya kembali di dalam Tekken 7 yang akan dijual pada bulan Jun hadapan. Tetapi bagi peminat Tekken di Barat, watak Roger Jr tidak akan disertakan menurut penerbit eksekutif Katsuhiro Harada. Pihak Bandai Namco terpaksa membuang watak ini di […]

Tekken 7 Akan Hadir 2 Jun Hadapan

Januari 24, 2017 0

Maharaja Pertandingan Tinju Besi! Siri Tekken yang popular di arked akan hadir semula ke konsol serta PC pada 2 Jun ini. Pengumuman tarikh pelancaran permainan