Share Button

Sebagai juara kejohanan terulung Dota 2 The International edisi ketujuh (TI7), Team Liquid membawa pulang hadiah berupa wang tunai berjumlah USD10.8 juta (~RM46.3 juta). Mereka berjaya memenangi hadiah ini selepas menewaskan lawan mereka, Newbee dari China yang turut membawa pulang hadiah lumayan, wang tunai sebanyak USD3.9 juta (~RM16.7 juta).

The International 2017 kali ini menyediakan hadiah wang tunai terkumpul berjumlah USD24 juta (~RM103 juta). Untuk pasukan di tempat terakhir (tempat ke-17 & 18), mereka masih membawa pulang wang tunai sebanyak USD61,648 (~RM264,716).

Jadual perlawanan (Liquipedia DotA 2)

Laluan Team Liquid untuk sampai ke peringkat akhir bukanlah mudah. Walaupun mereka berada di tangga teratas Kumpulan A dan memasuki Upper Bracket (UB), mereka tewas di pusingan pertama yang menurunkan mereka ke Lower Bracket (LB). Dari situ, mereka terpaksa menempuh laluan lebih panjang untuk muncul sebagai pemenang LB.

Team Liquid terus mengejutkan orang ramai di pusingan akhir, apabila berjaya menewaskan Newbee dalam tiga perlawanan pertama (dari lima perlawanan terbaik), sekaligus membawa pulang 44% dari jumlah hadiah terkumpul.

Dalam kisah lain, pencapaian terbaik peserta Malaysia yang menyertai TI7 adalah “Ahfu” Tue Soon Chuan, ahli pasukan LGD.Forever Young (LFY) yang menduduki tempat ketiga dengan hadiah untuk kumpulan berjumlah USD2.5 juta (~RM10.7 juta).

Peserta Malaysia yang lain pula adalah “Ohaiyo” Khoo Chong Xin dan “Ahjit” Lai Jay Son dari pasukan Fnatic yang tewas di pusingan kumpulan, serta “MidOne” Zheng Yeik Nai dari Team Secret yang kalah dalam pusingan LB.

The International 2017 yang dianjurkan oleh Valve, merupakan kejohanan eSukan yang menawarkan hadiah paling banyak buat masa ini. Ia mengumpulkan 18 pasukan terbaik dari seluruh dunia, dengan perlawanan pusingan akhir diadakan di Seattle, Amerika Syarikat.

[SUMBER: Polygon, TheStar]

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

By hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.