Berita Menarik

Tiga duta baru sambut ketibaan pakar selfie OPPO F5

Pembaca : 9
0 0
Share Button

Vivo sudah, Huawei pun sudah. Samsung dah lama, tapi Xiaomi paling lama. Apple katanya hujung tahun baru tiba. Kini giliran OPPO pula untuk tampil dengan telefon pintar dengan skala skrin yang pelik 18:9.

OPPO telah memberikan petunjuk tentang ketibaan telefon pintar terbarunya, OPPO F5 ke Malaysia. Ia dikatakan akan menjadi telefon pintar pertama OPPO memiliki skrin FHD+ dengan resolusi 2160×1080.

Kelebihannya tidak terhad pada skrin sahaja, kerana OPPO F5 menjadi model terbaru kembalinya telefon pakar selfie dari OPPO. Belum ada sepsifikasi rasmi tentang OPPO F5, tetapi ia dijangkakan memiliki bukan satu, tetapi dua kamera hadapan untuk swafoto paling sempurna.

Tetapi OPPO tidak berhenti sekadar memberi petunjuk tentang telefonnya sahaja. Di Facebook OPPO Malaysia, mereka kini sedang menjalankan peraduan teka duta baru OPPO F5. Dikhabarkan bukan satu, tetapi terdapat tiga orang duta baru akan diumumkan.

Tiga orang duta ini kesemuanya berbangsa Cina, tetapi hanya seorang sahaja wanita. Dua orang lagi adalah lelaki.

OPPO Malaysia kini mengadakan peraduan teka duta baru OPPO F5 di Facebook, yang berjalan dari 18 hingga 21 Oktober 2017. Hadiah misteri disediakan untuk mereka yang dapat meneka dengan tepat.

Now, let’s welcome our new OPPO F5 ambassador! She’s the epitome of real beauty and goddess. Can you guess who is she?…

Posted by OPPO on Tuesday, October 17, 2017

Sementara menanti tibanya OPPO F5 ni, apa kata pergi cuba teka nama duta baru dia. Nampak ada banyak petunjuk dalam ruangan komen tu. Belum ada tarikh rasmi ketibaan OPPO F5 ini di Malaysia, tetapi kami jangkakan ia akan tiba sebelum bulan November.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

About Post Author

hasnan

Diploma dalam Sains Komputer (IT) dari UTM Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer (IT) dari UKM
Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.