Realme dilihat begitu aktif dalam menghasilkan pelbagai produk baru dan kini tiga peranti misteri daripada mereka dikatakan telah melepasi laman 3C di China. Peranti-peranti tersebut muncul dengan kod nama RMX2121, RMX2111 dan RMX2112.

Penyenaraian tersebut mendedahkan ketiga-tiganya hadir dengan sokongan rangkaian 5G. Selain itu, model RMX2121 mungkin menggunakan pengecasan 65W, manakala model RMX2111 / RMX2112 pula akan dilengkapi dengan pengecasan 30W. Nama rasmi model dan maklumat lain berkaitan spesifikasi utama tidak pula dikongsi.

Namun begitu, model RMX2121 dikatakan telah ditemui di laman TEENA dengan sejumlah spesifikasi. Ia dipercayai menggunakan skrin 6.5-inci OLED dengan dimensi peranti berukuran 160.8 x 75.2 x 8.5mm. Ia juga dikhabarkan membawakan sokongan empat kamera utama dan bateri berkapasiti 2,200mAh.

Sekadar selingan, Realme juga dilihat cuba bersaing dalam segmen pengecasan pantas apabila dilihat akan memperkenalkan teknologi pengecasan pantas terbaru mereka. Teknologi ini dikatakan mungkin menyokong kadar pengecasan sehingga 125W.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.