TikTok, aplikasi video ringkas paling popular di dunia hadir dengan keunikan mereka tersendiri, dimana pengguna boleh menggunakan pelbagai klip lagu arus perdana tanpa perlu risau mengenai isu hak cipta dengan studio lagu.

Terkini, TikTok telah mengumumkan bahawa mereka telah menandatangani perjanjian dengan Universal Music Group yang akan membolehkan TikTok menawarkan satu lagi katalog gergasi lagu-lagu popular yang boleh digunakan oleh pengguna-pengguna platform tersebut.

Perjanjian dengan Universal Music ini adalah tambahan kepada perjanjian bersama-sama dengan Warner Music dan Sony Music sebelum ini, dan ia dijangka akan menjadi sebuah keputusan yang cukup popular dengan para pengguna platform tersebut.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.