Di China, arena dompet digital sedia didominasi oleh dua syarikat gergasi, iaitu Tencent dan juga Alibaba – masing-masing melalui WeChat Pay dan juga Alipay.

Menariknya, kini Bytedance dilihat ingin mencabar dominasi berkenaan melalui dompet digital pada aplikasi Douyin – iaitu variasi TikTok di China.

Dinamakan sebagai Douyin Pay – ia ingin memudahkan pengguna melakukan pembayaran. Pengenalan ini juga dilihat selari dengan sambutan Tahun Baru Cina yang menjelang tiba, dimana menjadi kebiasaan untuk memberi wang melalui “Ang Pao”.

Untuk makluman, di China, Douyin sedia menyertakan sokongan edagang pada aplikasi untuk memudahkan pembelian barangan. TikTok juga dijangka melaksanakan integrasi edagang tidak lama lagi dan sedia bekerjasama dengan Walmart untuk tujuan berkenaan.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi bilakah TikTok akan memperkenalkan sokongan dompet digital – memandangkan ia agak sukar untuk mendapat lesen dompet digital pada setiap negara secara berasingan.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.