TikTok Year In Rewind 2018 Didominasi BLACKPINK, Alieff Irfan Dan Baby Shima

TikTok adalah aplikasi perkongsian video yang kini semakin popular. Ia mempunyai 500 juta pengguna aktif bulanan, di mana 300 juta adalah dari China dan 200 juta adalah luar China. Populariti TikTok ini boleh dikatakan hebat, sehingga universiti awam di Malaysia – UiTM bekerjasama dengan TikTok untuk satu pertandingan.

Kini, TikTok dilihat mengikut trend YouTube Rewind melalui  TikTok’s Year in Rewind Campaign. Ia memaparkan video-video trend terhangat yang berlaku sepanjang tahun 2018 yang diterbit oleh selebriti, pencipta, cabaran dan banyak lagi secara global dan Malaysia. Tahun 2018 dilihat didominasi oleh BLACKPINK dengan lagu DDU-DU DDU-DU, pencipta seperti Alieff Irfan, selebriti seperti Baby Shima dan cabaran DidiDance. Berikut adalah infografik senarai trend TikTok di Malaysia;

Agak menarik untuk lihat satu platform perkongsian video yang popular memaparkan hasil ciptaan orang tempatan. YouTube Rewind walaupun sudah beberapa tahun, tiada langsung wakil Malaysia dipaparkan.

Pembaca Amanz bagaimana? Adakah anda sertai cabaran-cabaran TikTok dan muat naik video anda? Atau anda hanya gunakan TikTok untuk lihat aksi pengguna lain?

Muat Turun TikTok Untuk Peranti iOS Di App Store

Muat Turun TikTok Untuk Peranti Android Di Play Store

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.