Tim Cook : Apple Akan Umum Perkhidmatan Baru Pada Tahun Ini

Apple pada hari ini mempunyai beberapa perkhidmatan dibawah mereka, termasuk salah satu yang popular dan ditawarkan untuk multi-platform adalah Apple Music. Kini, selain daripadanya, Tim Cook berkongsi hari ini mengatakan Apple akan hadir dengan sebuah perkhidmatan baru pada tahun 2019 ini.

Tim Cook melalui temuramah bersama CNBC mengatakan yang mana mereka telah membangunkan perkhidmatan baru ini sejak beberapa tahun lepas, dan menyasarkan untuk melancarkannya pada tahun ini.

Apa pun, beliau tidak mengumumkan apakah perkhidmatan baru tersebut.


Mengikut pelbagai spekulasi dan desas-desus, Apple dijangka memperkenalkan perkhidmatan penstriman video mereka pada tahun ini – sekaligus menyaingi perkhidmatan seperti Netflix dan sebagainya. Malah, pada acara CES 2019 ini, sejumlah pengeluar televisyen telah mengumumkan sokongan untuk AirPlay 2 pada televisyen mereka – suatu perkara yang jarang berlaku, dan memberikan petanda perkhidmatan penstriman video berkenaan akan dilancarkan pada tahun ini.

Seperti biasa, kita mungkin akan mendengar lanjut mengenai perkhidmatan baru daripada Apple ini dalam bulan-bulan akan datang.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.