CEO Apple, Tim Cook kini dilihat bakal mengumumkan sesuatu berkaitan penawaran mereka, esok. Perkara ini didedahkan melalui sebuah temuramah eksklusif yang dilakukan bersama “CBS This Morning” yang bakal disiarkan esok.

Apa pun, pengacara program berkenaan menekankan ia bukanlah sebuah produk baharu.

Buat masa ini, ia tidak diketahui lagi apakah Tim Cook akan umumkan secara rasminya esok. Salah satu spekulasi adalah pengenalan ciri privasi pada iOS 14 yang akan menghalang sejumlah penjejak dan memberikan kesan kepada sejumlah aplikasi, termasuk Facebook.

Seperti biasa, sama-sama kita nantikan apakah kejutan yang disediakan oleh Tim Cook untuk pengguna Apple, dan juga peminat gajet dan teknologi secara amnya esok.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.