Tinjauan Cisco Menunjukkan Hampir Separuh PKS Tempatan Tidak Menggunakan Inisiatif Sokongan Kerajaan

Cisco hari ini berkongsi tinjauan mereka berhubung dengan kajian dalam Indeks Kematangan Digital APAC SMB. Kajian mendapati kira-kira 46% program sokongan yang diberikan kerajaan kepada perniagaan kecil dan sederhana (PKS) di Malaysia, namun ianya kurang mendapat penyertaan.

Manakala 49% pula sedar dan mengambil bahagian pada program tersebut. Kajian itu juga mendapati bahawa PKS Malaysia mengetuai negara-negara ASEAN yang lain dalam usaha transformasi digital mereka. Indeks yang dibangunkan oleh firma penyelidikan IDC ini melihat data berdasarkan tinjauan bebas terhadap 1,340 responden. Terdapat empat kategori pada tinjauan ini iaitu penggunaan dan aplikasi teknologi, strategi transformasi digital dan organisasi, proses dan tadbir urus, untuk membolehkan transformasi digital mereka.

Kajian juga mendedahkan bahawa PKS Malaysia telah membuat pelaburan teknologi awal dalam peningkatan pada sistem awanan (13.1%), keselamatan siber (12.9%) dan peralatan teknologi lain (11.7%). Ini adalah sejajar dengan purata serantau sebanyak 13%, 13% dan 10% untuk semua tiga kategori masing-masing.

Ini penting kerana ia menunjukkan PKS Malaysia mula menyedari betapa pentingnya platform awanan ini. Di mana ia membolehkan mereka meningkatkan skala perniagaan dengan lebih cepat. Seterusnya, peningkatan dalam pelaburan siber menunjukkan bagaimana keselamatan siber akhirnya kini diletakkan di depan dan pusat dalam perjalanan pendigitalan PKS.

Albert Chai – Pengarah Urusan Cisco Malaysia menyatakan lebih daripada RM5 bilion diperuntukkan dalam belanjawan baru-baru ini untuk menyokong penghijrahan PKS kepada Industri 4.0. Namun, kurang daripada separuh perniagaan Malaysia tidak memanfaatkan peluang kerajaan ini. Perihal ini perlu ditangani di mana lebih 95% perniagaan di Malaysia adalah pemacu utama transformasi ekonomi digital Malaysia.

Menerusi tinjauan kajian yang dilakukan, ini adalah antara halangan utama yang menyekat perkembangan transformasi digital negara. Misalnya, 19.5% responden kekurangan kemahiran digital dan bakat dalam organisasi mereka, 15.2% mendakwa bahawa mereka tidak mempunyai bajet dan komitmen daripada pihak pengurusan dan 14.0% berkata organisasi mereka tidak mempunyai platform teknologi maklumat yang mantap yang boleh berjaya transformasi digital.

Purata PKS negara menunjukkan sebanyak 98% daripada jumlah pertubuhan di Malaysia, perihal ini merentasi pelbagai industri dan bandar. Malah, pihak Cisco turut mengusulkan lebih banyak dialog antara sektor awam dan swasta perlu dilaksanakan bagi memacu revolusi ekonomi digital dan memahami cabaran digital dan keperluan SMB di Malaysia.

Seterusnya membentuk platform bersepadu, membolehkan PKS bergabung dan memanfaatkan sumber bersama pihak lain. Cisco juga mempunyai keupayaan dan komitmen untuk memberikan penyelesaian dalam mempercepatkan pendigitalan PKS Malaysia.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.