Tip fotografi Perkahwinan – Gambar-gambar penting

Assalamualaikum wbt. Berikut adalah tips jenis jenis gambar yang sangat penting untuk kita rakam semasa sesi fotografi perkahwinan. Maksudnya, gambar ini adalah gambar wajib yang standard perlu dirakam, dan dijangka ada. Sebagai seorang jurugambar perkahwinan, sangat penting untuk kita merakam gambar gambar ini. Akan tetapi senarai ini bukanlah senarai mutlak, anda boleh menambah dan mengurangkan jika perlu, bergantung kepada kreativiti anda.

Gambar Wajib Pernikahan

  1. Gambar rumah pengantin
  2. Close up dekorasi didalam rumah (yang berkaitan dengan perkahwinan)
  3. Pengantin bersolek
  4. Rakan & family pengantin perempuan sewaktu bersolek
  5. Ketibaan Rombongan Keluarga pengantin lelaki
  6. Gambar pengantin lelaki sedang menunggu
  7. Gambar aksi candid ahli keluarga kedua dua belah pengantin semasa menunggu akad
  8.  Gambar tok kadi dan saksi saksi
  9. Gambar portrait close up ahli keluarga dan tetamu
  10. Gambar close up pengantin semasa akad nikah. Wajah dan juga tangan
  11. Close up sewaktu membaca taklik
  12. Gambar close up semasa membaca doa
  13. Gambar close up barangan hantaran
  14. Gambar close up cincin / gelang / rantai
  15. Gambar adat istiadat seperti sarung cincin
  16. Gambar istiadat batal air sembahyang
  17. Gambar bersalaman dan berpelukan dengan ahli keluarga
  18. Gambar group foto formal keluarga pengantin, lelaki dan perempuan atau bersama.
  19. Gambar group foto bersahaja
  20. Gambar portrait pengantin baru
  21. Gambar group photo Ibu bapa pengantin bersama
  22. Gambar-gambar tetamu dan saudara mara bersama pengantin

Contoh gambar Sarung Cincin

Contoh gambar semasa menunggu akad

Contoh gambar close up membaca taklit

Gambar Wajib Sewaktu Majlis Persandingan/Sambut Menantu

  1. Pengantin bersolek dan bersiap
  2. Gambar candid pengantin dan rakan rakan, saudara mara sewaktu bersolek
  3. Gambar close up pengantin selepas siap bersolek
  4. Gambar rumah pengantin/dewan/ballroom, luar dan dalam
  5. Gambar dekorasi rumah pengantin yang berkaitan dengan majlis
  6. Gambar close up cake, bunga bunga, ikatan kerusi dan sebagainya
  7. Gambar Pelamin
  8. Gambar Tetamu yang datang menghadiri majlis
  9. Gambar ahli keluarga yang sedang melayan ketibaan tetamu
  10. Gambar candid parent bila menyambut tetamu penting
  11. Gambar ketibaan Pengantin Lelaki
  12. Gambar Pengantin perempuan bersalaman dengan pengantin lelaki sewaktu ketibaannya. Jika dalam hotel selalunya tiada salam.. terus berjalan saja
  13. Gambar flower girls jika ada
  14. Gambar Pencak silat jika ada
  15. Gambar Pemain kompang, zapin dsb jika ada
  16. Gambar berarak ke pelamin
  17. Gambar di atas pelamin
  18. Gambar merenjis dan menepung tawar jika ada
  19. Gambar memotong kek
  20. Gambar Semasa membaca doa
  21. Gambar makan beradap
  22. Gambar ucapan jika ada
  23. Gambar Group Foto Keluarga Secara Formal
  24. Gambar Group Foto Keluarga tidak formal
  25. Gambar pengantin dan rakan rakan.
  26. gambar pengantin/rakan rakan menyanyi/menari jika ada
  27. Portrait Pengantin
  28. Portrait pengantin dengan Ibubapa
  29. Portrait Pengantin dengan kawan kawan
  30. Portrait pengantin dengan saudara mara
  31. Creative Portrait

Candid Ibu bapa

Gambar persiapan

Portrait dihadapan pelamin

Gambar Penyanyi/Emcee/Zapin/etc

Gambar Portrait Kreatif – Outdoor

Pengantin dan teman teman

Artikel-artikel lain :

Share with your friends:

sumber asal : adhadi.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.