Titanium M6 5G ialah Peranti Pertama Yang Mengesahkan Penggunaan Cip Snapdragon 865

Cip Snapdragon 865 dipercayai akan dilancarkan pada bulan Disember hadapan. Tahun lalu selepas Snapdragon 855 diumumkan, OnePlus menjadi pengeluar pertama yang mengesakan penggunaan cip tersebut. Menurut laporan MyDriver, telefon pintar 8848 Titanium M6 5G ialah telefon pertama yang mengesahkan penggunaan cip Snapdragon 865.

Peranti ini telah diperlihatkan oleh 8848, sebuah syarikat yang berpangkalan di China pada sebuah acara hujung minggu yang lalu. Dari segi spesifikasi, ia akan dilengkapi skrin 6.01″ AMOLED, dilengkapi memori sebesar 12GB RAM dan storan sebesar 1TB. Ia bakal menggunakan kamera sebesar 64GB tetapi mampu mengambil gambar beresolusi 100-Megapixel menggunakan perisian.

Perkara unik mengenai Titanium M6 5G ialah ia pemilik diberikan akses kepada pemandu manusia dan bukan pembantu maya. Ini sama seperti yang pernah ditawarkan oleh Vertu sebagai sebahagian perkhidmatan Concierge mewah mereka.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.