Telekom Malaysia kini dilihat hadir dengan promosi pakej jalur-lebar baru, khusus untuk menarik pengguna perkhidmatan jalur-lebar lain untuk beralih ke Unifi. Melalui promosi baru ini, ia membolehkan pengguna yang beralih ke Unifi ini menikmati harga promosi serendah RM39 sebulan untuk pakej 30Mbps.

Melalui gambar pakej yang hadir ke arena web melalui forum Lowyat, ia memperlihatkan pengguna boleh menikmati pakej 30Mbps pada harga RM39 sebulan, 100Mbps pada harga RM79 sebulan, dan 300Mbps pada harga RM149 sebulan.

Promosi ini dilihat ditujukan kepada sejumlah pelanggan terpilih sahaja – termasuk bekas pelanggan yang telah meninggalkan talian jalur-lebar Telekom Malaysia.

Melalui komen yang diberikan oleh TM kepada kami, mereka mengatakan yang mana mereka sering hadir dengan pelan khusus yang meliputi segmen berbeza. TM turut mengalakkan pengguna menghubungi mereka melalui saluran rasmi untuk mengetahui promosi semasa yang ditawarkan berdasarkan keperluan pengguna.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.