TM patut semak lagi harga dan kelajuan – Gobind

Share Button

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo yang baru mahu Telekom Malaysia (TM) memastikan semua rakyat mendapat internet murah dan bukan golongan tertentu saja.

Semalam, TM mengumumkan harga Internet murah ditawarkan kepada golongan B40 atau golongan yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,900 ke bawah.

“Saya akan semak perkara ini. Dalam masa yang sama, perlu ditekankan bahawa qualiti perkhidmatan jalur lebar ini mesti pada tahap tinggi dan setanding dengan perkhidmatan yang dibekalkan oleh syarikat lain diseluruh dunia,” kata Gobind.

Pada masa sama, Gobind juga mahu Internet murah ini ditawarkan kepada semua pelanggan dan bukan pelanggan baru saja.

TM telah mengumumkan pelan baru tetapi untuk pengguna baru saja manakala pengguna lama dijangka harga kekal dengan kelajuan ditambah.

“Saya menerima baik cadangan TM ini. Ini langkah permulaan yang baik. Walaubagaimana pun, saya harap TM boleh menimbangkan pelan yang boleh membawa manfaat kepada semua golongan pada harga yang rendah dan juga kelajuan yang lebih tinggi.” Jelas Gobind.

Gobind juga mahu tawaran ini diperkasakan bukan saja pada Unifi tetapi Streamyx memandangkan ramai juga pengguna luar bandar yang tidak memiliki Unifi.

Lagi artikel menarik…

sumber asal : http://theskop.com

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.