Telekom Malaysia kini mengumumkan yang mana mereka akan meneruskan pemasangan baharu dan baik-pulih perkhidmatan di premis pelanggan seperti biasa sepanjang PKP ini – kecuali di zon PKPD dan Perintah Pemerhatian Dan Pengawasan Di Rumah (HSO).

Pihak TM mengatakan mereka akan mengambil langkah berjaga-jaga sewajarnya sebelum melaksanakan sebarang kerja di premis pelanggan.

Pada masa yang sama, TM turut mengatakan waktu operasi khidmat pelanggan, termasuk premis TMpoint diseluruh negara adalah kekal seperti biasa, sambil mematuhi SOP serta panduan keselematan tambahan TM. Namun, interaksi akan dihadkan untuk transaksi penting sahaja – seperti permohonan perkhidmatan baharu, pembayaran, aduan, pertanyaan dan pengambilan kad SIM.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.