Berita Menarik

TM Unifi Lite Boleh Dilanggan Pada Harga RM129 Untuk 10Mbps Tanpa Panggilan Percuma

Pembaca : 13
0 0

Sejak daripada penghujung minggu lepas, kita telah melihat ketirisan pakej Unifi Lite baru yang mana menawarkan pakej langganan internet 10Mbps dengan panggilan 600 minit pada harga RM149.

Ia diketahui yang mana pakej panggilan Voice STD 20 adalah hanya sekadar pilihan sahaja – dimana pelanggan boleh memilih sama ada ingin melanggannya ataupun sebaliknya.

Unifi Lite

Sekiranya pelanggan memilih untuk tidak inginkan sokongan panggilan suara, ini bermakna pengguna boleh mendapat potongan RM20 untuk langganan, meletakkan pakej Unifi Lite 10Mbps berkenaan pada harga hanya RM129.

Pada harga RM129 ini, ia mungkin menyasarkan kepada kumpulan pengguna yang tidak inginkan pakej panggilan suara – apatah lagi boleh dikatakan terdapat kumpulan pengguna yang tidak menggunakannya – seperti pelajar dan sebagainya.

Sejumlah wakil pengedar Telekom Malaysia telah mula mengambil tempahan untuk pakej ini, sementara pihak Telekom Malaysia melalui laman akaun sosial rasmi mereka masih mengatakan ia tidak dilancarkan secara rasmi lagi buat masa ini.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.