Berita Menarik

Tonton Umum Kerjasama Bersama JinnyboyTV Untuk Filem Eksklusif Pertama

Pembaca : 11
0 0

Dengan perkembangan arena penstriman video atas-talian, salah satu perkara yang membuatkan pengguna terikat dan melanggan sesuatu perkhidmatan adalah kerana penawaran rancangan TV dan filem eksklusif padanya. Seperti ramai sedia maklum, Netflix agak kehadapan dalam perkara ini, selain iFlix yang turut telah mengikut jejak.

Satu lagi perkhidmatan penstriman video tempatan, iaitu Tonton yang dimiliki Media Prima Berhad kini dilihat turut ingin mengikut jejak, dan mengumumkan kolaborasi bersama salah satu penerbit YouTube popular di Malaysia, JinnyboyTV.

Tonton Jinnyboytv

Melalui kerjasama ini, JinnyboyTV akan menerbitkan sebuah filem khusus untuk Tonton, dan dijangka diterbitkan di Tonton sekitar Ogos atau September tahun ini.

Perkhidmatan penstriman Tonton kini dikatakan mempunyai sekitar 7 juta pengguna berdaftar, dan mempunyai kandungan berjumlah 29,000 jam yang terdiri daripada filem, drama, acara langsung dan sebagainya.

Sumber : amanz.my

Happy
Happy
0 %
Sad
Sad
0 %
Excited
Excited
0 %
Sleepy
Sleepy
0 %
Angry
Angry
0 %
Surprise
Surprise
0 %

Average Rating

5 Star
0%
4 Star
0%
3 Star
0%
2 Star
0%
1 Star
0%

Tinggalkan Balasan

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.