Selepas beberapa acahan, Activision dan Tony Hawk akhirnya mengumumkan pengolehan siri pertama dan kedua permainan papan luncur klasik, Tony Hawk’s Pro Skater

Projek pengolehan Pro Skater ini dibangunkan oleh Vicarious Visions, studio yang sama untuk projek Crash Bandicoot N. Sane Trilogy. Mengikut dari temu ramah dari Geoff Keighley melalui striman Summer Games Fest, projek pengolehan ini mengandungi mekanik dari dua permainan yang terlibat dan juga sistem Create-A-Park yang serba baharu untuk memudahkan komuniti menyediakan pelbagai modifikasi.

Tony Hawk’s Pro Skater 1+2 bakal “meluncur” di PS4, Xbox One dan PC (Epic Games Store) 4hb September ini. Pra-tempah juga tersedia untuk mendapatkan Warehouse Demo yang akan tiba kelak.

Sumber Asasl : gamermalaya.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.