Topre Memperkenalkan Papan Kekunci RealForce RGB – Hadir Dengan Sokongan Nyalaan LED Dan Perubahan Tekanan Melalui Perisian

Papan kekunci dengan suis mekanikal merupakan sesuatu yang cukup popular, dan kebanyakan model-model yang popular biasanya hadir dengan suis mekanikal yang diperbuat daripada syarikat Cherry.

Terdapat sebuah lagi pembuat suis mekanikal papan kekunci yang berasal dari Jepun yang bernama Topre. Syarikat ini membina papan kekunci yang dibina khusus untuk tujuan menaip yang juga popular di kalangan peminat papan kekunci mekanikal.

Di acara Computex Taipei tempohari, Topre memperkenalkan sebuah papan kekunci mekanikal baru yang dinamakan Topre RealForce RGB yang menggunakan suis kekunci kapasitif yang cukup selesa sekali apabila digunakan untuk menaip.

Ia hadir dengan sistem nyalaan LED RGB yang mampu menunjukkan 16.3 juta warna, dan boleh ditukar warna dan coraknya melalui perisian. Kekunci-kekunci pada papan kekunci ini juga boleh diubah, dan pengguna boleh menggunakan kekunci yang dibina untuk suis kekunci mekanikal Cherry MX tanpa sebarang masalah.

Lebih menarik lagi, pengguna juga boleh mengubah tahap pengaktifan kekunci melalui perisian juga, jika mereka ingin menaip dengan lebih laju lagi. Ini merupakan ciri baru yang diperkenalkan melalui papan kekunci RealForce RGB ini, dan ia hanya boleh digunakan dengan suis mekanikal kapasitif Topre.

Pihak Topre menyatakan bahawa papan kekunci Topre RealForce RGB ini akan mula dijual pada penghujung tahun ini pada harga yang akan ditetapkan kelak.

Sumber : amanz.my

Write a Comment

view all comments

*

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.