Pada hari ini, salah satu perkara yang diinginkan ramai adalah keupayaan untuk membuat tambah-nilai pada kad Touch n Go fizikal secara mudah melalui atas-talian atau dompet digital.

Bercakap mengenainya, melalui temuramah bersama TheStar, CEO Touch n Go mengatakan menjelang penghujung tahun 2021 ini, mereka akan menawarkan kad Touch n Go yang boleh ditambah-nilai terus melalui aplikasi Touch n Go eWallet.

Dengan langkah ini, ia akan memudahkan lagi proses menambah-nilai dan pengurusan kewangan. Ia seperti memberikan petanda, yang mana pengguna mungkin perlu beralih ke kad TnG yang baharu dalam menikmati ciri ini.

Apa pun, sama-sama kita nantikan perkongsian lanjut berkenaan dengan penawaran kad Touch n Go ini pada tahun 2021 ini.

Sumber : amanz.my

By neto

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.